Wilson, Christopher (2002), The Windsor Knot: Charles, Camilla and the Legacy of Diana, First printing Agust 2002, Kensigton Publishing Corp, New York, Unites States of America. Tebal buku: 304.
XXXX
Awal bulan nan lalu saya menyambar buku ini di sebuah kedai cina di Batang Kali, (Selangor). Ada jualan murah. Sebab kotak-kotak sebut diletakan gitu jea di atas simen, saya kelihatan seolah seperti seekor rusa tertonggeng minum air semasa menyelongkar buku-buku. Banyak juga buku lain yang menarik tetapi saya tidak berduit. Saya hanya membeli buku ini kerana:
1. Saya ada mengumpul buku mengenai Lady Diana.
Saya ada beberapa buah yang ditulis mengenai kisah mendiang. Tidak payah saya kenalkan siapa Ledi D kerana hampir setiap orang mengenalinya dari sudut yang berbeza. Dipercayai Ledi D adalah manusia yang paling banyak ditangkap gambarnya di planet bumi ini. Saya mungkin yang ke...?
Tetapi saya tak suka bergambar. Tapi itu sisu lain.
2. Buku ini murah!.
Oleh kerana berada dalam timbunan dan dalam kotak harganya murah. Selepas diskaun hanya RM7!. Apa lagi saya dengan gembiranya menyambar buku tersebut... takut orang lain ambik.
3. Saya suka kisah cinta yang sedih, pilu dan kecewa. He he he.
"There were always three of us in this marriage," Itulah kata-kata Ledi D. Kesiankan?
Sebenarnya sebelum 2,3 hari nak kawin pun Ledi D sudah bertanya dalam hati haruskah perkawinan itu dibatalkan. Namun dia sedar semua sudah disediakan dengan taraf gaban. Majlis yang besar. istana dah disiap indah, langsir dah beropol, kuda dah berlatih berbaris dan cawan, pinggang mangkuk dah dicop ada gambarnya...
Bak kita bunga manggar dah siap, par dah ada...
Setelah saya membaca buku ni, saya semakin hilang respek (respect) kepada Charles dan Camillia. Entahlah... rasa geram pun ada.
Namun saya rasa penulis ini seolah memberi rasa `kesian' kepada Charles dan Camillia... Mungkin sebab terpaksa menyorokan cinta mereka...
Jan: Cinta tak semestinya bersatu...dan bahagia...kan?
6 comments:
saya xpernah suka pada camilia,haha!
mungkin sbb saya pandang lady D pda sudut yg lain pula. william will not take granted on his wife dun he?heh. jgn kuah jatuh ke nasi sudah. dunno why.saya rsa charles manusia yg kejam.mungkin sbb LADY D tetap dihati~haha!
Ann,
sebab itulah di akhir-akhir hidup dia mencari kasih sayang merata-rata... Memang kesian.
tapi saya hairan...camilia bukannya cantik sangat pun...he he.
Kita boleh melihat mereka dari sudut mana pun..
Sama ada dari sudut cerita 'sephia' atau 'farok' atau isteri farok :D
Cinta itu buta kononnya..
Yg nyata lady D lebih harum di mata org ramai berbanding dua yg lain.
Nong andy
Moralnya,paras cantek lg muda remaja tidak menjamin suami tak terpikat pd yg lebih tua dan kurang cantek, apatah lg kalu yg tua tu mcm rozita che wan.
Atau mungkin benar juga,cinta pertama memang tak dapat dilupa, walau yg dtg selepasnya bak bidadari.
ya mungkin juga... cinta pertama saya adalah cinta terakhir...
Post a Comment