Sudah menjadi suatu tabiat semenjak tahun 1991, saya meletak kembali troli ke tempat asalnya.
Saya tersenyum kambing, namun dalam hati terasa sedikit terkilan apabila melihat troli sesuka hati diletakan merata-rata oleh pengguna di Giat Supermarket, Kuantan. Saya tidak berniat untuk mengkritik cara hidup orang lain kerana mungkin saya juga mempunyai kelemahan yang saya tidak nampak. Namun dalam perihal meletak troli, saya tidak boleh berkompromi. Saya berharap benar mereka meletaknya kembali troli ke tempat asal.
Saya teringat cerita lama yang memanusiakan saya.
Walaupun saya handsum, saya diberi gaji yang amat ciput bersesuaian dengan kelulusan saya yang hanya ada SPM. Semasa interview tersebut memang saya berbohong saya hanya miliki SPM gread tiga dan sudah tiga bulan datang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menolong pak saudara menjual di gerai kueh di flat PKNS. Dan kononnya kadang-kadang menolong pak saudara di pasar malam...
Kata kawan saya dengan muka saya yang kiut, kartun dan nampak naif tentu saya akan diterima kerja. Dan sebenarnya sebelum interview tersebut, kawan saya sudah melatih saya menjawab mengikut skrip tadi ( yang dia reka khas untuk saya). Dan dengan hasil penipuan tersebut saya berjaya bekerja di salah sebuah supermarket yang besar di jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 22 tahun lalu.
Kerja saya pelbagai, namun paling utama ialah memastikan barang-barang selalu ada di rak. Kalau tidak supervisor saya (perempuan cina) akan marah saya, siap cekek pinggang lagi. Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya barang-barang di rak tersebut selalu kosong terutama barang sundry (barang runcit). Jangan kita fikir yang barang-barang tersebut tidak laku kerana rak sentiasa jea penuh. Hakikatnya ada pekerja yang selalu dengan segera memenuhkan rak-rak tersebut. Sayalah orang itu.
Penulisan ini pasal troli tetapi saya minta izin nak selitkan juga dengan peristiwa-peristiwa lain, boleh kan? Dan selama tiga bulan saya menjadi pekerja di supermarket sepanjang cuti penggal pengajian saya. Saya tidak duduk di asrama UM, saya sewa bilik kecil. Memang masa cuti mahasiswa tidak boleh tinggal di asrama.
Gaji memang ciput, tetapi bukan gaji yang saya cari. Saya cari pengalaman. Banyak sangat pengalaman semasa berkerja di Bukit Bintang, antaranya saya dipaksa melanggang pelacur di Bukit Bintang. Nantilah kalau ada masa saya posting pasal hal itu. Ngeri sangat masa tu... Itulah akibatnya bila habis kerja saya suka merayau-rayau di Bukit Bintang... nasib baik tak dipaksa melacur. Ada ke pasarannya? He he he.
Kita kembali kepada cerita troli.
Dan ada ketikanya (walaupun jarang), saya ditugaskan mengumpul troli. Ambil dan atur balik. Kerja inilah yang paling menyakitkan hati saya kerana sepatutnya pelanggan meletakan kembali troli ke tempat yang mereka ambil. Tak kanlah orang yang gaji RM600 sebulan ni (sayalah tu) kena ambil. Dan awak yang gaji ribu-ribu tak boleh fikir ke...(pelajaran pun lebih tinggi dari pekerja supermaket tersebut, tetapi tidak pandai berbelas kasihan, berbudi bicara).
Paling sadis ada yang berotak tahap mega gaban kambingnya. Mereka tinggalkan pampers anak dalam troli bersama sampah-sampah lain... Selamat datang ke Malaysia.
Saya kumpul satu persatu troli dan tolak pelang-pelang, kalau tolak cepat bimbang akan terkeluar troli dari barisan yang saya telah masuk dan rapatkan semuanya.
Saya percaya ada ramai orang susah yang berkerja di supermarket atau di pusat membeli belah lain di seluruh negara. Mereka orang susah yang bergaji ciput dan terpaksa pula buat banyak kerja. Inilah pengalaman yang tak ternilai dalam hidup saya, terima kasih Allah. Bila pulang dari kerja betapa letihnya badan. Dan keesokan harinya kena datang awal. Kalu lewat kena potong RM10 sehari.
Maka di sini saya mohon sangat-sangat pembaca blog saya menginsafi akan hal ini. Hidup mereka memang sudah susah, maka elok sangatlah kita tidak menambah susahkan mereka lagi.
4 comments:
sir, aritu kwn saya abes shopping kat pantai selamat, tros tolak troli ketepi je. xletak btol2.alih2 kami dgr bunyi besi jatuh. troli tu jatuh depan kereta vios! nasib baik xda langgar keta vios tu.and pakcik seblh naik,honda dah kuar, takot2 keta dy kena. saya dh ckp,simpan troli btol2.dy angkat, pastu letk belk macam tu.saya, btol kan blek,letak btol2. herm, kdg2 sifat manusia ni xblh diubah sir.walaupun diberitahu byk kali.bnda kecik mcm, lepas makn, masuk kn blek kerusi bwh meja pun, xda sape nk buat.heh.ke saya je yg buat?:P
senang kata.. takde kesedaran sivik+ takde moral orang macam ni.
Pernah berlaku di depan mata, troli jatuh terkena kereta. Saya tolonglah angkat troli tu tak pasal2 empunya kete tu marahkan saya tanpa usul periksa. Bukan nak tolong saya angkat troli (kebetulan dia baru sampai lepas shoping) Kemudian saya jelaskan hal sebenar barulah dia 'sorry'. Tapi orang tu memang dungu akhirnya dia juga meninggalkan troli tanpa meletakkan semula ke tempat asal. Mungkin dia sengaja agar ada oranag yang senasib dengannya.
Insyallah..
Paling best kan encik pensyarah. Di sabah.. ada survey hypermarket. Nak guna troly kena pinjam coin kat satu kuanter. Coin tu harga rm1.
Tekan coin tu kat rantai troly.. baru leh pakai troly tu.. pastu kalau nak balik rm1 tu.. lepas guna troly. Hantar balik kat tempat letak troly dan... keluarkan coin.. redeem coin tu ambil rm1 anda.
Malas?
Boleh aja... tapi kena derma rm1 lah.. saya rasa giant patut buat system yg sama dgn survey hypermarket tu...
Post a Comment