Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, November 11, 2013

Pendapat Mahathir



Sebagai salah seorang peminat tegar, saya menunggu-nunggu apa yang akan diucapkan oleh Tun Mahathir Mohamad setelah beliau dianugerahkan dengan ijazah kehormat oleh UNITEN pada konvokesyen ke 16nya. Kali ini jabatan saya tidak menyalunkan (calun) saya untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Mungkin saya selalu sangat ke sana, biarlah orang lain pula merasa. He he he.

Biasanya Tun akan menyatakan sesuatu yang membuatkan kita bertindakbalas untuk berfikir...sama ada secara kontra atau pro.

Banyak yang disebut beliau, antara yang menarik hati saya, katanya...:

" Sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang baharu bagi mengawal serta menapis isi kandungan dalam Internet dan menghentikan akses kepada laman web yang tidak bermanfaat." 

Itulah pendapat terbaru beliau yang dalam masa yang sama beliau menyedari ianya bercanggah dengan pendapatnya sebelum ini. Beliau mengatakan sebegini kerana risau dengan kejadian yang menimpa masyarakat akibat penyalahgunaan internat. 

Katanya lagi...

"Walaupun kerajaan sudah berjanji tidak akan menapis Internet tetapi perjanjian itu dibuat sebelum Internet berkembang luas. Hari ini, kita dapati media sosial mudah disalah guna dan menyumbang kepada bertambahnya jenayah termasuk melibatkan kes rogol dan bunuh," katanya.

Saya juga bersetuju, ramai sebenarnya bersetuju jika kandungan internate ini sedikit sebanyak harus ditapis. Kita tidak mahu terutama generasi muda mahu (juga orang tua), pun kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur negatif daripada internat. Memang sifat manusia begitu, jika ada sumber, mereka carilah. Tengok kepada diri kita sendirilah. Lelaki bertaraf suami pun masih mahu melihat perempuan lain berbogel dalam internat (walaupun sebenarnya bini dia juga boleh berbogel, ...boleh berbogel atas meja lagi), inikan pula yang tak beristeri...he he he. Haaa...

Itu adalah di antara contoh sahaja, saya tidak mahulah merujuk kepada pornografi sahaja, sebut internat terus pasal porno. Bukan begitu...

Banyak keburukan lain seperti penyebaran ajaran sesat (atau separa sesat), menanam nilai morat yang tidak baik, pemberitahuan diet yang salah, penghapusan jatidiri agama, dan budaya yang dijalankan secara halus, penyebaran fitnah dan macam-macam lagilah.

Jan: Laman blog yang merapu macam saya ni, janganlah pula ditapis, he he he. Huh! 

1 comment:

Nong Andy said...

Peminat tun mahathir rupanya

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home