Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, November 21, 2013

Perempuan telah berubah atau kawan-kawan perempuan saya jea begitu?

Dalam hayat saya, saya dapati perempuan memandu dengan lebih perlahan berbanding dengan lelaki. Namun ada juga lelaki yang memandu dengan perlahan, sayalah contohnya, he he he. Perlahan yang saya maksud ialah memandu dengan kadar yang sederhana, bukannya perlahan benar, gitu hingga menganggu lalu-lintas.



Pengalaman saya, pernah saya membawa seorang perempuan dewasa menumpang saya, beliau berkata kepada saya:

"Kalau orang perempuan dia terus pasang waiper (pembersih cermin depan)". Dia berpaling kepada saya, dan terus bertanya

"Kenapa nak tunggu hujan lebat basah semua cermin baru nak pasang wiper?".

Saya tidak menjawab, sebab masa tu saya tengah berfikir bagaimana nak buat dia tidak jatuh cinta pada saya...? Dan memang bila hujan membasahi cermin kereta secara keseluruhan barulah saya pasang wiper, kalau setakat rintik-rintik hujan di kelopak mawar, saya tak pasang.

Lelaki dan perempuan memandu dengan cara berbeza sebab pemikiran berbeza. Secara purata perempuan biasanya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati. Mereka tiba di tempat yang dituju dengan selamat. Cuma berbanding dengan lelaki, pemanduan perempuan lebih lama. Namun yang penting adalah selamatlah. kan?

Saya sudah tersasar jauh dari tajuk posting saya, sebenarnya saya nak bercerita mengenai gelagat atau perilaku kawan-kawan perempuan saya yang memandu dengan laju. Hampir semuanya begitu, seolah-olah melepaskan perasaan. Kenapa jadi begitu yea?

Jan: Adakah mereka melepaskan tekanan di tempat kerja atau kerja di rumah? Haaa... 

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home