Dia kata dia tidak suka wanita yang tidak bertudung, kemudiannya dia kahwini salah seorang daripadanya. Adakah dia seorang yang hipokrit?
Idea menulis posting ini muncul apabila saya membaca penulisan Adie, sekarang beliau jarang menulis, nambu terbaru beliau menulis mengenai hipokrit. Saya termenung juga melihat kehidupan saya apabila membaca penulisannya. Barangkali jika ada orang mengikuti blog saya, mungkin ada yang berpendapat saya seorang yang baik. Namun secara peribadi saya tidaklah sebaik mana kerana apa yang saya tulis adalah hal yang baik-baik sahaja mengenai diri. He he he. Tentulah saya ada banyak sifat buruk yang lain, yang lebih buruk daripada sifat pembaca blog ini. Yang saya tidak menulisnya di sini, contohnya saya sangat pendendam.
Dia sebenarnya berusaha menampakan hidupnya bagai orang kelas atasan, tetapi sebenarnya dia tak kaya. Adakah dia seorang hipokrit?
Namun tidak terniat secara sedar saya menulis sesuatu yang bukan diri saya. Entahlah, apabila saya menulis, saya tulis sahaja yang saya rasa. Ada pembaca mungkin menyedari saya suka mengata kepada orang lain, dan sedap tangan jea menulisnya. He he he.
Dalam FB bukan main lagi `main' hadis dan ayat al-quran, tapi hanya allah yang tahu apa yang berlaku di pub tersebut pada suatu malam yang gersang... Adakah dia seorang hipokrit?
Hipokrit tu sangat banyak maknanya. Saya juga hipokrit apabila saya `lawan' diri saya sendiri. Contohnya kita tahu sebenarnya akan hakikatnya tetapi kita paksa hati kita tidak menerimanya...sedihkan? Hinakan?( a person who atcs in against his/her stated beliefs or feeling, jenis ni ramai sangat termasuk saya...).
Saya rasa semua orang hipokrit, cuma taraf mana hipokritnya. Mungkin taraf kuman atau taraf gaban. Bila saya renung hidup saya, ada bab-bab yang saya sangat hipokrit, contohnya:
Saya ajar hidup saya menjadi keras. Menyumpah seranah dalam hati, memikirkan segala keburukan dengan sengaja agar hati saya menjadi benci. Saya bersumpah macam-macam dalam hati agar dia tidak akan hidup bahagia sepanjang hayatnya dan tidak akan ada sorang pun akan sayang dia dengan ikhlas!. Walaupun kucing jiran pun tak akan suka kepadanya!
Namun jauh di sudut hati...hanya allah yang tahu..."it would be impossible to love somebody else..."
Jan: There's so many things that i could write, but i'm sure some of it would come out all wrong.
4 comments:
saya 'nampak' encik pensyarah. macam mana orangnya..
Memaksa diri utk tidak mengikut hati bukan hipokrit. Mungkin satu tarbiyah?
Hipokrit bila ckp xserupa bikin..dan ia melibatkan audien.
Aku lagi benci diriku bila gagal jadi hipokrit yg melibatkan perasaan. Maksudnya..bila marah..aku memang marah betul.Tak pandai aku nak senyum lagi.
Ibn al-Qayyim (may Allaah have mercy on him) said:
The more faith and knowledge a person has, the more he will fear that he may be among this class of people (i.e., hypocrites), hence the leaders and earliest generations of this ummah were so afraid that they might be among them. ‘Umar used to say to Hudhayfah: I adjure you by Allaah, did the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) mention me along with the people (i.e., the hypocrites)? He said: No, but I would not praise anyone after you, meaning; I would not praise people (by saying that they are not mentioned among the hypocrites). It does not mean that ‘Umar was the only one who was free of hypocrisy.
Tareeq al-Hijratayn (p. 604)
Post a Comment