Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 22, 2013

Saya ada anak, macam mana nak menabung?

Walaupun saya bukannya jenis penabung tegar namun saya ada juga menabung sikit-sikit. Dan apabila kawan saya dengan senang wenangnya mengatakan saya ni senang laaaa nak menabung sebab saya tak ada anak, maka saya rasa tuduhan itu tidak betul. kalau bawak naik mahkamah, saya akan menang. 

Tetapi saya memang biasa dah dikata begitu. Huh!

Saya ambik contoh, raya haji nan lalu saya ke bank tukar duit syiling, dan dapar la RM575. Setiap hari saya letak baki duit dalam bekas seramik. Bekas seramik yang cantik tersebut saya letak di atas meja kopi tepi dinding. Sebenarnya bekas itu adalah hadiah sempena hari jadi saya yang ke 40. Walaupun saya pasti bekas tersebut adalah barang perhiasan yang paling murah di ruang tamu saya tapi saya letak jugak sebab bekas itu adalah hasil dari duit yang kawan-kawang saya usaha mengumpulnya. Mungkin mereka bimbang (sebenarnya mereka tahu) saya tidak menerima barang yang murah. Namun bagi saya persahabatan adalah mahal. Sebab itu saya letak bekas murah tersebut di ruang tamu. Lagipun cantik walaupun murah.

Namun posting ini bukanlah mengenai bekas seramik tersebut tetapi mengenai tabiat menabung...he he he.

Dengan duit RM575 tersebutlah saya beri ke mak RM200 untuk menempah nasi minyak krismis. Dan selebihnya perbelanjan minyak kereta, dan sempat beli baju raya sehelai (he he he). Teruk betul kan? Tak kan la raya haji pun nak beli baju baru. Budak kecil pun tak begitu. Tapi itulah saya. Baju tu memang sale dan cantik. Dan nak dijadikan cerita saya telah memakainya ke pejabat, terus kawan saya puji. Katanya cantik. He he he.

Namun posting ini bukanlah pasal baju tersebut. Saya minta maaf sebab bila menulis saya lupa diri.

Kita kembali kepada isu menabung. Biarlah apa orang nak kata tapi bagi saya dengan seringgit sehari pun kita boleh menabung. Ada anak ke? Mandul ke? Tak ada anak ke? Ada isteri ke? tak ada isteri ke?. isteri lari ke? Suami lari dengan perempuan lain ke? Suami lari dengan lelaki lain ke? Semua orang boleh menabung. Cuma sedisplin manakah mereka untuk menabung. Dan sesabar mana kita menabungnya. Itu persoalannya...pokoknya, daunnya dan cabangnya.

Duit RM575 tersebut membuatkan saya bukan sahaja lega tetapi dapat beli sepasang baju baru lagi. Dan baju baru tersebut merangkap juga baju kerja. Ya lah kan itu juga sebagai langkah penjimatan...

Jan: Haaa....

Gambar hanyalah hiasan, nak duit simpan sendiri! Huh!





4 comments:

rashidah said...

Abg Jan:

Saya tergelak part;
"Ada anak ke? Mandul ke? Tak ada anak ke? Ada isteri ke? tak ada isteri ke?. isteri lari ke? Suami lari dengan perempuan lain ke? Suami lari dengan lelaki lain ke?"

hehee..

rashidah said...

Alamak.. Abg Jan.. sorry terguna akaun isteri. Aduyai!

p.s: AdieAchim.

Jankaulu said...

laaa Adie...terbongkar sebuah rahsia yang bertahun tersimpan...he he he.

Nong Andy said...

O..o...

hahaha... entry yg berguna.. dan juga di sampai dgn cara yg menghiburkan.. memang signature encik pensyarah ni..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home