Saya ada terbaca berita mengenai terdapatnya seramai lebih daripada 500,000 wargatua Malaysia yang tidak pernah mendapat bantuan kewangan daripada anak-anaknya. Saya ulangi...tidak pernah. Kajian itu dibuat pada tahun 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan keluarga Negara (LPPKN).
Negara kita mempunyai seramai 2.4 juta warga tua dan ia akan semakin meningkat dari masa ke semasa atas faktor peningkatan kesihatan dan perubahan gaya hidup yang sihat. Jadi isu wargatua eloklah diberi perhatian dari sekarang.
Siapa yang tidak risau jadi tua? Namun kerisauan tersebut mestilah disandarkan kepada pemikiran yang positif. Persediaan di hari tua semakin menjadi topik yang penting dan serius. Saya berpendapat jika kita risau hari tua, kita kenalah jaga anak-anak kita biar jadi orang.
Kita kena ajar anak kita sendiri, jangan biarkan sekolah, kerajaan dan parti pembangkang yang ajar anak kita. Haaa...
Percaya atau tidak masa kita kecil dahulu kitalah jadi keutamaan ayah dan ibu kita. Kita bulan dan bintang mereka. Kitalah yang diutamakan. Mereka berjimat untuk keperluan kita!
Tapi kita? Kita duit lebih gaji barulah nak beri ke makbapak. Itu pun kalau lebih (kalau bini tak nampak...baru berani beri). Kita utamakan keperluan kita dulu. Seolah kita tak ada makbapak.
Jan: Janganlah kita nak jadi hipokrit. Janganlah kita nak rakam diri kita dan letak dalam youtube yang konon kita ni anak yang hormat orang tua tapi kita sebaliknya. Huh!!!
seiring dan sejalan gitu... |
No comments:
Post a Comment