Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, October 11, 2013

Gazebo kecil saya...Bhg 3 (di hari persandinganmu -Sudirman)


Impian untuk memiliki pondok/gazebo ini datang memuncak bila pada suatu petang mak saya kata alangkah eloknya ada pondok kecil di tengah laman. Sebenarnya saya memang sudah bermyvi keliling Kuantan untuk melihat gazebo-gazebo yang dijual di sekitar Kuantan. Namun saya tidak berkenan kerana buatannya kasar.




Saya sebenarnya tidak suka gazebo yang sarat berukir, saya mahu beli yang simple sahaja. Konon urbanlah sangat, he he he. Namun sekali tengok saya tergoda jua dengan ukiran halus dan sangat teliti pembuatnnya. Saya pun hairan mengapa saya berkenan sangat dengan gazebo ini sedangkan saya bercadang nak buat laman bertema moden dan minimalis.



Salah satu sebab kenapa saya suka  akan kepada gazebo ini adalah kerana tiang batangnya besar. Nampak kukuh di mata saya. Nampak seimbang berbeza benar dengan hidup saya yang tak tahu ke tengah ketepi dan tidak seimbang ini. He he. Kalau tiang kecil nampak tak elok, nampak pelik dan tak seimbang.

Saya sudah banyak kali melihat gazebo dalam majalah tetapi saya tidak suka jika tiang batangnya kecil.







Gambar di atas kelihatan pak cik merokok sambil siapkan kerja gazebo ini. Pada suatu petang saya ada bertanya kepada pak cik "Kenapa ada ukiran di atas tu tak semateri seginya?". Pak cik beritahu yang bahagian atas ukiran dibuat dengan tangan, maka ada yang tidak tepat. Dan tambahnya lagi ketidaktepatan tersebut menambah nilai gazebo ini. Pelik.




Saya berhajat nak letak lampu di tengah tapi takut pula nampak `over'. Namun akhirnya saya bertekad nak letak jugak biarlah kerana itu kehendak hati saya. Sebenarnya saya sudah pun berjumpa dengan lampu yang saya berkenan...he he he.

Ayah saya yang datang bertandang dua minggu lepas ada juga menyarankan dipasang lampu di gazebo tersebut.


Gazebo ini disembur. Pada mulanya saya tidak tahu kenapa gazebo ini perlu disembur. Rupanya untuk melindungi kayu agar tahan lama dari dek diluluhawa cuaca atau dari tebukan kumbang durjana yang tak berhati perut!. Tapi kalau nampak usang pun cantik... Kan? Ada nampak lubang-lubang seperti hidup saya yang berlubang...Pulak dah.



Di hari persandingan mu itu bagai teragut sama nyawaku. Mengapakah aku terakhir yang tahu dari teman-temanmu? (Lirik Sudirman, senimuzik A. Ali)






Tetapi kekasih sebelum kau lupakan diriku. Kutetap setia biarpun terdampar kernamu. Kata mereka kau sungguh bergembira di hari itu...Bagaikan diriku tak pernah bertempat di hatimu. (Lirik Sudirman, senimuzik A. Ali)

Lalu aku mengundurkan diri membalut luka dikalbu. Cintaku padamu tetap abadi walaupun kini ku sendiri... (Lirik Sudirman, senimuzik A. Ali)




Ketika saya membuat posting ini saya terdengar lagu Sudirman ini. Vidio kelip dia ada Kak Yusni Jaafar. kedua-dua mereka sudah tiada. Semoga mereka aman di sana. Amin.

Lagu ini amat sedih, saya rasa nak menangis pulak. Tapi daripada saya menangis adalah lebih baik saya menyumpah perkahwinan tersebut. Tetapi tidak baik pula...emm saya teringat pula lagu sudirman yang lain....Biarlah aku sengsara sendiri. Pulak dah.









Ini adalah manusia yang pertama `merasmikan' gazebo saya. Nama dia Mek Zue. Dia suka makan makanan ringan. Namun dia semakin gigih berdiet semenjak dia bersuami. Kami dah lama berkawan baik dari zaman dia anak dara hinggalah zaman dia kehilangan dara (dah kahwin).

Jan: Sekian....




5 comments:

azr said...

sgt cntik... i should have it one day...

Jankaulu said...

tima kasih, insyallah dapat nanti

Dila Aziz said...

cantiknyer...ada kesenian

Anonymous said...

Blh sy tau brapa hrga gazebo ni. N dr survey yg dibuat diktn ada x mane2 tmpt yg menawarkn gazebo hrga rm2500 ke bwh.

Unknown said...

Boleh dpt contact number contractor yg pasang dan buat gazebo ni? Saya tinggal di Indera Mahkota 8 dan berminat utk pasang di laman belakang rumah

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home