Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 8, 2013

Sesi pengenalan pensyarah, Sem 2 sesi 2013/2014

Minggu lepas banyak sangat acara akademik yang perlu saya dihadiri. Bukan hadir sebagai orang besar atau penting, kehadiran hanya memenuhi tuntutan acara majlis yang berkaitan dengan kerja.

Semester baru sudah bermula minggu ini. Minggu lepas sesi pengenalan para pensyarah, pelajar baru dibawa ke kuliah penerangan oleh jabatan masing-masing. Sesi menerangkan sedikit sebanyak mengenai jabatan masing-masing.

Perkara sebegini tidak pernah saya alami semasa belajar dahulu. Namun saya mengekornya saja...

Pose separa maut...(selepas habis majlis/acara, he he he)

Seingat saya semasa saya belajar dahulu tiada sesei pengenalan bagi para pensyarah. Nanti pelajar akan kenallah bila ambil subjek mereka, kalau tak tak kenallah kecuali ada reputasi yang tinggi.

Sehingga kini saya rasa sesi pengenalan ini pelik. Namun sebagai pekerja saya ikut sahaja kemahuan majikan.

Bersama Kak Fazie, Amy dan Mek Zue...selepas sesi pengenalan pensyarah
Jadi pada pagi itu saya guna gel rambut dan bersikat rapi. Jarang sebenarnya saya sikat rambut saya sebab bila sikat nampak kemas. Saya tidak suka rambut kemas. Saya suka rambut tidak bersikat. Nampak semula jadi, liar dan seksi. (pulak dah)

Namun oleh kerana semua `turun' ternmasuk dekan dan timbalan-timbalan dekan, saya kenalah jaga penampilan diri. Taklah handsum sangat bila dah berusia ni. Tapi bolehlah...he he he.

Memang kita tidak dapat lari dari menjaga penampilan. Di hadapan pelajar kita mesti kemas sebab kita bukan beruang. Dan sebenarnya di hadapan bukan pelajar juga kita mesti kemas. Tulah hakikatnya. 

Hakikat yang buat saya rimas...

Jan: He hehe....

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home