Berapa lamakah sesebuah taman akan menjadi cantik,indah dan berseni?
Jika kita membeli pokok yang bersaiz sederhana besar, tentu iannya memerlukan antara tiga atau empat tahun baru ianya tumbuh matang dan berbatang cantik. Lima tahun lagi sedap... Maksud saya sedap mata memandang keharmonian tumbesaran pokok-pokok tersebut serasi dengan alam. Contohnya daun dan batang membesar arah matahari...melahirkan tempat redup yang semulajadi.

Bila pokok-pokok besar, kawasan ini akan menjadi gelap dan nyaman... |
Saya tertanya sendiri soalan ini di dalam hati. Sukar untuk saya menjawabnya. Keindahan taman bergantung kepada banyak faktor, terutamanya `berapa banyak budget kita?'. Kita tidak dapat lari dari ungkapan `lebih banyak budget, lebih cepat dan indah sesebuah taman...'. Haaa...
Saya berhasrat mahu memiliki sebuah taman yang cantik dan tenang. Mungkin kerana taman dalam hati saya sudah musnah rosak binasa. Kering kontang tanahnya, daun berguguran ditiup angin dingin dan pasu-pasu bergelimpangan jatuh pecah bertaburan duka nestapanya...yang serpihannya menajami di setiap sudut benih-benih yang tidak berharapan tumbuhnya. Ya, sudah takdir hidup saya berjumpa dengan insan penipu!.

Apabila batang pokok gelang ini besar, ia pokok akan menjadi cantik |
Kita kembali kepada tajuk postong... Kalau ada banyak duit tentulah boleh beli pokok yang besar dan mengupah-jaga pekebun yang mahir demi menjaga tumbesarannya. Saya ada juga membeli beberapa batang pokok Brazilian Iroonwood yang pada saya mahal harganya. kemudiannya saya selang selikan juga dengan pokok gelang yang saya ambil dari kampung saya di Besut.
Saya tidak boleh menanam terlalu banyak pokok. Maklumlah saya hanya ada masa sehari dalam seminggu untuk menjaganya. Haa...
Saya ada terpandang pekerja yang menjaga laman rumah jiran saya. Dia datang sekali sekala. Rumahnya jiran yang di belakang rumah saya. Saya harap kalau ada duit nanti, kalau naik gred gaji atau skim gaji baru, saya akan `curi' pekebunnya. Tapi tak baik pulak kan? Sebab tu tak naik gred gaji kot...he he he.
Tetapi saya cerewet, tahankah dia bekerja dengan saya?
Bila pokok -pokok di belakang pondok besar, pondok akan teduh sepenuhnya |
Hajat hati nak letak pasu-pasul kecil di tepi pondok... |
Banyak kengkangan yang saya hadapi. Kerana faktor masa menjadi penyebab kepada masalah-masalah lain. Contohnya saya hanya tanam secara minima sahaja jumlah pokok, bimbang tidak sempat menjaganya. Kalau terlalu banyak pokok, saya tidak mampu menjaganya. Satu penderaan terhadap alam...(pulak dah).
Jan: Berapa lamakah hati ini akan pulih? (...hanya allah yang tahu apa yang telah saya lalui...)
Jan: Berapa lamakah hati ini akan pulih? (...hanya allah yang tahu apa yang telah saya lalui...)
2 comments:
Wah... tak lama lagi boleh la lepak sambil minum kopi sambil baca buku kat taman encik pensyarah ni kan...
mudah-mudahan nanti ada masanya Nong, he he he.
sekarang masih dalam pembinaan.
Post a Comment