Ayah saya berpesan, kalau dia meninggal terlebih dahulu daripada mak saya, ayah mahu anak-anak bawa mak balik bersama kami.
"Jangan tinggal mak seorang diri..." Kata ayah saya.
Saya rasa sedih mendengar kata-kata ayah. Hampir berkaca mata saya kesedihan. Namun saya tidak menampakan kesedihan di wajah saya. Ayah tidak gemar memaparkan perasaannya. Mungkin sudah terasuh secara tidak langsung dan langsung...saya juga tidak pandai pamirkan perasaan.
Saya tersengeh jea mendengar kata-kata ayah saya. Dalam hati rasa tajam sangat.
Tentu kami akan berebut untuk ambil hak penjagaan mak untuk tinggal bersama. Saya telah membuat keputusan dalam hati dan dalam diam-diam. Saya akan pelihara mak saya. Bukan kerana saya mahu mak saya temani saya tetapi saya beranggapan saya akan menjaga mak lebih baik berbanding adik beradik lain.
Saya tidak perasan.
Jan: Dan saya tahu mak akan memilih saya...
2 comments:
alhamdulillah...jagalah ibu sebaiknya..
insyAllah Angah, Thanks.
Post a Comment