Dengan gaji yang kecil dan inflasi yang tinggi, mungkin ada yang berkata bagaimana nak berjimat? Bagaimanan nak merancang kerana hanya ada kain selimut kecil? Iaitu di tarik ke atas dada kaki yang sejuk. Ditarik ke menutupi kaki dada pula yang sejuk? (termasuk buah dada sekali).
Perumpamaan ekonomi tersebut memanglah benar tetapi kenapa kita memiliki selimut yang kecil? haaaa, sila jawab. Jawapannya kerana kita gagal menguruskan rumahtangga. Titik.
Perumpamaan ekonomi tersebut memanglah benar tetapi kenapa kita memiliki selimut yang kecil? haaaa, sila jawab. Jawapannya kerana kita gagal menguruskan rumahtangga. Titik.
" Ala sir, zaman dulu lain dulu barang-barang murah" beritahu pelajar saya yang rajin baca buku teks tetapi tak rajin baca bahan-bahan rujukan lain yang sepatutnya menolong pengembangan daya fikir.
Jangan kata zaman dahulu hidup senang dan tidak tertekan sebab harga barang murah. Jangan kata, jangan kata dan jangan kata. Zaman dahulu juga orang susah sebab duit tidak banyak berlegar di pasaran (bekalan wang ciput). Walaupun zaman dahulu barang murah, duit tidak ada juga. Ramai orang tak mampu bina rumah batu, tak ramai miliki kereta mewah. Sebabnya duit sukar tidak seperti sekarang, sekarang penawaran wang dalam pasaran berbilliong!. Dan logiklah barang naik harga.
Namun orang zaman dahulu mereka sedar dan berusaha ubah cara hidup. Mereka ada cara hidup yang berbeza dengan kita (yang tentulah tidak glamour dan tak ada niat nak menyeleberitikan hidup). Mereka sedar diri duit tidak mencukupi. Mereka lakukan banyak perkara. Mereka bertindak membawa bekal (bangun pukul lima pagi sedia masakan), mereka bawa bocong (flask atau bekas isi air panas), dan mereka menabung. Kita! Haram...(haram tak, he he he).
"Makan elok-elok, jangan tumpah walaupun sebutir nasi". Ini adalah dialog rasmi orang dahulu apabila membentuk nilai ekonomi anak-anak di meja makan. Haaaa...

Bocong zaman sekarang |
"Tidaklah patut kita hidup berumahtangga dengan senang jika kita tidak mengurus rumahtangga dengan baik."
Cuba kita perhatikan ketidakrasional lain yang kita lakukan dek mahu berubah mengikut zaman (konon urban la gitu...urban la sangat). Kalau kita tidak mampu belikan ipad atau playstation kepada anak-anak, usahlah dibeli. Tak jadi bodohnya kalau anak kita tak ada gajet-gajet tu. Tetapi kita tetap jugak membelinya sorang satu atas nama kesian.
Maka kita tidak usahlah sebut pasal ketidakcukupan duit kita. Tolonglah jangan...
- Jankaulu, 18/8/2013

Jan: Sapa kata mengurus rumahtangga senang? Siapa kata mengurus rumahtangga susah?
3 comments:
sya slalu dengar kwn2 sya kate klu kite tk pinjm kang bankrap plak bank tu...cmne bank nk jna untung.... pastu tk de la org keje ngan bank...eh betull ke? kna tanya pakar tu...
Secara amnya fungsi bank ialah mengumpul dana dari mayarakat dan menyalurkan semula kepada masyarakat. Kira macam orang tengahlah.
Dan ada org tengah yang macam lintah darat. He he he.
Saya bukan pakar tetapi ada benarnya...tetapi tidaklah sampai bangkrap sebab bank banyak operasi kukuh dgn product lain yang stabil.Mungkin tidak dapat banyak untung saja...
Namun ada seorang sahabat saya (seorang manager bank) menggelarkan operasi bank sebagai `root of evil'...
Root of evil?
Maksudnya?
Post a Comment