Selain daripada membaca buku, saya juga suka ke pawagam. Kalau tidak sibuk saya akan ke panggung, selebihnya saya menontonnya di teleyisen. Sukar untuk saya terangkan kenapa filem penting dalam hidup saya.
Kepada saya filem bukan sekadar hiburan Ia mempunyai pelbagai fungsi yang lebih penting dan terkesan. Filem boleh menjadi satu rakaman sosial kehidupan masyarakat kita masa kini pada 100 tahun akan datang, ia juga tentang kebudayaan, perpaduan dan yang lebih penting berfungsi memberi mesej agar ia berjaya membentuk minda masyarakat. Namun fungsi filem di negara Malaysia amat terbatas sekali. Selamat datang ke Malaysia.
Kita ada FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia). Dan tentulah kemajuan tersebut juga dari segi pemikiran dan ketamaduanan, bukan sekadar buat filem laris macam David Teoh (sekarang) atau Yusuf Haslam (suatu waktu dulu).
Maaf cakaplah FINAS gagal dalam memberi warna-warna lain fungsi filem selain warna hiburan. Namun menyalahkan FINAS 100% adalah suatu perbuatan yang bukan sahaja tidak bijak tetapi juga tidak adil. Kelahiran filem yang tidak dibangunkan dengan asas pemikiran yang baik tentulah tidak ada nilai, kecuali nilai hiburan kosong. Saya yakin FINAS menyedari isu ini.
Dasar kapitalis dalam dunia perfileman Malaysia terus wujud dan bercambah sejak zaman perfileman era Tan Sri P Ramlee. Bezanya pada zaman tersebut hiburan bukanlah hambatan total atau cerita hiburan yang tak bermesej seperti apa yang berlaku pada hari ini. Pada masa ini ia lebih kepada keuntungan (memaksimakan untung dengan meminimakan taraf fikiran rakyat yang memang berada pada tahap kritikal gaban rendahnya). Hasilnya memang berjaya mengait keuntungan dan menanam satu tanggapan buruk kepada otak kita. Tanggapan filem adalah alat hiburan semata-mata...
Bila filem hanya menjadi alat hiburan semata-mata siapa yang rugi? siapa yang membayar liabilitinya 50 tahun akan datang?
Jan: Haaaa...
No comments:
Post a Comment