Dalam sesebuah rumahtangga,
selain si suami itu sendiri berkemungkinan melakukan kesalahan, sebegitulah
juga si isteri berkemungkinan boleh melakukan kesalahan. Walaupun bagaimanapun
dalam ertikata mahu mengajar, membelasah dan memukul adalah suatu kes
penderaan.
Dan penderaan ke atas mana-mana
pihak, adalah suatu jenayah. Satu penyakit psikologi masayarakat. Kata kawan
saya bila kita ada masalah kita mesti merujuk kepada ajaran agama kita sebagai
panduan.
Dan kawan saya yang agak islamik
meminta saya rujuk kepada sebuah tulisan di laman internate. Panjang lebar
penulisannya. Saya ambil sebahagian sahaja buat pedoman kita yea.
Sila baca petikan di bawah:
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Apakah yang dimaksudkan dengan
‘pukul’?
Saya masih ingat ketika
menghadiri kursus kahwin sekitar tahun 2003. Menurut ustaz yang memberi
ceramah, suami boleh memukul isteri yang nusyuz. Walau bagaimanapun, ustaz ada
beritahu pukulan yang dibenarkan, TIDAK BOLEH boleh menyakitkan isteri dan
‘alat’ yang dijadikan ‘senjata’ untuk memukul BUKANLAH tangan, tetapi hujung
kain yang diikat/simpul. Jika inilah cara ‘pukul’ yang dibenarkan pada pendapat
saya yang daif ini, istilah ‘pukul’ mungkin tidak tepat.
Saya cuba juga belek-belek buku
‘Panduan Perkahwinan’ yang dibeli semasa kursus, bab ‘pukul’ tidak ditulis
secara lebih mendalam, cuma dikatakan suami dibolehkan memukul isteri yang
nusyuz. Hemm... Saya masih belum putus asa dan mencari maksud ‘pukul’ yang
dibolehkan dan berikut hasilnya.
Terdapat beberapa hadis yang
boleh kita gunakan bagi meneliti maksud ‘pukul’. Menurut hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud, Nasar dan Ibn Majah, ‘pukul’
yang terdapat di dalam ayat tersebut adalah ‘pukul’ yang tidak boleh meninggalkan
kesan (ghayr mubarrih). Tabari dan Razi pula meriwayatkan bahawa pukulan
tersebut hanyalah satu ‘aksi simbolik’ dan hanya dilakukan dengan berus gigi
atau sapu tangan. Imam Shafie juga berpendapat bahawa aksi memukul haruslah
dijauhkan sama sekali.
Walau bagaimanapun, tiada satupun
riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul
isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan
Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda.
Teladan daripada junjungan besar
Rasulullah SAW
Kita boleh belajar daripada
teladan rumahtangga Rasulullah SAW. Antaranya :
Nabi pernah jatuh tersungkur,
ditolak isterinya. Isteri itu kemudiannya dimarahi ibunya (mertua Nabi), dengan
dijawab Nabi, “Biarlah, dia akan berbuat lebih daripada itu.” Nabi tidak pula
bertindak memukul isteri yang menolak Baginda hingga tersungkur.
Isteri Nabi pernah tepis pinggan
madu yang menghantar makanan kepada Nabi, tapi Nabi tidak rotan tangan isteri
yang menolak pinggan. Dendanya cuma menggantikan pinggan yang pecah.
Isteri-isteri Nabi pernah
bertengkar (gaduh), berbalas-balas kata hingga keluar perkataan kotor, tapi
Nabi tidak pula menampar muka isteri. Tidak pula Nabi tempelak isterinya sambil
berkata, “Tak soleh guna perkataan kotor.”
Nabi pulang lewat dan pintu rumah
berkunci dan Nabi tidur di luar rumah. Tidak pula Nabi menghempas-hempas pintu
atau mengejutkan isteri supaya buka pintu.
Suatu hari Nabi tanya isteri, ada
apa-apakah untuk dimakan pada hari itu, tetapi isterinya menjawab tiada apa-apa
(untuk dimakan), lalu Nabi beritahu isteri yang baginda akan berpuasa saja. Tak
adalah pula Nabi mengamuk-amuk marahkan isteri macam kes suami pukul isteri
lambat masak mi maggi....
Rasulullah SAW sangat marah
tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur,
“Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak
gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil
juga, jadi aku pukullah dia.” “Aku tidak bertanyakan alasanmu,” sahut Nabi SAW.
“Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?”
Baaaaanyak lagi kisah yang boleh
dijadikan teladan. Carilah untuk bacaan sendiri.
Pokoknya, sepanjang pengetahuan
saya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isteri Baginda. Tiada satupun
riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul
isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan
Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX...
Jan: diceduk dari: http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/benarkah-islam-membolehkan-suami-pukul.html
Bila kempen ini mahu dimulakan? Haaa... |
No comments:
Post a Comment