"Apa salahnya balik kerja lewat? Banyak kerja yang masih tidak siap. Salah ke?" Tanya seorang kawan saya.
" Salah!" Saya memberi jawapan.
Ada dua perkara penting dalam hidup yang selalu masyarakat lupa. Perkara tersebut ialah `kepentingan keluarga' dan `kepentingan kesihatan'.
Pada zaman moden ini manusia bekerja bagai nak rak atas banyak sebab, termasuklah tidak puas hati dengan apa yang mereka miliki. Mereka bekerja kuat untuk up-gradekan kehidupan. Mereka tidak puas dengan apa yang mereka ada. Dan tentulah manusia tidak akan pernah puas.
Mereka terus bekerja dari pagi sampai lewat petang (adakalanya sampai malam!) dan mereka juga bekerja pada hujung minggu. Bekerja kuat untuk dapatkan duit tidak ada salahnya tetapi jika tidak seimbang memanglah salah.
Suasana para pekerja balik lewat ini lama-kelamaan menjadi suatu kebiasaan (orang sudah mula rasa tidak bersalah bila balik lewat) dan lama-kelamaan akhirnya ia diiktiraf sebagai suatu sikap yang positif. Konon rajinlah tu. Kesannya para pekerja yang balik tepat pada waktu dianggap pelik, terasing dan negatif. Haru kan? Tetapi beginilah keadaan masyarakat kita. Selamat datang ke Malaysia.
Kita tidak langsung berfikir pekerja yang balik awal tersebut mempunyai rancangan kerja dan masa yang betul dan membawa kecekapan. Kita tidak berfikir yang mereka balik tepat masa kerana pentingkan dua perkara. Keluarga dan kesihatan diri. Haaa...
Mereka hendak tiba awal di rumah. Nak jaga anak-anak biar jadi `orang'!. Nak jaga laki biar dia tak main kayu tiga, empat, lima lapan. Nak jaga isteri agar mereka tak lah rasa terbeban seorang diri menangani kerja-kerja rumahtangga. Dok gitu? Haaa...
Kalau majikan memang perihatin, sepatutnya diadakan anugerah pekerja `balik tepat masal'. Atau letak faktor `balik tepat masa' sebagai elemeng dalam KPI para pekerja. Bila datang awal dan siapkan kerja awal (mengikut piawai) sepatutnya bolehlah balik awal. Supaya kehidupan para pekerja tak laaaaa terlekat pada dunia kerja sahaja.
Patut diadakan juga `Kempen Sayangi Keluarga Anda' dan juga `Kempen Sayangi Diri'
Kerja adalah tanggungjawab, dan tanggungjawab memang memberi tekanan. Kalau tidak tertekan dan sukar tidak dinamakan kerja. Kalau kerja adalah senang orang tidak beri kita gaji. Ini fakta.
Beban kerja pula membungakan rasa stress dan stress ini melamar strok atau angin ahmar. Haaa... Tambah pula cara makan kita yang tidak seimbang, maka memanglah akan menjejaskan kesihatan kita pada hari tua. Tunggu jealah kalau tidak percaya kata-kata saya.
Selain kita akan diminati pelbagai penyakit semasa tua, kita juga akan sakit jiwa apabila kita mula menyedari atas kecuaian kita anak-anak kita tidak menjadi `orang'. Bagaimana laaaaa anak nak menjadi orang kalau mereka tidak diberi perhatian? Dan bagaimana nak beri perhatian kalau kita sibuk bekerja? Balik kerja lewat sudah jadi amalam. Haaa....
Pada hari tu kita akan menyesal sangat-sangat, walaupun kita sudah bergelar haji atau hajjah tetapi kita tidak tenang dalam kehidupan sebab kita selalu sakit fizikal dan mental.
Kesimpulannya?, 15 minit terakhir kemaslah kerja anda. Baliklah tepati masa. Sayangi keluarga dan kesihatan diri. Tidak rugi luang masa dengan keluarga...
Jan: Percayalah saya...
2 comments:
saya setuju sgt... mgkin istilah tptnyer blk bile smpi waktu blk... kdg2 sya ade jga kerja tk siap tp sya buat dirmh... skrg2nye smbil sya buat keje sya nmpk ank sya buat ape n ape yg diorg mkn n buat... kdg2 pengasuh pun tk ikhlas jga ank kite...mrka tk disrh bca buku/buat h/work.. klu srh mngaji lagila tk de... jd t/jwb kte la tuk ambil thu... klu blk lwt nk tgk ank bca buku pun tk smpt... bile peksa gagal slhkn cikgu plk...
ya balik tepati masa, saya dah baiki sikit, thanks azr.
saya pun cuba jugak...kdg berjaya namun selalunya gagallah jua, hehehe.
Post a Comment