Saya tidak percaya yang cinta sejati pasti akan membawa kita ke jinjang pelamin. Saya juga percaya berkahwin dan beranak pinak bukannya bukti kita memiliki cinta sejati dalam hidup kita. Banyak bukti juga memperlihatkan cinta yang tak sejati dan murahan juga membawa manusia ke pelamin. Ya, banyak perkara yang membawa kita kejinjang pelamin termasuk `kita kena kahwin sebab orang lain kahwin’ atau `hidup sorang tidak normal’ (hanya memaparkan beberapa sebab).
Sehingga
ke hari ini saya masih lagi mengingati kata-kata Lokman Hakim (bekasrakan serumah saya)
di Pekan. Beliau berkata `banyak cinta sejati yang tidak sampai ke jinjang pelamin,
ia akan kekal di hati…” Syahdu kan?
Sambil
makan rojak, saya menangis sedih semasa menonton filem The `Notebook’ di kaca televisyen. Air mata masin saya yang bercampur dengan Nutrimatics Skin Clean (cleasing milk with sesame
oil) di wajah saya memedihkan mata saya. Namun saya menangis juga sambil sekali
sekala menyuap rojak yang saya beli khas untuk berbuka puasa… Saya beli dekat kedai tepi cabang masjid. Dekat cabang jalan, susahnya nak pakir kereta...
Realiti masa kini, cerita cinta kasih sayang sebegitu itu hampir menjadi dongeng atau
mitos. Adakah kasih sayang sebegitu besar? Cerita-cerita seperti Nang Nak, Titanic dan The Notebook antara cerita cinta yang luar biasa. Tentulah cinta
sejati dan luarbiasa amatlah jaraaaaang sehingga kalau ada terus dibuat filem gitu. Haaa…pernah terfikir tak.
Pernah
terfikir tak kisah cinta kita boleh dibuat filem? Jangan harap kan? He he he.
Saya
tidak suka menonton cerita cinta. Kerana kebanyakan cerita cinta yang
dihasilkan tidak menceritakan cinta kasih sayang pada tahap yang gaban. Cerita cinta yang sangat typical atau biasa-biasa sahaja. Namun
cerita cinta seperti Nang Nak, Titanic dan The Notebook saya menontonnya atas cadangan kawan dan pelajar saya.
Contohnya pelajar
saya yang di USM menyuruh saya melihat filem Nang Nak. Kata beliau cerita itu menyeramkan.
Namun saya menitiskan air mata apabila melihat besarnya kuasa kasih sayang.
Cinta tidak akan mati.
Titanic
adalah cerita cinta yang tak sampai… dan membuktikan cinta tidak akan tua.
Tiada saat, hari dalam cinta… Waktu jadi luntur dan tak berkuasa...Wah syahdunya.
The Notebook sangat sangat menentang arus. Tidak semua lelaki sama. Ada lelaki yang jujur walaupun payah untuk dicari bak mencari bara dalam air atau mencari remaja tanpa handpone. Kisah cinta ini membenarkan rangkap kata `sehidup dan semati’. Sayangnya ia bukan sebuah filem Melayu. Filem Melayu pula
jika dihasilkan dalam bentuk cinta akan jadi cinta murahan dan cinta geli-geli… Huh!
Mengapakah
engkau jua yang kuteringat di kala malam…?
Kalau
boleh saya mahu memilemkan kisah cinta saya...(pulak dah...!) Tentu ia akan sangat terkesan…(perasan betul saya kan?). Cerita filem saya akan membuktikan adanya cinta sejati dan kerinduan yang dalam akhirnya membawa maut...
Masih
segar dalam ingatan saya pertama kali mata saya melihatnya. Dia sedang menyusun
buku. Pertama kali melihatnya saya terus berkata `tiada apa yang istimewa’… dan
seperti kisah-kisah cinta lain kami akhirnya jatuh cinta… (saya mengambil masa
dua tahun untuk jatuh cinta kepadanya, dan dia sabar menunggu saya…) kami amat
mengasihani… namun ia adalah sebuah kisah cinta yang tidak sampai. Kali
terakhir saya melihat ke dalam kelopak matanya, saya melihat kasih sayang yang
besar bukan lagi untuk saya... dan hari berganti hari, minggu berganti minggu
bulan berganti bulan tahun berganti tahun… tiadak ada sehari pun dalam hidup
saya dimana saya lupakannya. Demi allah.
Saya
adalah bukti. Bukti cinta dan kasih sayang sejati....masih wujud!
Jan:
Penulisan ini dilahirkan dari perasaan seorang pemuda yang sedang menitiskan
air mata…. Waaaa....
2 comments:
bersbrla... mgkin die bknlah insan yg terbaik bg drimu....
N3 ini buat saya jatuh cinta pd blog ini..dan terus jd peminat tegar...
Post a Comment