Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, December 3, 2012

Aku yang bukan aku?



Saya percaya dalam phasa kehidupan seseorang, pada suatu tahap mereka berubah. Perubahan-perubahan  tersebut ada di antaranya mereka sedari dan ada antaranya mereka tidak sedari (lama kelamaan mereka akan sedar secara sendiri atau kawan-kawan di sekeliling memberitahu).

Antaranya, saya sudah tidak suka keluar malam bercampur gaul dengan orang muda-muda (walaupun setengah daripada mereka nampak jauh lebih tua daripada saya, he he he). Berlama-lamaan sambil makan dan bertepuk tampar, dan minum-minum dan berbual-bual mesra adalah suatu aktiviti yang menarik.  Saya akui ianya suatu aktiviti yang amat menarik sekali. Boleh bersama kawan sekepercayaan, kawan sependapat dan memahami kita, ia adalah anugerah. 

Saya tidak bermaksud untuk mennegatifkannya aktiviti-aktiviti tersebut. Kepada yang masih `menjalani' phasa tersebut, teruskanlah. Tiada cacat celanya aktiviti tersebut. Cuma saya rasa saya sudah agak berumur, sekali sekala mungkin boleh tetapi tidak selalu. Keutamaan saya sudah menjadi lain.

Mungkin saya sudah berumur?  Ah orang lain ada juga yang berumur tapi masih begitu. Atau mungkin saya sudah mahu mengambil nilai lain di dalam sebuah kehidupan? Entah. Bila balik kerja hati saya semahunya mahu terus pulang ke rumah, tidak mahu merayau seperti duulu... Dan semahunya pada malam hari tidak mahu lagi keluar rumah. 

Saya mahu berada di rumah, membaca dan memewahkan diri. Juga membelai diri.

Jan: Saya menunggu sesuatu...?

2 comments:

Adie Achim said...

Sampai satu tahap (di zaman bujang) saya juga begitu. Saya jadi malas untuk luang masa di luar bersama kawan. Saya mahu bersendirian di rumah. Menikmati kebebasan yang optimum seorang diri di rumah. Walaupun dengan hanya tidur dan tidur pelbagai fasa. Atau dengan hanya berbaring di sofa dengan tv terpasang.. Kemudian saya jadi bengang kepada pelawat2 yang tidak diundang.

Jankaulu said...

he he he...ya betul.

saya juga ada kisah perihal tetamu tak diundang, nanti saya cerita...kalau berkesempatan.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home