Semalam saya terima sms daripada sahabat baik saya Adnan yang tertulis:
"Seorang pensyarah bujang dibelasah oleh suami rakan sekerjanya akibat cemburu - Metro'.
Dan dia sms lagi:
"Dia bagi hadiah ke laki lain, mana saya tak marah. Ke saya dia tidak pernah bagi hadiah" Kata suami kepada wartawan.
xxxxxx...............
Umur saya sudah 40an, awal 40an sebenarnya (awal sangat konon...he he he). Dan di tempat kerja saya, kawan-kawan baik saya ramai yang terdiri daripada isteri-isteri orang. Saya tidak pernah risau akan cemburu suami kawan-kawan saya kerana dua sebab.
Sebab pertama ialah saya sebolehnya mengawal perkawanan tersebut sebaik-baiknya. Saya tidak akan keluar/mengelak dengan mana-mana isteri orang jika suaminya tidak mengenali saya. Ini penting supaya suami akan rasa selamat dan tahu dengan siapa isterinya keluar dan atas urusan apa...
Saya juga akan terus automatik memahami jika seorang suami tidak membenarkan saya keluar dengan isterinya. Itu hak mereka, saya sangat menghormatinya. Tidak bolehlah pula kita menuduh mereka sombong. Apabila saya diberitahu oleh kawan saya yang suaminya tidak benarkan beliau keluar dengan saya, saya terus memahaminya. Biasanya saya akan bertanya kenapa? Dan ada di antara jawapannya...
"Suami saya kata awak `not bad' juga orangnya, he he he".
Sebenarnya saya bukanlah handsum sangat walaupun apabila menulis blog saya selalu canang seMalaya yang saya handsum. Saya gemuk, buncit, pendek dan hidung pesek. Gambar yang saya letak dalam blog ini jauh lebih handsum daripada rupa saya yang sebenar (handsum ke gambar tu? he he he). Dan tak lama lagi rambut saya akan jarang. Namun jika ada masyarakat menuduh saya seorang yang baik dan berhati emas, saya tak nafikan... Saya akan mengaku dengan rela hati.
Apa-apa pun saya berpendapat seorang suami ada hak untuk mengawal kegiatan isterinya walaupun di tempat kerja asalkan dengan niat tidak menyusahkan kerja isterinya. Saya pun begitu, tentulah saya tidak mahu isteri saya yang cantik jelita bak Rozita Che berkawan mesra dengan kawan sekerjanya.
Jan: Kita kena berpada-pada dalam berkawan agar perhubungan berpanjangan...
" Ok Abang Jan, kita breakfast bersama di tempat kerja esok, he he he"
1 comment:
O.k... saya akan ingat ini :D
Post a Comment