Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, August 3, 2012

Makanan telinga saya

Saya suka mendengar irama dan lagu. Tidak dapat saya bayangkan kehidupan saya tanpa muzik atau telinga. Bila saya mendengar irama yang indah, ianya meresap masuk ke dalam jiwa saya. Ianya memberi semangat juang untuk saya. Betapa laranya, kededeknya sesebuah lagu, saya juangkan perasaan sedih tersebut kepada semangat untung bangkit memandang dunia yang luas ini.


Dan rasanya, atas sebab itulah saya menyambar (membeli) speaker Sony yang mahal. Mahal bagi saya yang gajinya tidak seberapa ini. (Satu cubaan untuk merendah diri. Harap-harap berjaya. He he he).


Gambar-gambar di bawah dipukul/ditangkap sebulan sebelum puasa. Ianya tidak ada kena mengena dengan bulan puasa sama ada yang hidup ataupun yang mati, atau hidup tetapi seperti mati (maksud saya segala keindahan dunia luput daripada perasaan... patah semangat untuk mengorak langkah. Kira kes lara la ni...)


Saya mengambil masa berminggu-minggu untuk pasang speaker Sony yang saya beli di ECM Kuantan. Bila balik rumah saya hanya berjaya pasang LCDnya sahaja. Speakernya saya tak reti. Ada banyak sangat speaker. Ada 5.

Sejarah pembelian speakar/speaker ini bermula apabila saya ke ECM. Mulanya saya hanya mahu beli LCD baru sebab LCD lama hanya 32 inci.  Jadi saya beli la LCD baru besar sikit. Tak semena-mena saya terbeli sekaligus dengan speakernya. Jurujual tersebut beria benar melayan saya supaya membeli sekaligus speaker home teater seolah saya ni bakal abang ipar dia.


Sebenarnya semenjak di tingkatan 3 saya sudah berangan nak ada speaker yang bermutu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di slip gaji, maka bertahun kemudian barulah saya sambar speaker jenama Sony ini. Saya nekad. Harga dia dalam seribu lebih, takut saya nak ingat jumlah sebenarnya, he heeh. Bagi saya, pembelian yang melebihi RM1K adalah mahal bagi hanya sebuah speaker.

Saya terpikat dengan model ini selain ianya agak murah, ia antara yang model bergaya, ia ada `stand' untuk letak speaker secara berdiri. Nampak moden gitu.


Masalahnya minggu demi minggu saya cuba pasang speaker ini dengan menggunakan buku panduan yang disediakan. Balik kerja terus buka buku panduan, study. Ada banyak lubang yang perlu dijolok dan jolokan tersebut mestilah pada lubang yang betul. Jangan tersalah lubang atau tersalah jolok.

Sehinggalah saya minta tolong seorang pekerja di pejabat. Nama dia Anuar Ibzam. Budak muda lagi. Sekarang hatta mentol terpadang pun saya panggil dia.


Syukur akhirnya speaker terpasang. Sekarang dapatlah saya layan blues. Tentulah saya selalu pasang lagu Kak Pah iaitu 1000 mawar siang malam. Bila dengar melalui speaker ini seolah- olah Kak Pah datang bersimpuh depan saya menyanyi secara life (live). Gemersik merdu suara Kak Pah mendayu lemak merdu membuatkan saya terlupa bahawa saya membeli speaker tersebut dengan kad kredit. He he he.

Bila saya dengar Kak Pah lagu `halimunan malam" pula, menitis air mata saya mengenangkan kisah saya dianiayai oleh orang yang saya percayai dunia akhirat...paling saya sayangi...semoga dia akan mendapat pembalasan setimpal!


Speaker ini ada 5 semuanya. Entah kenapa harus begitu banyak? Sampai sekarang saya tidak faham. Dan untuk merumitkan lagi keadaan 2 speaker kena letak di belakang kita. Kawan saya kata ia home teater sebenarnya. Bila bunyi meletop guna speaker lain, bunyi kaca pecah speaker lain. Pelik kan. Pelik sungguh manusia ni.



Speaker tersebut seperti di atas. Sekianlah sahaja posting kali ini. Namun begitu saya tidaklah deras valiung   (memperdengarkan bunyi yang kuat) kerana bimbang mengganggu anak-anak jiran. Anak jiran menganggu saya tak apa? Huh!. Ah! biarlah orang mengganggu kita, tak apalah biarlah saya halalkan (tiba-tiba jadi baik sempena ramadhan kot). 

Pendek kata, dengan sistem bunyi yang canggih ini saya tetap sunyi...terpinggir dan terabai. Melara.

Jan: Sori saya selalu mengarut...he.

5 comments:

Adie Achim said...

Saya juga menghadapi masalah untuk pasang sistem audio sebegini walaupun dibekalkan buku manual. Pernah sekali tu dah beli tapi tak pasang2 tunggu adik kat U balik bercuti. (Adik perempuan ok- bertuahnya adik dapat abang)

Jankaulu said...

nampak simple jea, tapi payah sebenarnya nak pasang. hanya kepada yang pandai jea kot boleh pasang.

heheh

Nong Andy said...

bhahahaha... baiklah. bolehkah aku bongkak sedikit di sini :p

aku pernah kerja di kedai Electrical dan pasang memasang benda2 itu kacang saja bagiku :p

LilYLiZ@ said...

Time beli tv sony tahun lepas ada juga juru jual kat seng heng tu pujuk saya beli sistem audio ni, mmg cantik bergaya, hati pula gatal beria nakkan set ni, tp bila diberitahu harganya saya mmg tak cukup mampu :(

Ma Pekan said...

samalaa kita punyer heheheh

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home