Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, August 10, 2012

Kad raya paling kreatif!


 Hari ini hati saya sangat istimewa sebab saya dapat kad raya yang paling kreatif. Biasanya saya dapat kad  raya yang ada tandatangan dan cop jawatan berserta alamat. Tidak ada gambar atau tulisan. Hanya tandatangan.



 Tetapi hari ini berbeza, bila saya ambil kad ini di pejabat, terus saya buka. Ianya daripada sahabat maya saya Nong Andy. Saya rasa malu pula kerana kad yang saya kirim tempohari hanya simple sahaja. Tidak kreatif. 



Dalam kad ada gambar muka saya yang dikomersialkan. Gambar tersebut saya ambil di hotel Istana (dalam bilik air sebenarnya, he he he). Saya akan bawa kad ini balik ke kampung di Besut, Terengganu untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga, rakan dan orang kampung.



Saya amat hargai kad ini kerana ia bukan sembarangan. Walaupun saya dah berusia awal 40an sebenarnya saya simpan kad yang bererti...


Dalam gambar ni ada gambar Shinta bertudung cantik, saya cuba besarkan tapi tak terang.


Jan: Suatu hari saya harap dapat berjumpa dengan sahabat maya saya ini...

3 comments:

Nong Andy said...

a... hari ni saya rasa nak menyorok lagi.. sebab malu sangat dengan tulisan yang lebih cantik dari tulisan doktor itu hehehehe...

saya belum terima kad raya kamu.. maybe next week :D

syukurlah kad mengada kreatif tu dah smpai sebelum Encik Pensyarah bercuti :D

LilYLiZ@ said...

Kad raya yang cantik..mcm kad kahwin pun ada jg ;). tahniah sbb dapat kad raya.

Jankaulu said...

tima kasih utk sahabat maya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home