Dalam dunia ini banyak manusia yang berperangai pelik. Maksud saya bukan cacat minda tetapi buat perlakuan yang mendatangkan keburukan kepada orang lain. Kadang-kadang orang lain itu adalah keluarga mereka sendiri... Haaa.
Kisah ini saya baca semasa saya sedang menunggu giliran berjumpa doktor. Saya deman rindu menghiasi kamar hati. Akhbar tersebut menceritakan si anak yang derhaka kepada kedua-ibubapanya. Dahlah tu, ibubapanya pula yang kena jaga cucu bila si anak bercerai.
Saya rasa kisah-kisah begini dalam masyarakat Melayu bukan satu dua berlaku, bukan tiga empat atau sepuluh sebelah. Berlambak!. Dengan kadar penceraian setiap 15 minit maka banyaklah yang mendapat kesan buruk daripadanya. Haaa.
Rosti Harun (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu), mengecop kes ini sebagai kes `si Tanggang Modeng. Ini kerana si pesalah bergaji besar sebab berpendapatan RM17K sebulan. Bestkan kalau gaji RM17K lebih sebulan. kalau saya gaji sebanyak tu wajib saya guna orang gaji. Saya juga nak beli pasu.
Diringkaskan cerita pesalah dikatakan tidak jenguk pun anak-anak hasil persetubuhan dengan isteri pertama beliau setelah dapat isteri baru. Gitulah kata-kata bapa pesalah sendiri.Hakim tersebut sangat duka cita akan kes-kes sebegini berlaku...
Saya tidak tahu nak kata apa lagi kecuali terkilan dan simpati kepada anak-anak. Ya, sekadar bersimpati dan megharapkan masyarakat kita bila sudah dapat apam/kayu khamat baru janganlah lupa anak-anak. Anak-anak tersebut adalah rezeki, yang menandakan kita pernah bercinta dan bersetubuh sehingga menghasilkan hasil.
Ayah dan mak kita yang tua tu bukan galak sangat nak jaga cucu. Kalau saya pun saya tak nak jaga. Saya nak main yang dah dimandi dan dibedakan. Kalau suruh saya yang menjaganya saya tak mau, selilish malaikat 44. Tapi mereka terpaksa menjaganya kalau anak tak bertanggunjawab.
Jan: Ambiklah iktibar, perkara sebegini boleh berrlaku kepada kita sepuluh atau 15 tahun lagi...ha...
1 comment:
moga2 sy tidak jadi si tangang moden..
Post a Comment