Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, August 24, 2012

Berhutang kerana anak 8?

Seminggu sebelum raya, kawan saya yang pinjam duit saya pada 2 raya yang lalu (yang sampai sekarang senyap tak berbayar) sms saya. Mesra bertanya khabar. Saya pun pelik juga sebab dia tanya pasal kesihatan saya dan macam-macam hal. Sehinggalah pada hari ke 3 semuanya terbongkar!.

Ya, dia nak pinjam duit saya lagi. Dia beritahu dia sedih kerana nak beraya tidak ada duit. Saya simpati tetapi bila dia heret isu yang dia tak cukup duit kerana ada anak 8, saya jadi marah sangat. Terus saya suruh dia merancang keluarga. Dan saya juga `terlepas' laku dengan sms memberitahu dia yang sekuat mana dia kerja keras nak buat anak (maksud saya bersetubuh), sekuat dan bersungguh-sungguh gitulah dia kena bekerja, Haaa. Teruk tak saya?.

Saya tidak sebut pun pasal hutang saya sebab saya dah banyak kali sebut dan dia juga ada sebut dia selalu tak ada duit. Saya pula tak kan nak beritahu hutang wajib bayar. Lagipun dia jenis Jimang, jenis kepiah atas kepala tahu segala hukum hakan, tapi hidup sesat!. 


Jan: Lepas tu dia tak sms saya lagi, ucap selamat hari raya maaf zahir batin pun tidak...

1 comment:

Nong Andy said...

hutang tu kalau kita halalkan.. boleh tak. kesian pula kalau yg meminjam tu adik beradik..

rasa nak cuci je telinga manusia spesis mcm tu kan Encik Pensyarah.. sy pon jumpa muka tembok yg asik hutang x byr juga..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home