Pada bulan puasa amalan bersedekah sangat dituntut agama. Dengan sedekah kita yang tidak seberapa tersebut sebenarnya boleh berupaya membuat perubahan yang besar. Memberi kesenangan kepada orang yang memerlukan adalah perbuatan yang mulia.
Bukan semua orang bernasib baik macam kita. Bukan semua orang juara oder kueh raya macam kita. Bukan semua orang boleh tukar langsir macam kita atau beli tikar getah baru. Ada orang makan biskut kering sahaja. Menangis beramai-ramai (sebab duduk ramai-ramai, bila sorang menangis terus yang lain ikut) di pagi raya sambil dengar lagu `Pulanglah' dendangan Aishah.
Amalam ini bukan semua orang boleh buat kerana ianya `berbeza'. Orang kaya pun tidak ada `kekuatan' untuk bersedekah kalau hikmah di sebalik bersedekah itu mereka tidak nampak. Atau buat tak nampak?
Alhamdulilah ada juga pihak yang ambil berat...ada tempat berlindung
Kata nabi kita bersedekahlah walau sebutir kurma...
Tidak semestinya orang yang lebai licin jea amalan sedekahnya, ia sesuatu amalan yang berbeza dengan sembahyang sunat. Maksud berbeza tersebut ialah apabila kita sedekah, terus secara fizikal kita nampak kita `terpaksa' memberi. Dan pemberian itu membuatkan hati kita mengatakan kita telah `kehilangan'. Haaa.
Sedihkan tengok budak-budak ni walaupun mereka riang ria...
Bukan semua budak beruntung macam anak kita...
Sebab itulah amalan puasa sunat atau sembahyang terawikh lebat, ramai yang lakukannya tetapi bila tiba hal sedekah semuanya senyap walaupun mampu. Haaa...
Sesekali manjakan anak kita, apa salahnya sekali seumur hidup manjakan anak yatim piatu, haa. Sebenarnya saya nak buka satu rahsia besar dalam posting ni. Sebenarnya selain pasu dan karpet, kelemahan saya yang lain ialah anak yatim. Saya tidak tenteram bila berhadapan dengan anak yatim. Pernah air mata saya menitis bila saya meninggalkan perkarangan rumah anak yatim. Saya menangis insaf tak henti. Sugul 3 hari. Makan ala kadar jea. Tak apalahkan daripada tak insaf langsung.Haaa..
Katalah kalau kita sedekah hanya RM1, maka kalau 200,000 orang sedekah RM1 dah jadi RM200,000. Senang-senang jea. Binaan renovek rumah anak yatim dapat dibina. Tambah ruang biar mereka selesa. Orang sibuk nak tambah ruang untuk keselesaan kita sibuk nak renovek dapur biar vouge...Haa..
Kita dermalah yea, Semoga ada dermawan yang membaca blog ini.
Kediaman@abunur.net/www.abunur.net.
No akaun: 02048010043941. Bank Islam Malaysia Berhad.
Jan: Dermalah walau singgit...
3 comments:
Rasanya patut di sediakan tabung kat masjid khas untuk anak yatim. Saya juga amat sensitif dengan golongan ini. Tercari-cari kalau ada peluang untuk jadikan anak angkat. Moga diperkenankan.
insyallah niat yang baik diperkenankanNYA...
sebaklah membaca n3 ni..
sedekah tak akan luakkan duit kita tapi akan gandakan rezeki kita.. insyallah!
Post a Comment