Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, August 10, 2012

Di pagi aidilfitri - Rosmaria Abdul Hamid



Kau kirimkan sekeping kad ucapan
bagai pengganti diri engkau tiada di sisi
kutatapi azimat yang bererti
penawar hati pemikat janji

(2)
Dikau tiada kini
Dahku bersendiri menunggu merindu
Tak tertahan airmata
membasahi di pipi di pagi aidil fitri

Kusedari tak harus ku berduka
di hari raya hari bahagia
apalah daya kutelah mencuba
namun kepiluan menguasai jiwa

Sebentar tadi dalam perjalanan mengepos surat kepada para peminat di serata tanah air, saya ditanya oleh seorang kawan. "Ramadhan ini nak ulas lirik mana, sempena hari raya?. Saya memang berhajat nak ulas sebuah lagu hari raya di blog ini. Tetapi masa tidak mengizinkan, semalam setelah berbuka di rumah Ct Marzam, saya bergegas ke kelas. Dan malamnya saya terlepas majlis sambutan hari lahir. He he he.

Dan sudah tentu pilihan saya adalah lagu raya lama yang klassik gitu. Bukannya lagu raya baru tidak menarik tetapi memang tak sedap pun, he he he. Entah apa. (kecuali lagu Datuk Siti dan Kak Pah). 

Tahun lepas saya ada ulas lagu  "Bersabarlah-sayang-sanisah-huri. Tahun ini saya pilih lagu yang dinyanyikan oleh Rosmaria. Mungkin generasi kini tidak mengenali beliau samalah kot di mana generasi akan datang tak mengenali  lagu raya `Setahun sekali' oleh Amy. Atau generasi sekarang pun tak tahu Amy Mastura ada lagu raya? Opps!.

Rosmaria, unik namanya. Beliau jura Bintang RTM 1977


Gambar terbaru Kak Rosmaria, terimakasih kepada http://sezali1970.multiply.com

Orang lama kalau menyanyi meresap ke rongga jiwanya. Kata kawan saya penyanyi sekarang kalau menyanyi meresap kat tajuk lagu sahaja, kemudian lirik gagal disampaikan. Tak pandai menjiwai lagu. Begitulah kata kawan saya yang apabila dia menyanyi saya suruh dia diam. He he he. Ok kita pergi kepada lagu.

Tema dan persoalan lirik lagu ini adalah kesedihan pada pagi hari raya, bukannya petang raya atau malam sebelum raya. Kesedihan tersebut bukan kerana tidak dapat duit raya atau buat langsir baru tetapi kerana buah hatinya tidak dapat bersama di hari raya. Maka pada pagi hari raya beliau bersedih sambil menatap kad raya yang dikirim oleh buah hatinya tersebut.

Lagu ini ringkas lirik dan melodinya tetapi, saya ulangi tetapi `power'nya lagu ini dapat bertahan berpuluh tahun, jadi sebuah lagu malar segar. Penghayatan Kak Rosmaria 7 bintang daripada 7. Mungkin Kak Maria juga mengalami peristiwa dalam lagu? Atau memang penghayatan penyanyi dulu penuh keikhlasan?

Rangkap pertama jelas menunjukan seorang pemuda tersebut telah mengirimkan kad raya kepada mak wenya/pasangannya. Orang dulu-dulu hidup ada budaya kirim kad raya. Dan selepas itu ada yang kreatif menggantungkannya di jendela. Rumah yang paling banyak kad raya bermakna ramailah peminatnya... Haaa. Atau dia beli sendiri? Cari glamour murahan? Haaa.

Kad ucapan raya tersebut adalah pengganti diri kerana berada jauh di mata. Dan dia menatap kad tersebut sebagai sesuatu yang berharga. Dia rasa terubatlah jua rindu seketul dua. Lihat lirik di bawah:

Kau kirimkan sekeping kad ucapan
Bagai pengganti diri engkau tiada di sisi
Kutatapi azimat yang bererti
Penawar hati pemikat janji

Kalau kita perhatikan rangkap di atas terdapat banyak pengulangan huruf `i', menjadikan sebutannya berirama indah. Cuba nyanyikan kalau tak percaya. Kalau suara tak sedap pastikan tiada kawan di sebelah.

Rangkap kedua memperlihatkan keadaan di mana sambil menatap kad raya tersebut berlinangan air mata kerana rindu.  Dia duduk menunggu sambil memegang kad raya (dalam lirik tak ada dia sebut kad raya, tapi tak kan kad maybank pulak). Dan pada pagi raya dia menangis seorang diri (tak kan depan tetamu pulak, nanti malu). Pernahkah para pembaca menangis kerana rindu? Saya pernah. Pernah juga meraung tepi jalan simpang nak ke Rompin, 3 tahun lepas... 

Dikau tiada kini
Daku bersendiri menunggu merindu
Tak tertahan air mata
Membasahi di pipi di pagi aidil fitri

Dalam ajaran agama, pagi raya sebenarnya kita tidak baik menangis dan berhiba. Nabi kita suruh kita gembira meraikan kemenangan. Tetapi daripada lirik tersebut kita tahu yang perempuan tersebut menangis jua walaupun dia tahu tidak patut dia bersedih. Dia mengaku tidak dapat menahan kesedihan.... Kesian kan? Rujuk lirik di bawah:

Kusedari tak harus ku berduka
Di hari raya hari bahagia
Apalah daya kutelah mencuba
Namun kepiluan menguasai jiwa
( ulang 1 & 2 )

Demikian sahaja ulasan saya untuk lirik yang mudah ini. Perkataan yang dipilih adalah jelas dan tidak ada perlambangan atau simbolisma yang kompleks. Budak darjah 1C pun boleh faham. 

Jan: Semuga diri ini tidak menangis lagi di pagi raya...(pulak dah)

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home