Pada hari raya kedua saya telah menghantar sms kepada seseorang. Sms tersebut tentu akan membuatkan dia marah dan berkecil hati. Tentu dia teruja dan sangka saya nak ucap selamat hari raya dan bila baca sms tersebut tentu mood raya dia hilang. Tetapi itulah tujuan saya. Jahat kan? Memang.
Namun sebelum saya merasa marah dan berkecil hati, biarlah dia merasainya. Itulah pendapat dalaman hati saya yang buruk. He he he.
Saya harap dia tidak menganggu saya lagi atau mengdambarkan saya lagi. Sebenarnya saya juga rasa bersalah sebab melayannya. Saya melayannya dengan layanan biasa tetapi kalau dah perasan tu, perasanlah juga. Saya rasa dia sudah mabuk. Saya kenal benar orang bila mereka dalam keadaan mabuk...
Saya harap selepas dia baca sms tersebut, dia akan bencikan saya. Atau bertambah sayang? Ha ha ha (ketawa ikut stail pemuda jahat, eh pemuda lagi ke?). Saya tentu akan lega dan aman tenteram kerana tidak diganggu lagi. Dikingkong lagi... Ikhlas saya cakap kadang-kadang perlakuannya amat memalukan saya di depan khalayak ramai. Sehingga saya takut pula nak bercinta, takut jadi bodoh...(jahat saya). Tapi bukan semua kan, ada yang setia bila bercinta, alah bacalah novel atau nonton drama swasta Melayu. He he he. Saya ni pesimis dan sinis? Teruk betul. Tetapi saya percaya ia wujud, cuma `sedikit-sedikit', atau `kadang-kadang' bak kata Tun P Ramlee dalam filem Nujung Pak Belalang. (sedap-sedap jea saya beri gelaran `Tun', ya lah nak tunggu kerajaan beri lambat lagi..)
Kita kembali pada tajuk posting. Saya ni memang melalut, begitu juga semasa berkuliah kadang-kadang pelajar terpaksa `pandu' saya balik ke topik akademik yang dibincangkan bila saya sudah tersasar jauh cerita pasal percutian saya ke Nilai, pasu dan sport rim. he he he.
Kembali ke tajuk posting. Biarlah nanti dia akan burukan saya dengan bercerita pada orang pada orang yang saya ni nampak saja baik tapi jahat. Ceritakan kat orang saya tergilakan dia pulak (terbalik skrip). Saya dah biasa diumpat fitnah begitu.
Tetapi biarlah dia buat begitu jangan saya pula yang bercerita pada orang dialah yang jahat...
Tetapi biarlah dia buat begitu jangan saya pula yang bercerita pada orang dialah yang jahat...
Jan: Tentu dia akan rasa hampa dan kecewa...dan untuk pengetahuan dia itulah yang saya rasai di sepanjang perjalanan hidup saya ini...(sedih pulak dah, huh!)
3 comments:
Saya sangat penat kalau terpaksa melayan orang yang saya rasa tidak selesa. "kadang-kadang" sengaja saya tunjuk betapa saya tidak suka pada orang itu. Saya amat penat dengan hipokrit. Namun saya selalunya tanpa rela beralah demi menjaga hati. Yang pada akhirnya saya kesali kenapa perlu berpura.
encik pensyarah, what goes around comes around, jadi janganlah bersedih ya :)
Kita selalu cuba manjadi baik.. cuba bersangka baik dan cuba jadi kawan/insan yg baik. tapi adakalanya kita akan terburuk laku juga.. dan itu lumrah manusia. sekurang-kurangnya kita selalu cuba jadi manusia yang baik hati :D
Post a Comment