Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 30, 2012

Berbukalah dengan ringkas...dan ikhlas

Asalamualaikum dan salam 1Malaysia buat pembaca blog Abang Jan,

Semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga. Semoga kita sama-sama menjalani ibadat ramadhan dengan sekelas-kelasnya gitu. Kali ini Abang Jan masih mahu berceloteh pasal perihal perangai orang kita bila berbuka. Abang Jan tidaklah menuju posting ini kepada golongan tertentu. Semua kelompok masyarakat mungkin mengalami apa yang Abang Jan tempohi. Mungkin seorang ustad juga melakukannya kerana nafsu itu dimiliki oleh semua manusia. Adanya.

Abang Jan juga tidak bermaksud untuk upkan diri Abang Jan yang hina ini. Abang Jan tulis apa yang Abang Jan telah lalui dan jalani dalam hidup Abang Jan. Abang Jan tidaklah lebih bagus atau baik daripada kamu semua. But i love you all (amboi macam superstar pula Abang Jan ni, he he he)

Zaman Selok Kera

Mungkin kerana faktor usia, Abang Jan tidak lagi selok kera apabila membeli juadah di bazar ramadhan atau semasa berbuka. Dulu tidak cukup jari nak pegang juadah. Sekarang Abang jan sudah meninggalkan zaman membeli dengan banyaknya (dan makan dengan banyaknya). Dan akhirnya membazir dengan banyaknya.



Sedih pula bila ingat perangai Abang jan yang dulu, yang pabila membeli, beli banyak dan membazir akhirnya. Terkilan juga bila teringat berbuka bukan sahaja berbuka dengan aneka makanan tetapi juga pelbagai minuman!. Sedangkan di Afrika mereka berbuka dengan air mata...

Selamat tinggal semua! (macam nak naik kereta api pulak rasanya, he he he). Abang Jan tidak sangka Abang Jan boleh berubah sedemikian rupa. Tahniah untuk Abang Jan.

Sebaik-baik adab?

Abang Jan sudah mula berfikir sebaik-baiknya kita menjaga adab makan  pada bulan puasa kerana kita hendak menghormatinya. Kita cuba hayati intipatinya, kita makan sama sahaja seperti bulan-bulan tidak puasa...Haaa. Setuju tak?

Tentu kalau kita nak aplikasikannya iaitu makan ikut biasa, bini/laki kita mungkin akan kata " Dah buang tabiat ke awak ni?". Haaa, he he he. Tetapi betul, kalau nak ambik semangat ramadhan begitulah sepatutnya dan bukannya makan dengan lebih lahap (layan nafsu) kerana kononnya dapat lesen sebab berlapar sepanjang hari. Bila berbuka terus bedal.

Konsep atau mentaliti "Kita kena makan sedap-sedap sebab kita berpuasa seharian" kita hapuskan. Kita lanyak! Kita ambik konsep itu dari kepala otak kita, kita lontarkan jauh ke hujung dunia. Kita berbuka dengan ala kadar sahaja...Tara...

Bukannya tiket atau lesen


Berpuasa bukanlah lesen, tiket atau autoriti untuk kita berbuka dengan gaya mewah atau kononnya nak rewok (anugerahi) diri. Puasa yang sempurna bagi Abang Jan  bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan melakukan perbuatan yang membatalkannya tetapi juga bila berbuka, berbuka dengan sempurna. Bukannya lepas baca niat buka puasa, terus express makan tak ingat dunia. Haaa... Bukan nak mengata orang, Abang Jan dulu gitulah... Abang Jan bedal sampai tak boleh bangun, sempurnakah puasa Abang Jan?.

Mee goren RM2

Tetapi kini Abang jan ucapkan tahniah pada diri ( dah jadi satu penyakit ke ni? Tahniah pada diri sendiri?. Tapi ada juga tepukan untuk diri sendiri. Kalau tak percaya cuba libatkan diri dengan jualan langsung. Pasti ada adegan `tepuk untuk diri sendiri" kerana berjaya. He he he. Biasanya mereka jerit `semua bangun'. Dan kita pun kena bangun. Dia akan kata `satu tepukan untk diri sendiri". Kelakar bunyikanya kan? Tapi selamat datang ke Malaysia. Eh kot-kot di negara orang lain pun gitu jugak. Entahlah)). Kita kembali kepada tajuk sub-displinnya iaitu " Mee Goren RM2".

Sepanjang ramadhan ini sekali sahaja Abang Jan sentuh nasi. Itupun kerana Abang Jan menerima jemputan daripada kakak Abang Jan untuk sama-sama berbuka dengan nasi di restoren bersama keluarganya. Biasanya Abang jan hanya berbuka dengan mee goren RM2 semata-mata. Oh yea Abang Jan juga pernah berbuka dengan Mc Donal atas urusan kerja mengiringi projek pelajar. Yang lain-lain Abang jan berbuka dengan mee sahaja.

Mee goren itu Abang Jan membelinya di bazzar ramadhan. Yang harga RM2. Abang jan lalu banyak gerai yang jual makanan yang enak-enak namun buat tak tahu. Hakikatnya Abang Jan teliur sangat ayam panggang dan kueh muih. Namun Abang Jan terus berjalan lurus macam robotcop dan buat-buat tak tahu pada `panggilan' selera makanan tersebut. Abang Jan nekad hanya beli mee goren RM2 dan balik Abang Jan buat tea o.

Berlakon konon...




Abang Jan juga sengaja makan atas lantai, bukannya atas karpet baldu yang Abang Jan beli kat Nilai tu.  Abang Jan tak makan atas meja kayu jati Abang Jan (yang RM4800, yang lelah bayar bulan sampai bertahun tu).

Abang Jan juga ambik pinggan plastik yang murah bukannya yang RM60 sekeping (yang bayar bulan-bulan tu, main kutu). Dan masa berbuka Abang Jan pakai t'shir pagoda jea untuk hayati keadaan poverty. Dan Abang Jan berlakon bahawa diri Abang Jan hina, terbuang, terpinggir, teraniaya dan sebagainya....

Apa yang ingin kita tanamkan?

Kalau kita fikir betul-betul, memang perbuatan kita ditiru oleh anak kita. Hakikatnya kiita mahu anak kita jadi lebih baik berbanding kita (sapa yang tak ada anak baca jealah. Sapa yang tak ada anak kerana tak kahwin tu, sabar jealah kot-kot ada la nanti oarang minat kat kita, orang nak ke kita nanti. Yang dah kawin tapi tak ada anak tu, sabar jugaklah sebabnya nanti ada la `hadiah' yang tuhan beri di akhirat (kalau di dunia ni tak ada anak). Mana-mana masyarakat yang kuat mengata tu, nanti anak andai perangai macam keledai baru tahu, he he he, sempat juga mengata orang di bulan puasa. Ampun...).

Kembali kepada sub disiplin tajuk posting. Kita selalu buat kesalahan-kesalahan tanpa sedar depan anak-anak. Kita tunjuk perangai buruk kita pada anak-anak tanpa sedar. Hakikatnya kita mendidik dengan cara yang tidak betul, tidak ikut tuntutan sepatutnya.

Kita terkesima bila anak kita asyik ajak kita makan kat luar, " Ala... ayah jom makan kat luar!. Kat luar best. Ada udang, ada galah, ada ayam, sotong, kambing, bla---bala". Pada masa ini kita patut suruh bini kita tampar pipi kita 3 kali (jangan pula tamparan manja yang berakhir di bilik tidor, haaa, bahaya!). Kita suruh bini kita tampar kita tu sebab kita la juga ajar anak kita selok makan kat luar. Contohnya kita sengaja umpan/ajak makan berbuka kat luar atas dasar kat luar lebih banyak makanan serba maknika boleh makan dan lebih selesa sebab tak payah basuh pingan lepas makan. Kita tak ajar anak-anak kita makan secara bersyukur...haaa.

Kerana allah

Semasa kita berbuka tentu kita nak makan kerana lapar. Tak sabar lagi kita renung/telanjangi juadah depan mata. Amboi ghairahnya air kelapa muda tu!. Bestnya ayam percik!. Tetapi sepatutnya kata ustad Othman kita makan kerana allah. Masa tu saya terus insaf sekejap. Ustad Othaman ni semua perkara dia kaitkan kepad allah. Bukan macam kita ni yang upacara agama jea kaitkan dengan allah, yang lain-lain tu ikut hati kita jea, kan?.

Katanya kita sebagai hamba, makan kerana allah bukannya kerana kelazatan semata-mata. Saya terus insaf, kalau tidak kerana kawan yang saya benci tu ada juga sama-sama turut mendengar, tentu saya menangis insaf di situ juga. Tapi tak jadi menangis sebab nanti dia war-warkan pula kepada dunia saya menangis. Dia memang begitu. Geram gitu. Dulu pernah dia beritahu orang saya sebenarnya sudah kahwin tetapi playboy!. Saya nafi saya sudah kahwin! yang saya playboy tu, saya akan nafi kemudian, he he he.

Kita kembali kepada ustad Othaman, katanya kalau kita makan dalam keadaan tenang, redha kerana allah. Maka bertukarlah action makan tadi daripada makan semata-mata kepada ibadat! Tara....Haaa.

Ni kita tak, makan kerana nak buka puasa. Buruk lantak pulak tu. Kita jadi kawan syaitan kerana membazir! He he he.


Muka seposen





Boleh sekali sekala bawa keluarga, anak-bini makan di luar, tak ada kementerian nak halang, tak ada parti politik pembangkang nak bangkang. namun tanggungjawab bapalah menjadikannya sebagai satu ibadat. Tanggungjawab bapa berat dan haruslah secuba upaya melaksanakannya.

Janganlah pula kita jadi suami yang kufur atas nikmat. Orang lain tak ada bini pun, peluk bantal jea (saya lah tu, he he he. Berbuka sorang diri jea dengan mee RM2, sedih pulak rasa, belas pun ada.). Jangan kita buat muka seposen kepada isteri bila dia buat lauk sedikit atau tak menyelerakan. Jangan kita buat gini depan anak-anak. Muka seposen kita tu nanti ditiru oleh anak-anak kita. Tension bini kita nanti kalau laki dan anak-anak mogok sebab lauk tak best. Perkara inim sering terjadi di kawasan Malaysia Barat, juga mungkin terjadi di Malaysia Timur dan beberapa negara anggota ASEAN.

XXX

Sebenarnya sebagai manusia kita sering alpa. Kita sering aniaya orang dan diri kita sama ada sengaja atau tidak sengaja. Maka kita cubalah ubah apa yang patut. Nak ubah sekaligus maha payahnya sebab perangai kita hudoh sejak kecil lagi... (kesimpulan posting ni macam tak kena jea kan?)

Kesimpulannya, berbukalah dengan ringkas... (ni baru kesimpulan yang ok sikit kot.)

Jan: Bagaimana hendak menyambut hari raya yang sempurna? Haaa?

Friday, July 27, 2012

Ucapan selamat berpuasa hari ke 7



Asalamualaikum buat pembaca blog Jankaulu, semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga dan jiran tetangga. Terlebih dahulu kita panjatkan berbanyak syukur kerana kita masih lagi bernafas dalam kesejahteraan. Alhamdulilah, kita masih boleh bersenang lenang menekan kibok komputer untuk membaca blog (he he he). Ada di bahagian dunia lain masih guna mesen taip gitu. Atau ada komputer tetapi tak ada jari pulak...

Sebagai penyimpan mohor besar blog ini, saya meyeru marilah kita sama-sama bersyukur kerana masih dapat berpuasa bersama keluarga kita di sebuah negara yang aman damai. Contohnya negeri Terengganu,  bukan sahaja negeri yang aman damai tetapi negeri cantik, budaya menarik dan handsum anak negerinya (releven ke?, Boo je lah. Tak tahu nak tulis apa dah). Di kebanyakan bahagian dunia lain, ada yang bukan sahaja berpuasa di bulan ramadhan tetapi hampir berpuasa sepanjang tahun. Maksud saya kebuluran.

Pernahkah kita fikir? Semasa kita mengoder 10 jenis biskut (yang bentuknya saja lain tapi rasanya hampir sama), semasa kita mahu menukar sport rim kereta kita untuk menunjuk kepada orang kampung kita, semasa kita menempah baju raya 3 pasang (RM250 sepasang), kita tidak sedar langsung yang banyak isi rumah di dunia ini nak beli roti bodoh (roti sekadar roti, tak ada inti atau perasa tirun) pun tak da duit (bahasa Melayu tinggi = tidak berduit).

Pada hari ini, alhamdulilah genaplah 7 hari kita berpuasa. Selama seminggu ini marilah kita bersama-sama munasabah diri adakah kita berjaya? Adakah kita berjaya sepanjang hari? Adakah mata kita berjaya? Mulut kita berjaya? Telinga kita? Adakah kita berjaya di bazzar ramadhan? Adakah kita berjaya semasa bersila untuk berbuka? Haaa... Adakah sempurna puasa kita...

Haaa....

Jan: semoga sama-sama kita berjaya. Salam 1Malaysia berjaya... 

Thursday, July 26, 2012

Bonus raya 2012: Bersyukurkah orang kerajaan?


Aku beri orang mengata, aku tak beri pun orang mengata, alhamdulillah...


Orang kerajaan (orang `makan gaji' dengan kerajaan) atau juga dipanggil sebagai penjawat awan boleh senyum lebar sebab dapat `duit raya'. Alhamdulilah syukur kan?. Walaupun jumlah wang adalah kecil  sekali pun, `Sapa nak beri kita tiba-tiba walaupun RM100?". Haaa. kan?

Bonus bukan suatu kewajipan majikan, dan bila kita terima bonus patut sangatlah kita bersyukur. Perkara bonus ini sebenarnya bukan milik kita, ia di luar kuasa kita. Kalau kita pekerja swasta sekalipun, kalau majikan kita untung berbilion RM pun, kita tidak boleh mendakwa majikan di mahkamah kalau mereka tidak mahu beri bonus. Tak ada dalam mana-mana kitab HR yang mengatakannya wajib. Namanya pun bonus kan? Haaa.

Untuk rekod, sudah tiga tahun berturut turut kerajaan Malaysia bagi bonus. Adakah kita sedar? Kita tolak ke tepi hal politik sebab pasti wajib ada yang kata `Ya la dekat pilihanraya, tentu tabur duit nak dapat undi, huh!". Dialog tersebut kita tinggalkan. Kita belajar bersyukur pada bulan ramadhan. Kita tolak ke tepi hal politik sekejap (boleh ke? bukan apa, orang Melayu ni kalau bab-bab politik rela `telanjang' he he he)

Dapat setengah bulan gaji kira alhamdulilah tu, dapat suku bulan pun alhamdulilah (pada tidak dapat langsung kan?). Dan sebenarnya kalau tidak dapat langsung `bonus duit raya' pun kita kena juga wajib beralhamdulilah (sebab kita masih ada rezeki tiap-tiap bulan dapat gaji) Ada orang lain tak tentu gajinya. Yang gaji kita tidak cukup tu soal lain, kadang-kadang salah kita juga. Pernah terfikir tak salah kita? Dah tau kena jimat untuk raya tetapi bila ke bazzar ramadhan, khusyuk layan serakah.

Ini adalah pemikiran konsep syukur saya, tidak tahulah betul atau pun tidak. Hendak tahu mendetail tanya ustad. Kata ustad Othaman dalam senang-dalam susah kita kena bersyukur? Dalam susah pun kena bersyukur? Pelik. (pelik bagi mereka yang tidak mahu berfikir, haaa...). 

Untung ya jadi penjawat awan? Namun bukan semua orang pandai dan mahu bersyukur. Dalam internat sudah ada yang menulis bonus tu tak cukup untuk anak bini dan perbelanjaan raya . Sebenarnya berapa yang cukup yea kalau konsep bersyukur tu tidak ada dan berbelanja ikut hati? Bersyukurlah dahulu...

Bersyukurlah kerana dapat bonus sebab kita pun bukan amanah jugak kerjanya. Walaupun selalu datang lewat ke tempat kerja, ke kantin lama (dok mengumpat). Layan orang kampung di kaunter macam layan orang peminta sedekat. Di pejabat ngorat bini/laki orang. Kerja laju sikit jea berbanding siput babi*... kita tetap dapat bonus! Saya tak tahu pula apa hukum duit bonus tu buat makan anak bini... (*sesetengah penjawat awan sahaja begitu namun ada yang sangat didikasi. Jangan tersinggung.)

Saya bimbang pula kalau tiap-tiap tahun kerajaan beri duit raya ia akan jadi `wajib'. Dan jenis rakyat yang tidak pandai bersyukur akan membrontak atau mengata belakang kalau tak dapat. Kalau suatu tahun nanti rezab negara (rezeki negara) kita sedikit, tak kan laaaa mampu kerajaan memberi duit raya lagi... Kalau ada financial crisis sebab globalization, macam mana? Maksud saya memang perkara kewangan yang kita terkesan sebab bermula masalah ekonomi dari luar negara? Zaman globalisasi ini ekonomi sesebuah negara sangat sensitif kepada ekonomi dunia. Haaa... (eh macam bersyarah pulak...borin).

Saya pekerja biasa, saya bukan makan gaji dengan kerajaan. Namun setakat ini alhamdulilah saya juga menerima bonus `duit raya' sebanyak setengah bulan. Dapatlah saya legakan diri sikit dari pembayaran rumah (tambah pada bayaran bulanan). Dan alhamdulilah sekarang saya sudah tidak beli barang-barang mahal sangat... Dan lebih duit raya itu saya akan guna untuk persedian raya, dan menolong sedikit sana-sini. Bukan semua orang bernasib baik macam kita kan?

Alangkah moleknya simpan duit itu untuk menabung, haaa...

Jan: Dalam linangan duka ini aku kan cuba terus bersyukur, walau kekadang kegetiran ini membuatku mahu meraung...(baca dengan nada syahdu sempena ramadan. Kalau pandai baca dengan gaya sasterawan yang lawan kerajaan) 

Hadis pilihan di bulan Ramadhan


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”


(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Pada sesiapa yang berpuasa, hadis ini paling best. Maknanya pintu taubat sentiasa terbuka 24 jam kan? Kita jea yang alpa lagi mengada. Saya tidak mahu hipokrit, di bulan ramadhan ni ada jugalah saya belek-belek hadis dan sentuh buku atau majalah agama. Terjumpalah hadis ini. (Membacanya harus daripada semua bidang ilmu. Ini pendapat saya). 

Saya tidak berani nak terangkan hadis di atas sebab saya bukannya seorang ustad. Saya tidak pernah gambarkan diri saya atau impikan diri saya menjadi seorang ustad. Walaupun kadang-kadang cara penulisan saya menyeru kepada kebaikan, sebenarnya tidak. Maksud saya, semasa saya menulis saya pakai tulis sahaja dan memberi pandangan tidaklah dalam fikiran kepada asyik tekankan mesti menyeru-mesti menyeru ke arah kebaikan.  Bagi saya setiap penulisan akan positiflah jika pembaca membaca dengan positif. 

Kadang-kadang saya pakai tulis sahaja. Ada yang mengarut tu...he he he.

Namun ada kawan saya kata, walaupun mengarut tapi ada mesej di dalamnya bagi yang berfikir. Dia kata dapat pahala tu. Bestnya saya. (Tapi saya kerap juga letak gambar seksi, dapat dosa jugak tu...)

Kita kembali kepada tajuk posting. Berpuasa penuh keimanan tu macam mana yea? Kalau orang berpuasa penuh keimanan tu adakah dia layan nafsu tak di bazar ramadhan? Dia layan nafsu tak masa berbuka? Haaa... tu tidak menyentuh lagi bab-bab oder-oder berlebihan  atau tukar langsir yang masih elok. Haaa... 

Penuh keimanan tu juga tidak bolehlah derhaka kepada ibubapa. Janganlah sedang dalam puasa tetapi bukan main lawan mulut ibubapa. Taulah awak tu remaja tetapi bukan semuanya betul. Kan? dan kita yang berkeluarga ni acuh tak acuh jea jawab bila mak kita tanya kita balik beraya ke tak tahun ini...?

Dan adakah penuh keimanan tu ialah pada petang-petang mengumpat hal orang? Haaa... Atau kutuk kerajaan sebab beri bonus raya setengah bulan jea? (Perbelanjaan kita vouge, setengah bulan mana cukup! Kita buat hati kita tidak pernah bersyukur...)

Teringat hadis rasullah Sallallahu'alaihi wasallam yang bermaksud : "Berapa ramai orang yang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga." 

Jan: Semoga kita jangan laaa mendapat lapar dan dahaga jea. Kan? Kan?

Wednesday, July 25, 2012

Islands In The Stream - Dolly Parton and Kenny Rogers



Baby, when I met you there was peace unknown
I set out to get you with a fine tooth comb
I was soft inside, there was somethin going on
You do something to me that I can't explain
Hold me closer and I feel no pain
Every beat of my heart
We got somethin goin on
Tender love is blind
It requires a dedication
All this love we feel
Needs no conversation
We ride it together, ah-ah
Makin love with each other, ah-ah

Chorus:

Islands in the stream
That is what we are
No one in-between
How can we be wrong
Sail away with me to another world
And we rely on each other, ah-ah
From one lover to another, ah-ah

I can't live without you if the love was gone
Everything is nothin if you got no one
And you did walk in tonight
Slowly loosen sight of the real thing

But that wont happen to us and we got no doubt
Too deep in love and we got no way out
And the message is clear
This could be the year for the real thing

No more will you cry
Baby, I will hurt you never
We start and end as one, in love forever
We can ride it together, ah-ah
Makin love with each other, ah-ah


Kalau saya dengar lagu ni terus jadi happy. Muziknya lain daripada yang lain. Lagu duet ni selalu saya dengar semasa saya belajar di UM. Dapat beri tenaga. kalau layu saya mesti dengar lagu ini sambil tatap gambar ayah dan mak. 

Bila saya rasa malas nak belajar, rasa nak ponteng dan tak nak buat kertas kerja, saya tatap muka ayah dan mak. Dalam hati saya, saya akui mereka banyak berkorban untuk saya... Bila jadi syahdu terus saya membaca atau buat kerja. Kesian syaitan, he he he.

Saya berpendapat pada era tersebut saya sama banyak aktiviti study dan dengar muzik. Saya ada beli walkman kat Pertama Kompleks. Walkman tersebut kali kedua saya beli, kali pertama saya kena `pau'. Saya selalu pakai walkman boleh kata 24 jam ada tali kat telinga. Kecuali kuliah dan upacara agama.

Tetapi posting ini bukan pasal walkman atau Pertama Kompleks, ia pasal lagu yang saya selalu dengar. Saya suka Dolly Parton bukan kerana buah dada beliau menakjubkan tetapi kerana dia pandai cipta lagu simple yang sedap. Sekarang suara dia masih manja walaupun dah tua retea...

Malah saya lebih suka dengar lagu `i will alwayas love you' yang dinyanyi (dia juga yang cipta) berbanding dengan mendiang Whithney Houstan. Kak Dolly menyanyi dengan jiwa. Meremang bulu roma. Kak Whithney juga sedap tetapi nyanyiannya menjerit-jerit...

Jan: Suka lagu P Ramli yang bertajuk `berkorban apa sahaja', teringat kekasih lama, sedang berbahagiakah? Semoga dia tak bahagia...he he he. Jahat saya kan.

Perihal `carry mark' pelajar...


Today I feel very hungry, probably because today is my fifth day of fasting. I was also busy as usual. Only this time, I was busy checking quizzes and grading student papers. Harap-harap dapat la prepare carry mark before Friday.

I have to complete the carry mark before week eight. Easier for students to drop the subject if they do not feel worth it to learn or their carry mark too low. But if they score low, I give them a piece of two (seketul dua) motivation.

Pentingkah carry mark? Semasa saya belajar dahulu bukan semua subjek dikeluarkan carry marknya oleh pensyarah (kerana banyak subjek sebab peperiksaan akhir adalah 100%). Namun carry mark menjadi penting apabila pelajar mahu melihat pencapaian mereka. Selagi mereka boleh tarik diri daripada subjek (namun yuran yang dibayar untuk subjek tersebut tidak akan dikembalikan) dan berhasrat untuk tarik diri, carry mark adalah penting. Titik.

Jan: Kalau sebelum ke akhirat kita boleh lihat `carry mark' kita macam mana? he he he. Mesti ramai yang bertaubat tu...

DPL: Berbuka di Mc Donal Telok Chempedak...




Gambar di atas adalah kawan saya iaitu Zuraini. Pada posting yang lalu ada saya bercerita pasal muka dia berseri-seri setelah bertunang. Muka saya pun berseri juga (walaupun tak bertunang) cuma kadang-kadang mega mendung bila teringat kisah yang lalu.

Mek Zue turut datang menemani saya di Mac Donal tetapi pulang sebelum berbuka. Dia ada hal.

  

Gambar di atas saya dengan pelajar. Kami nampak macam adik beradik (walaupun perbezaan usia berpuluh tahun). Saya tidak ada apa-apa rahsia awek muda, saya seperti orang lain juga yang tak cukup tidor, makan apa sahaja, kena bayar kad kredit dan sebagainya.

Mungkin tuhan berada dengan orang yang sabar, walaupun saya dianiaya, saya tetap sabar dan tidak bercadang hendak balas balik sebab biarlah tuhan menentukan segalanya... Biarlah dia puas hati dan bahagia bila aniaya saya.





Inilah makanan yang dimakan oleh saya semasa berbuka. Kenyang sekejap jea.... Namun sehingga ke hari ini saya masih tidak makan nasi sama ada waktu berbuka atau bersahur. Saya makan mee goren sahaja.


Pelajar India saya sama-sama berbuka dengan saya...





Inilah kali pertama dalam hidup saya berbuka di kedai makanan segera. Berbuka dengan burger menyebabkan tidak beberapa lama kemudian segera juga kita lapar kembali... dahlah lapar masa main layang-layang...he

Jan: Di Telok Cempedak ini juga ada KFC dan Burger King...

Tuesday, July 24, 2012

Pasir-pasir di tepi pantai....DPL....








Kawan saya dan saya buat lawak ramadhan!

Baru sebentar tadi, kawan baik saya yang bernama Nik masuk dalam bilik saya dan beritahu semalam dia tersalah kunci jam. Jadi dia tak sempat makan sahur, sempat seteguk air jea. Saya tak tahu nak ketawa atau pun simpati. Tetapi akhirnya saya ambil keputusan untuk ketawa, he he he. Jahat kan?

Beliau yang hidup bersama tiga orang anaknya (suami kerja kat KL) terlepas sahur. Beliau kunci jam pukul 5.40 pagi. Katanya sepatutnya dia kunci jam pukul 4.40 pagi. He he he. Jadi kelam kabutlah jadimya. Saya rasa lucu sangat tetapi ada juga rasa sedih dan kesihan... Cuba bayangkan berbuka hanya dengan anak-anak sahaja... suami/isteri jauh di perantauan.

Semalam saya juga buat lawak. Saya bangun sahur pukul 5 pagi. Saya lihat mee goren saya basi. Maka saya panaskan air dan capai Quaker -Oat. Kali ini saya letak milo sedikit selain susu jap jinjung. Rasanya manis. Saya suka. Namun saya tidaklah buat banyak sebab saya tidak seronok makan bila bangun sahur. Entahlah.

Sebenarnya saya sudah beli mee goren 2 bungkus dari bazar ramadhan. Satu untuk berbuka, satu untuk sahur. Bila balik saya letak di atas meja. Entah macam mana lepas berbuka sebab bergegas nak ke kelas malam (kelas ganti sebab pergi AFBE dan lawat pelajar latihan industri), saya terlupa letak makanan dalam peti ais. Bila saya buka, mee goren tu dah basi. Sebab itulah saya berQuaker-oat. Haaa... Membazir jua saya akhirnya.

Sehingga ke hari ini saya masih dapat mengawal nafsu makan saya. Saya hanya berbuka dengan mee goren RM2 sahaja. Balik rumah saya goren kerepok dan goren telur mata. Makan sorang depan tv sambil tengok tv dan membaca. Ringkas sahaja.

Jan: Saya harap saya tidak buat lawak lagi...sahur penting.

Dairi Pensyarah Lara (DPL): Layang-layang Terputus Talinya, Siri 6, Vol iix.


Sekembalinya daripada berak (saya minta izin daripada pengarah projek untuk kembali ke rumah sekejap sebab saya mahu berak) saya terus main layang-layang. 

Kalau pembaca masih ingat, memang saya keracunan makanan pada hari sebelumnya. Namun saya tetap sanggup sertai aktiviti pelajar saya ini. Saya turut bermain layang-layang yang dibeli RM9 tersebut.


Lucu juga melihat gelagat pelajar yang main layang-layang ini. Ada yang layang-layangnya naik tinggi dan ada yang tak nak naik tinggi pun. He he he. Saya perhatikan satu persatu sebab saya kena cari layang-layang manakah paling tinggi, kedua paling tinggi dan ketiga. Dan juga sapa paling manco dalam mengawal layang-layangnya. Nanti ada akan beri hadiah.



Dalam pada itu saya teringat satu lagu Allycats tentang layang-layang yang terputus talinya... Sedih giler lagu tu sebab ada la seketul dua sipi dengan kisah hidup saya ni...




Bila main layang-layang ni hilang serta merta masalah hidup. Tapi tak kanlah kita nak main layang-layang 24 jam. Kereta, rumah dan kad kredit sapa nak bayar? Haaa. Walaupun begitu perlu sangat minda kita berehat dan mengumpul tenaga semula. Perlu main layang-layang sebab kosnya murah jea tapi impak hebat.

Saya rasa boleh kita datang ke teluk Cempedak beli layang-layang kat kedai dan maini. Tak kiralah umur kita tua 60 an atau muda 40an macam saya (awal 40an sebenarnya).


Bila saya melihat layang-layang pelajar saya terputus...saya rasa sedih. Saya tergambar pulak hidup saya yang bak layang-layang yang terputus akibat permainan tangan yang durjana lagi kejam...

Namun saya kumpul segala kekuatan dan berpaling arah...

Jan: Pulak dah...

DPL: Telok Cempedak, Kuantan. 22/07/12

Akhirnya terlaksana juga program `Jom Main Layang-layang' yang banyak mengalami rintangan ini. Jadual  padat, agak sukar untuk saya anjurkan program sebegini. Begitu juga dengan pengarah projek yang sibuk dan sangat aktif 24 jam.

Dan untuk mengejar sesi kewangan yang berakhir pada bulan 8, program ini dijalankan juga pada hari kedua berpuasa. Hanya ada beberapa pelajar Melayu yang menyertainya. Mungkin kerana minggu pertama mereka mahu berbuka puasa dengan keluarga.











Pantai ini boleh dikatakan cantik juga. Bolehlah kita berjalan-jalan tengok laut yang membiru...rindu yang membiru...i hope that...on the day i fall in love, sky will be a perfect blue...










Tinggal Kenangan - Caramel




D       A  Bm      F#m
pernah ada rasa cinta
G      D       E          A
antara kita kini tinggal kenangan
D         A
ingin kulupakan
    Bm          F#m
semua tentang dirimu
G         D      E          A
namun tak lagi kan seperti dirimu
        D
oh bintangku

chorus

D           A        Bm         F#m
jauh kau pergi meninggalkan diriku
G     D       E        A
disini aku merindukan dirimu
D         A       Bm          F#m
kini ku coba mencari penggantimu
G         D        E             A   D
namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih



Monday, July 23, 2012

Saya keracunan?



Saya keracunan makanan pada hari pertama umat islam Malaysia berpuasa. Bila keracunan tentulah letih sangat jadinya. Dan keesokannya pula saya bertugas mengiringi rombongan pelajar seramai 40 orang. Pergi main layang-layang di Teluk Cempedak. Best sangat, walaupun bulan puasa, tidak rasa letih. Selepas itu baru hasilnya letih sangat. He he he. 

Saya telah berhati-hati tetapi terjadi juga. Mungkin tuhan nak tunjuk. Sebermula carita petangnya memang saya keliling bazzar cari gerai yang menutup akan makanan jualannya. Saya anggar lebih 80% pengerai tidak menutup makanannya. Bila berjumpa dengan gerai yang menutup makannya saya rasa nak melompat. Riang rasa di hati. Kononnya selamatlah tu.

Saya beli mee goren yang panas (sebab mee goren tersebut tengah dok digoren) RM2 dan air jagung RM2. Saja tidak beli makanan lain sebab nak biar segar lepas berbuka. Biar cergas sebab nak marking paper pelajar saya.

Balik rumah, saya letak makanan di dapur yang kecil sahaja saiznya. Dan saya keluar rumah siram pokok-pokok sambil menyanyi lagi Adele. Bila waktu berbuka saya makan mee perlahan-lahan sahaja. Saya makan perlahan-lahan dan menikmati makanan macam orang kaya. Begitu juga bila habis mee, saya minum air pelan-pelan. Namun lebih kurang pukul 2 pagi, saya terberak cair.

Saya syak makanan tercemar atau airnya tercemar. Saya tanya kawan saya akan hal ini. Dia beritahu mungkin kapur yang ada dalam mee tersebut (pembuatan mee mermerlukan kapur) bertemu dengan susu. Katanya kapur tak boleh bertemu dengan susu kalau perut kosong. Pulak dah...

Sampai pagi saya terbaring sambil menyapu perut saya dengan minyak tuti. Bila gosok-gosok perut, barulah sedar bahawa perut saya sangat bulat (buncit) dan comel, he he he.

Saya hajat, esok saya nak masak sendiri untuk berbuka. Saya nak buat mee goren sendiri. Tentu best sebab saya nak letak banyak udang dan telor. Walaupun makan seorang diri, sekali sekala kena la juga beradom. Cuma kena pastikan makanan itu habis  di makan.

Jadi hari ini habis kelas pukul 6, saya akan bergegas ke Tunas Manja untuk  beli bahan-bahannya. Saya nak buat banyak sikit, boleh buat sahur dan berbuka semula keesokan harinya. He he he. 

Saya kesal dengan tahap kebersihan makanan di bazzar. Masih ramai yang tidak tutup makanannya. Itu di bazar ramadhan. Penyediaan di rumah agaknya macam mana yea. Kot-kot kucing datang jilat, he he he he.

Tetapi untuk masak setiap hari mustahil bin ajaib. Balik letih. Orang ada anak-bini lagilah letih, sebab itulah mereka membeli di kedai. Dapat jimat masa. Tak kan lah nak suruh bini kita memasak jugak walhal dia pun letih bekerja seperti kita jugak kan?

Jan: Keropok juga kena goren.

Perihal telefon bimbit dan anak kita!


Saya sangat bersetuju para pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Bukan sahaja ke sekolah, kalau boleh wajibkan/haruskan membawanya ke mana-mana sahaja mereka pergi, hatta ke tandas. Sama ada ke pasar malam, pasar siang, pasar minggu, ataupun ke kelas tambahan silalah bawa.

Kajian menunjukan 52% masyarakat mengakui kegusaran atau keresahan di hati mereka akan ketidakselamatan di luar rumah. Haaa... Mereka merasakan tidak selamat. Jenayah ada di sana-sini. Cuba baca Harian Metro.

Teknologi yang dimiliki haruslah digunakan dengan bijak sana. Bukannya kita wujud sebagai entiti masyarakat yang kufur nikmat dan bodoh sombong. Telefon bimbit banyak kegunaannya, banyak kebaikannya. Tidak perlulah kita nak nafi, nampak sangat kita macam Pak Pandir Moden.

Kalau marahkan nyamuk, kenapa kelambu hendak dibakar? Haaa...kenapa tidak pergi ambil penyapu kat kedai RM2, bersihkan sekeliling rumah. Buang air di pelapik pasu atau buang tin yang mengandungi air ke tong sampah. Jangan kata tidak sempat, jangan kata sibuk memanjang (sibuk buat anak ke?). Begitulah masalah yang berkaitan dengan telefon bimbit...(sebenarnya bukan masalah telefon bimbit pun... tetapi masalah anak kita!. Kalau kita fikir dalam-dalam sebenarnya bukan masalah anak kita (pulak dah) ianya masalah kita! Masalah tau beranak jea, tak tahu jaga anak atau bagaimana nak jinakan/disiplinkan...huh!).

"Awak tak ada anak Man, awak tak faham" Kata kawan saya sambil membelek katelog Akojaya Home Lifestyle 2012. Katelog itu kawan saya punya sebenarnya. Boleh bayar 5 kali. Saya tidak berniat nak beli, saja tengok. Di rumah saya sudah ada 100 lebih dinner plate dan macam-macam lagi platenya. Saya pun naik hairan kenapa jadi banyak begitu?. Saya membeli dalam tidak sedar kot...teruk betul. Sekarang saya sudah insaf, dah 3 tahun insaf...dah tak mengoder dah.

Kita kembali kepada tajuk posting...

Memang kontrol anak payah sangat. Lebih senang beranak dan beri makan kan? Memang payah nak asuh nilai murni/disiplin kepada anak-anak kalau kita juga 2 x 5 tidak berdisiplin. Surirumah guna telefon bimbit mengumpat, surirumah lelaki guna telefon bimbit nak mengorat!. Tak kan kita tak pernah dengar situasi begini. Dah biasa sangat kan? Haaa...

Kalau anak kita tu dah jahat, tak payah guna telefon bimbit pun mereka boleh buat jahat. Sekarang dunia terbuka luas. Tidak ada tapis-tapis lagi, sebab itulah kita kena sedar. Kita kena bina mekanisma penapisan dalam diri anak-anak kita. Agar mereka kenal intan dengan batu... Kita lah tu yang kena ajar..., huh! Bukan orang gaji atau jiran.

Bila kita tidak berjaya didik anak (daripada kecil lagi dah gagal), mulalah kita salahkan telefon bimbit la, peti sejuk la, rak buku dan sebagainya. Termasuk pihak kerajaan, NGO, Asia Tenggara dan dunia amnya. Bestkan hidup, salahkan orang jea kerjanya.


Jan: jom kita pakat ramai-ramai salahkan telefon bimbit pula!  He he he, selamat datang ke Malaysia.

Cerai Che Hasnah

Tiba-tiba saya teringatkan Che Hasnah. Semoga Che Hasnah berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. 

Saya menulis posting ini sementara menunggu subuh. Saya hanya bersahur dengan bijian Quaker-oat. Saya cuma tambah air panas dan letak susu cap junjung. Air pula, hanya air sejuk. Sahur orang bujang (telajak katakan...he he he.)

Saya terlewat bangun tadi, namun alhamdulilah sempat juga saya bersahur. Maka dalam beberapa minit ini, baguslah saya menulis untuk memberikan kekuatan, keinsafan dan kesejahteraan. Supaya minda kita segar dan berfikir secara positif. Menyampaikan dan menyedarkan.

Saya cuma mahu bercerita. Di kampung saya ada wakil rakyat yang beristeri dua. Seorang isterinya aktif dalam UMNO dan seorang lagi aktif dalam PAS. Wakil rakyat tersebut banyak berjasa membangunkan daerah saya, sehinggalah akhirnya menjadi senator. Orangnya kuat agama dan pernah memberi nasihat kepada saya dalam menjalani hidup dan agama.

Walaupun isteri berlainan parti, tidak pula kedengaran mereka akhirnya bercerai...

Nasib orang tidak sama, cuma pastilah setiap penceraian tidak diminta oleh hati. Saya juga sebenarnya tidak setuju pertelingkahan politik suami isteri membawa kepada penceraian. Kalau tanya ahli akademik atau ahli agama mereka juga tidak setuju kerana ia memilukan...

Hal politik boleh buat orang tersinggung dan naik darah. Boleh buat orang tiba-tiba jadi baik (walaupun sebenarnya kita tahu siapa dia. Tetapi bila hal politik dia jadi baik kononnya. Pelik). Sebab itulah saya jarang menyentuh hal politik dalam blog saya. Saya tak pandai nak maki orang, nak jadikan orang jadi marah atau tunjuk pandai. Saya tak pandai nak tulis untuk menggambarkan yang maha karyanya sayalah yang hebat.

Sejak saya dituduh kafir, saya sudah berhati-hati dalam membicarakan hal politik. Walaupun pak cik tersebut tidak mewakili semua perangai ahli parti, tapi saya tetap tersinggung dan berasa hati. Tapi lucu jugak sebab pak cik tersebut bukannya ahli PAS. Pada masa tersebut dia marah kerana saya tidak masuk parti PAS. Yang saya nak tergelaknya pada masa tersebut dia adalah ahli Semangat 46 seumur hidup bersama dengan bapa saudara saya. Ini kisah lama, saya sudah cuba lupakannya. Cuma payah nak lupakan bila orang tuduh kita kafir kan? Selamba jea dia...

Ia bertentangan dengan kata-kata ustad Othaman, ustad yang saya sayangi sebab dia tidak berlebihan...Katanya orang kafir pun jangan didesak kecuali mereka memerangi islam. Ini kerana kita tidak tahu suatu hari nanti mereka juga mungkin menerima hidayah. Itu kata ustad Othaman, saya ingatinya. Dan setakat umur saya ini orang yang cuba menjahanamkan hidup saya bukanlah orang kafir tetapi orang islam, orang islam yang boleh baca yassin...sembahnyan, puasa dan sebagainya. Demi allah ini benar.

Saya tidak mahu melalut, nanti saya emosional bila berbicara pasal politik dan orang yang cuba menjahanamkan hidup saya. Haa. Penulisan ini adalah cerai kerana kes politik. sebenarnya banyak sebab lain lagi untuk kita bercerai. Banyak lagi, pilihlah yang betul-betul relavan sebab tidak semestinya tidak bercerai itu bahagia rumahtangganya. Ada yang menderita nak mampus tapi tak bercerai pun. Hal ini sebenarnya kena tanya orang dah kahwin. Saya tidak berhak menulis panjang-panjang...he

Penceraian tetap dibenarkan kerana tiada paksaan atas pasangan untuk terus menderita dalam perkahwinan itu. Itulah mungkin jalan penyelesaiannya jika sudah tidak ada jalan, atau pasangan brutal giler. Bukankah begitu?

Namun kalau semata-mata sebab politik?

Jan: Bercerai kasih talak tiada...


Friday, July 20, 2012

Salam ramadhan...2012


Semua orang berperang, setiap hari setiap ketika. Ada yang kalah, ada yang kalah teruk. Namun ada yang menang...menang besar. 


Saya selalu kalah teruk, he he he.


Petang tadi saya menerima gambar kartun seperti di atas oleh kawan saya yang sangat islamik. Dia suruh saya fahami apa yang mahu dia disampaikan untuk saya. 

Maka saya sampaikan pula kartun ini kepada pembaca...

jan: Salam ramadhan dari saya...

Dairi seorang pensyarah lara: Hari ini dalam sejarah 18/07/12, Bhg 3

Saya mengelamun...

Daripada jauh saya nampak Raja Azmi keluar daripada keretanya. Saya tercegat melambainya. Dia yang berskirt panjang, melambai ke arah saya. Saya tersenyum simpul. Selepas bersalam saya mengajak dia duduk.

" Kita duduk di luar sahaja yea" saya meminta izin. Dia tersenyum dan terus duduk. Dia letakan beg tangan barunya di meja. Saya perasan baru sebab tanda harga masih tidak dibuang. Mungkin dia tidak perasan, he he he.

Sebelum ditanya, saya terus beritahu saya sangat sibuk dan tidak sempat hendak tengok rancangan Masterchef Celeberity Malaysia. Memang pembantu peribadi saya Shafarina ada rakamkannya tetapi saya memang tidak sempat tengok. Sibuk.

Saya beritahu Raja Azmi, minggu lepas Azwan Ali ada talipon saya tetapi kami berbual ringkas, saya terlalu sibuk untuk melayannya. tahulah sahaja bila beliau mula bercakap, payah nek berhenti. He he he. Minggu ini saya sangat sibuk, saya hanya sempat sms kepada Juliza Adliza untuk meminta dia cadangkan katering di rumah saya (sempena kawan baik saya di luar negara datang, Adele).

Untuk menurangkan rasa bersalah saya biarkan Raja Azmi bercerita pula. Semasa Raja Azmi rancak bercerita tentang program masakan dan filem terbarunya tiba-tiba datang seorang pelayan muda bertanya saya " Encik nak makan apa?'

" Saya nak makan awak..." saya buat-buat gatal macam kawan saya yang jadi pengurus bank CIMC.  Sebenarnya saya cilok ayat daripada kawan saya semasa kami berada di Hotel Istana. Kawan saya tu walaupun sudah berbini tetapi gatalnya tak pernah pupus. Orang ada duit katakan... (tetapi kadang-kadang lelaki tidak ada duit pun sama juga).

" Biar betul..." Kata pelayan yang muda, saya agak dalam lewat 20an. Tidaklah lawa mana tetapi ada rupa. Saya beri B-.

Sebenarnya saya bergurau sahaja, walaupun saya banyak duit dan boleh dapatkan mana-mana perempuan sahaja tetapi saya bukan begitu orangnya. Saya tidak pernah menggunakan populariti dan kekayaan saya ke arah itu.

Selepas saya dan Raja Azmi mengoder minuman dan makanan, kami terus berbual pasal pilihanraya umum ke 13 dan apa peranan artis membantu kerajaan. Tiba-tiba saya menerima sms. Bila Raja Azmi nampak muka saya berubah selepas baca sms tersebut, beliau bertanya, "Kenapa ni?.

Saya beritahu Raja Azmi yang saya berpendapat pihak Astro masih berasa hati sebab saya menolak untuk muncul dalam rancangan Chef seleberitinya tersebut.

Untuk musim ke dua ini, Astro masih berminat untuk menjemput saya sebagai salah seorang seleberiti. Dan daripada sumber dalaman Astro, kalau saya menolak, barulah mereka akan offerkan kepada kawan baik saya, Aron Aziz.

Saya bukannya sudah tidak mahu berkerjasama dengan pihak Astro tetapi jadual saya terlalu padat. Jadual saya padat. Pun begitu untuk tidak menghampakan pihak Astro saya sudah berjanji akan muncul dalam iklan rayanya selama 0.38 saat bersama Datuk Siti Nurhaliza, Ustad Donz, Khairul Fahmi, dan Yuna. Ada lagi beberapa artis dan seleberiti terkenal yang lain (yang saya tak kenal pun).

Tahun 2010-2011 saya kerap berada di luar negara berbanding dengan negera sendiri. Saya memiliki rumah di US dan beberapa buah rumah agam di London. Projek terbaru saya adalah kolebrasi saya bersama Adele dan Bon Jovi. Ianya masih di peringkat awal. Banyak perbincangan dan rancangan yang dibuat memerlukan kelulusan daripada pihak kementerian dan jabatan agama. Saya rasa tidak perlulah saya mewar-warkan lagi projek ini selagi ia tidak sah. Namun untuk klip vidio antarangasa saya akan serahkan tugas tersebut kepada Gambit.

Tahun ini juga saya banyak mendapat tawaran, bukan sahaja dari bidang seni suara tetapi juga tawaran lakonan. Sehingga Julai tahun ini, saya lebih sibuk menolak lakonan daripada berlakun. Saya sudah menolak 9 buah filem di mana saya sebagai pelakon utamanya, dan 31 watak sampingan.

Perlu sangat saya tegaskan di sini terutama kepada rakyat Malaysia khasnya. Saya masih lagi berstatus warganegara Malaysia. Khabar angin tersebut tidak benar. Dan kedua, saya mahu masyarakat Malaysia faham saya berlakon bukan kerana wang. 

Saya berlakun kerana mahu memberi mesej kepada masayarakat.  Melalui bidang seni banyak boleh kita ubah pembangunan masyarakat dari segi pemikiran dan falsafahnya. Namun saya sedar amat payah dan sukar dalam masyarakat kita untuk menerima dan memahami mesej. Kadang-kala saya terfikir lebih baik saya menyewa ruang iklan dalam akhbar untuk hantar mesej, he he.

Saya lihat Raja Azmi ralit dengan tabletnya, apa yang dibacanya pun saya tak pasti. Kadang-kadang dia tersenyum. Saya rasa memang benarlah teknologi mendekatkan orang yang jauh tetapi menjauhkan orang yang dekat.

Saya hentikan lamunan saya sekejap, saya nak lihat pelajar-pelajar saya...

Jan: Ada 5 tugas utama pensyarah:  1. Teaching, 2. Learning, 3. Research, 4 Publication and 5. Community services... (Berangan tidak termasuk, he he he)...

Dairi Pensyarah Lara: Hari ini dalam sejarah, 18/07/12, Bhg 2

Saya terkejut sebab saya terlupa mengunci pintu bilik. Cuai sungguh. Sedangkan dalam bilik tersebutlah saya membina soalan akhir semester pada setiap semester. Walaupun soalan ada hanya di dalam komputer tetapi saya tidak boleh cuai. Huh!. Teringat pula semasa menjadi guru dahulu, tidak perlu kunci dan buka setiap kali keluar bilik...sebab duduk ramai-ramai. He he he.

Saya terus ke meja saya dan ambil soalan mid term kawan saya yang ditinggalkan betul-betul di atas meja (supaya jangan saya terlupa).  Pukul 5 petang saya harus jaga mid term bagi pihak kawan saya yang ke Sarawak atas urusan latihan industri (lawat pelajar praktikal, jauhkan?) Beliau mengajar Mathematics of finance. Saya menolong bukan kerana dia cantik (walaupun beranak tiga) tetapi dia juga kerap menolong saya. Maksud saya bila saya nak cari kopi segera ke, milo segera ke atau biskut kering, bilik dialah saya terjah. 

Kami berkawan rapat. Kami sama-sama temuduga sekali 5 tahun dulu. Dulu anaknya satu, kini tiga. Kesian juga melihat dia, bergegas ke sana ke mari demi anak-anak. Suaminya berkerja di Kuala Lumpur. Dulu pernah juga saya menjaga anaknya sekali, saya tolong jinakan anaknya sebab dia hendak pergi ke suatu tempat. Saya letak anaknya dalam opis saya. Macam-macam gaya saya buat supaya anak tersebut gembira. Namun bila saya menyanyi terus anak tersebut menangis...pelik. Dan saya juga pernah tolong ambil anaknya daripada sekolah bila dia pergi bentang kertas kerja. Tahulah saya betapa tanggungjawab ada anak pinak ni. Tu baru sehari, seminggu? sebulan? setahun? Haaa. Maka sayalah suami angkatnya di sini...

Saya meluru turun tangga dengan gaya seorang yang seberat 86 kilogram!. Saya terpaksa menuruni 24 anak tangga. Bagus jugak ada tangga-tangga ni, kalau tidak haram saya tidak bersenam. Mungkin bangunan di pusat akademik sengaja direka sedemikian rupa kerana ahli akademik malas nak bersenam? Haaa, kena kaji tu. Dan, ya allah baru saya sedar saya tertinggal talipong bimbit saya. Maka tambah pulak 24 anak tangga lagi. Talipon bimbit itu tiada di bilik saya! Terus saya meluru ke pejabat. Oleh kerana banyak kandungan hal-hal sulit lagi menyulitkan dalam talipon bimbit itu, tentulah saya cemas. Nanti terdedah siapa saya sebenarnya? dari planet mana? Saya bergegas tangkas sekali bak Paker (Sepaideman) ke opis. Alhamdulilah jumpa!.

Dan saya turun semula ke bilik 104 (turun tangga lagi). Kata pakar kesihatan (yang mungkin juga malas bersenam, he he he) aktiviti naik-turun tangga amat berkesan untuk kekuatan jantung dan keseluruhan anggota tubuh badan kita. Entah yea ke tak, tapi logik. Dia doktor.

Tepat pukul 5.05 saya edarkan kertas soalan Mathametic of Finance tersebut. Saya juga menyalin 5 ketul formula di papan putih. Entah apa formulanya saya tak tahu, saya tak faham langsung. Ada huruf P, S, ada bahagi dan kali. Yang saya ingat kawan saya beritahu 5 formula itu sahaja boleh diberi, yang lain tidak perlu. Mungkin yang lain perlu ingat dalam otak kot. 

Sambil saya menyalin saya berfikir tentu orang yang cipta formula ini bijak pandai sebab bila dia mati pun kita masih lagi kena mengira guna formulanya. Menyusahkan pun ada kan? he he he. Ada tak formula untuk hidup bahagia? Tiba-tiba terdetik tanda tanya di hati saya. Dan selepas itu terdetik pulak  `Tak bahagiakah hidup aku?". He

Selepas menulis, saya berjalan-jalan ke seluruh kelas. Buat-buat muka serius seumpama orang susah hati dan panas hati sebab nak ceraikan bini (sebab bini tidak mahu masuk parti kita, apa kata-kawan-kawan kita kata  nanti, bini sendiri tak boleh kontrol. Ego kena jaga konon). Selepas itu saya berlegar di seluruh kelas. Saya melihat pelajar sudah mula tekun menjawab soalan.

Kesian pulak mereka. Saya juga tertanya-tanya adakah pelajar yang macam saya pada zaman peruniversitian dulu?. Maksud saya boleh mengira tetapi tak tahu hasil kiraan tu apa. Contohnya dapat X = 34.6. Maksud saya 34.6 itu apa sebenarnya? Haaa. 

Saya lihat ada pelajar yang kelihatan letih. Mungkin sudah pukul 5 dan mereka sudah menjalani banyak kelas sepanjang hari. Yang nampak muka seperti baru bangun dari tidor pun ada. Tetapi bimbang pulak saya nak bertanya takut tersilap. Dulu saya ada bertanya pelajar saya "Awak ni baru bangun dari tidor ke, muka semacam jea?" Pelajar tersebut beritahu " Muka saya memang dah macam ni sir...". He he he. Teruk saya kan. Pensyarah yang teruk.

Semasa saya mengelilingi berlegar dalam bilik yang memuatkan 80 oarang pelajar, saya ternampak sebuah beg cantik sangat, jenis beg sandang tapi stail ke pejabat. Alen Dilon. Tentu mahal ni. Saya pergi perlahan-lahan ke tepi meja panjang di tepi dinding. Perlahan-lahan saya ambil beg tersebut, saya cuba terai pakai dan mengayakan beg tersebut. Nampak bergaya juga...detik hati saya. Selepas itu cepat-cepat saya letakan kembali beg itu, saya bimbang ada yang perasan. Dan memang saya ternampak seorang pelajar memendang ke arah saya sambil tersenyum. 

Selepas itu saya pergi ke depan kelas dan duduk di kerusi meja pensyarah. Saya duduk saja dan memandang ke depan dan keseluruhan kelas macam radar kapal selam. Bila lama menunggu jadi boring. Kalau sambil menunggu buat kerja lain seperti menulis ke, membaca ke...tak beretika la pulak sebab tugas kita kena jaga perjalanan kuiz tersebut bukannya sambil-sambil buat kerja lain. Satu setengah jam agak lama kalau menunggu. Macam menunggu buah yang tak  akan gugur.... Saya seorang diri pulak tu, kalau berdua bolehlah mengumpat ke. Berteka teki ke.

Aktiviti saya terhad mengelilingi pelajar, memboringkan sebab kita tidak buat apa-apa selain mengawas pelajar. Ke hulu ke hilir. Maka saya rasa baiklah saya mengelamun...ada juga faedahnya kerana sel-sel otak akan berhubung kait. Tak perlu makan susu elfa grow. Atau susu awal lembu.

Saya mengelamun....

Jan: bersambung...(bersambung lagi, huh! bila nak habis?)

Thursday, July 19, 2012

Kak Pah dan Dj Dave


Dairi Pensyarah Lara: Hari ini dalam sejarah, 18/07/12, Bhg 1

Seperti biasa saya akan berada di tempat kerja sebelum pukul 8 pagi. Entah mengapa saya rasa bersalah jika saya datang lewat. Apabila selesai mepakirkan kereta di belakang Bangunan Akademik AB, saya melenggang naik tanga ke tingkat satu ke bilik saya. Saya mengelak menggunakan tangga dekat tandas perempuan sebab kat situ rasa seram. Pernah dahulu ada cerita seram yang berlaku, saya bukannya takut cuma seramn jea. Biarlah saya menggunakan anak tangga di tangga lain, biarlah jauh sedikit pun. 

Selepas meletakan barang-barang di bilik, saya menuju ke pejabat untuk merakam waktu kedatangan kerja saya. Masih tidak ada pekerja di pejabat. Saya sebenarnya hanya perlu hulurkan kad kerja saya dan akan berbunyi `tiup' di komputer tersebut yang terletak di dalam kaunter.

Selepas melabuhkan punggung saya yang kini semakin terbentuk (saya amalkan satu senaman hasil tunjuk ajar dari seorang bekas timbalan dekan) saya terus bertekad. Hari ini saya bertekad akan menyudahkan jua pembikinan soalan akhir bagi subjek Malaysian Economy sesi akademik 1, tahun 2012/2013. Saya harus lakukan sebaik mungkin kerana soalan-soalan tersebut akan dimoderatekan/dinilai oleh Prof Dr Muhammad Anuar Adnan yang sudah lebih 35 tahun berpengalamanya dalam dunia pendidikan. Soalan tidak boleh pakai cincai sahaja, ia mesti memenuhi standard OBE dan lain-lain piawai lagi. Siapa kata buat soalan senang, tetapi terus terang saya cakap, sukar lagi membuat skemanya. Haaa. Kalau soalan cuma 6 soalan yang hanya 2 muka surat. Skema jawapan mahunya 12 muka surat! Haaa.

Sebenarnya separuh daripada soalan tersebut sudah saya bina pada semalam. Dan pada semalam ketika saya giat mencipta soalan, menjelma pula seorang pelajar (pengarah projek) ke bilik saya. Beliau mahu menceritakan perkembangan projek saya yang nampaknya tidak berkembang mana. He he he. Dan pada masa tersebut jugalah saya harus siapkan claim saya untuk pembentangan AFBE dan lawatan industri saya. Saya kena belajar buat banyak perkara dalam suatu masa. Saya tidak boleh manja-manja lagi.

Semasa bertekad,  saya teringat yang tepat pukul 2 petang saya harus bergegas ke Dewan Bestari sebagai panel untuk majlis Simponsium pelajar Finance 2012. Maka saya kena siapkan segala kerja berkaitan dengan soalan sebelum tengahari. Maka (maka sekali lagi) saya bertapa dalam bilik hingga terlupa makan tengahari...sesuatu yang jarang berlaku. Nasib baik sebelum itu paginya saya bersarapan dengan kawan saya Adnan dan Ja.

Perasmian simposium ini dilakukan oleh timbalan dekan. Dekan tidak ada, saya agak tentu dekan sibuk dengan miting dan sebagainya sebab sesi akademik sudah nak berakhir. Kalau setakat ketua jabatan boleh sibuk dengan miting mitong ni, apatah lagi dekan kan?. Apabila saya sampai saya terus hanyut dalam simposium itu. Acara pembukaannya menarik sebab ada letupan belon. Nasib baik tiada yang melatah. Atau orang akademik memang tak melatah?. Di kampung saya banyak orang tidak akademik yang melatah. Ah! biarlah persoalan `adakah terdapat hubungan antara latah dan tahap akademik mempunyai signifikan atau tidak' tersebut kita tinggalkan sahaja untuk dikaji oleh orang berkenaan. pada tahap kita ni baik kita kaji mengapa suami kita tidak lekat kat rumah atau mengapa bini kita ni asyik masak kari jea tiap hari. Boring.

Selepas perasmian simpo acara makan bermula. Semasa saya makan tiba-tiba seorang pelajar saya datang untuk minta tandatangan untuk projek layang-layang saya. Saya meninggalkan meja makan buat sementara dan isi borang yang tertentu. Selepas itu saya meneruskan pemakanan (save RM4.80 hari ini. Semasa saya makan saya cuba anggarkan berapa harga makanan tersebut.). Selepas itu saya masuk di dalam bilik di mana terdapat 2 orang lagi panel yang saya rasa lebih jauh berwibawa berbanding saya. Ada 6 pelajar yang saya harus panelkan.

Macam biasa dengan seriusnya saya perhatikan dengan teliti setiap pembentangan dan tanya apa yang saya tidak faham atau tidak jelas. Ada pembentangan yang bagus dan ada yang pada saya tahapnya hanya `kena baiki lagi dengan giat'.

Sampailah pukul 5 petang, dengan sopan meminta diri, saya terus bergegas ke blok Akademik AB yang terletak berhampiran dengan Dewan Bestari. Walaupun bangunan tersebut berhampiran, kira berpeluhlah juga berjalan. He he he. Pakai kot pulak tu.

Semasa melalui bangunan dan menuruni anak-anak tangga, saya terdengar sekumpulan pelajar berteriakan nama saya. Mereka menjerit-jerit dengan kuat bagai mahukan pisang. Mulanya saya buat tak endah namun apabila saya pasti nama saya yang mereka jeritkan dan tiada Aron Aziz atau Nasha Aziz berdekatan dengan saya, barulah saya respon. Saya melambai-lambai juga ke arah mereka. Mereka hanya berada lebih kurang 100 meter daripada saya. Dan dengan gaya seorang superstar juga saya memberikan isyarat kononnya saya kena cepat.

Dalam pada itu saya ternampak seorang pelajar saya yang ada berjanji dengan saya mahu berikan saya hadiah sempena beliau bercuti ke luar negara barat. Anak jutawan tersebut sangat berhemah dan berpeketi walaupun kaya raya dan agak handsum. 

Kadang-kadang saya hairan juga mengapa saya begitu popular (perasan lebih ni). Saya selalu diingati oleh pelajar saya dan apabila saya jumpa mereka di mana-mana, mahupun di bandar atau ceruk kampung mereka meloncat bangga berteriak, atau melambai-lambai ke arah saya seolah saya adalah Mawi (maksud saya Mawi yang pada suatu ketika dulu...sekarang ini entahlah. Senyap sunyi jea...kesian pula...). 

Perkara ini juga terjadi semasa saya pergi melawat pelajar praktikal saya yang kebetulannya saya pernah ajar mereka. Habis sebangunan pelajar tersebut war-warkan bahawa saya akan datang melawat dia. Siap satu bangunan menunggu saya di sana!. Saya pula bagai YB  disambut mesra dan manja. Nasib baiklah saya ada bawa sikat rambut. Dapatlah saya mengemaskan rambut saya yang lebat dan terurai manja.

Ok lah, kita tinggalkan penulisan yang seolah-olah saya sangat popular tersebut (kot-kot perasan jea lebih, he he he). Kita pergi kepada topik lain iaitu apa yang terjadi pada hari ini di mana banyak perkara yang perlu diselesaikan. Memang selepas simposium tersebut mahu berakhir saya bergegas kembali menuju ke bilik saya. Dan saya terkejut!

Jan: Bersambung....(pulak dah)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home