Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, August 25, 2011

Berbuka dengan kucing


Satu petang nan lalu saya balik lewat, maka saya singgah berbuka puasa di kedai Kak Norizan. Kalau saya balik tentu tak sempat masak. Saya juga malas nak ke bazar ramadhan, tak larat. Banyak lalat.


Kedai ni di sebelah stesen bas Muadzam Shah. Tak ramai yang berbuka di sini. Cuma pemandu dan penumpang yang mungkin terlewat. Dan pada hari biasa pun tidak ramai yang makan di sini kecuali pelanggan tetap. Sepanjang empat tahun saya di Muadzam saya tak pernah melihat kawan saya atau pelajar saya makan di sini.



Semasa saya nak berbuka di sini, mata saya terlebih dahulu berbuka. Ada juga orang putih, saya sempat tengok pahanya yang gebu. Pasti markah pahala saya ditolak, he he he.


Saya berbuka dengan seekor kucing... Semua meja penuh dengan kawan-kawan. Saya dapati hanya meja saya sahaja yang saya sahaja berbuka seorang diri. Tetapi sebenarnya saya berbuka dengan kucing. Kesian dia lapar.


Selepas berbuka, upacara rasminya hisap rokok. Saya hanya hisap 2 batang rokok, saya tak boleh hisap banyak sebab saya batut-batuk. Sebab saya batuk-batuk sebab mulai waktu berbuka saya asyik isap rokok. He he he.


Sekian sahaja, makanan di kedai ini biasa-biasa sahaja. Ia tidak sama seperti masakan mak saya tetapi masakannya amat berguna bila mak dah balik kampung...he he he.
Jan: Kucing tu pun `puasa' sebenarnya, dia tak makan sebab kedai tutup... petang baru kedai buka.


1 comment:

Adie Achim said...

Saya juga malas nak ke bazar ramadhan, 'tak larat. Banyak lalat. '

hehee suka baca rima tu!

Sy pernah berbuka dalam kereta, tiada apa untuk dimakna.hmmm.. akhirnya saya berbuka dengan mengorek hidung.. kira buka juga lah tu kann (jangan ingat saya makan pula hasil korekan tu!)

Salam Aidilfitri!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home