Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 19, 2009

Lelaki ini...

Kehendaknya tidak kompleks, dia hanya mahu memiliki wanita yang mempunyai kecantikan, cantik matanya memandang (kalau seksi bergaya kira bonouslah). Apabila mencari pasangan dia tidak cerewet. Dia tidak demand, dia tidak perlukan sifat lain yang kompleks seperti bijaksana, bertanggungjawab, berpandangan jauh, berpendidikan, bervisi, berani, kuat, beragama dan sebagainya. Kecantikan sudah melebihi segalanya, dia tidak tamak.
Apabila sudah menjadi pasangan di cuma mahu dijagai bukan disoal atau dikawal. Dia berharap rumahnya lebih kemas teratur berbanding zaman bujang. Dia mahu sentiasa ada makan dan minum di dalam rumah, dan boleh bersetubuh dengan kerap. Tak banyak mana dia mahukan daripada pasangannya, dia bersifat mudah. Kehendak golongan ini mudah (keperluan asas zaman batu atau ice age, sehingga kini mereka tak berevolusi sangat,he he he).
Namun begitu berada di sampingnya menuntut kesabaran, kesabaran, dan kesabaran (tiga kali tu, he he he) . Golongan ini sukar memahami kiasan yang kita berikan, kadang-kadang walaupun diksi kita tepat, dia masih kelihatan selamba dan tidak memahaminya. Apabila kita menangis barulah dia faham kita tersinggung dan bersedih. Memang golongan ini mudah memahami action berbanding drama. Eloklah kita baling pinggang mangkuk dan kuali untuk masa-masa yang sesuai, lahirkan action. He he he.
Dia gagal dengan cemerlang untuk membezakan antara merajuk dan kebiasaan. Walaupun anda telah lama hidup bersamanya (contohnya melebih 10 tahun), anda bukan sahaja masih tidak dapat memahaminya malah pada waktu yang sama anda juga merasai tidak difahami olehnya. Dia lebih faham/peka perbezaan pelbagai model kereta (yang bagi kita sama je iaitu ada stering dan empat tayar, he he he).
Dia tidak faham bahasa kiasan sebab dia selalu cakap secara diret. Lebih senang baginya jika menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas (mungkin golongan ini SPMnya, BM dapat 8). Dia tidak pandai lahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata, kita ni lah yang 24 jam kena berjaga-jaga dengan tindak tanduknya kerana selalunya perbuatannyalah melahirkan rasa hatinya.

Paling memboringkan, dia tidak pandai bercerita dan kalau dia nak buat jenaka, kita yang kena buat-buat tertarik dan ketawa (padahal taklah lawak sangat, lebih teruk daripada lawak Senario), tetapi penting untuk kita tunjukan kepadanya bahawa dia lucu. Hairan kan? Semuanya kita kena buat dan dia tak pernah sedar, he he he. Diulangi TAK PERNAH SEDAR, he he he.

Apabila dia ada masalah dia diam, bila dia marah dia diam, bila dia gembira pun dia diam juga. Payah juga nak menelaahinya.

Dia lebih rela menunggu di kereta berjam-jam atau duduk di kedai kopi seorang diri sambil membunuh diri secara perlahan (hisap rokok) daripada menemani kita membeli belah. Dan dia marah apabila kita membeli penuh troli walaupun sebenarnya semuanya menggunakan duit kita. Diulangi MENGGUNAKAN duit kita.

Jangan sesekali mengkritik, dia akan rasa terpukul. Dia merasai dia harus menjadi ketua yang semua keputusannya adalah betul dan tepat. Mungkin sebab itulah dia sukar untuk bersikap terbuka untuk menerima kritikan daripada pasangannya. Kita kenalah berhati-hati dalam memberikan pandangan. Jangan sesekali kita tunjukan kita bijak atau ada buah fikiran yang baik. Walaupun kita ada master dan dia ambik SPM tiga kali (tapi tetap tak score), tugas kita masih mesti menunjukkan bahawa dia pandai, hebat dan super berbanding kita. Dan kalau ada idea-idea yang bernas eloklah kita kata:

``Eh, laaaa.... kan abang yang bagi idea tu dulu''. Walaupun sebenarnya kitalah yang mencadangkan idea tersebut suatu waktu dulu, he he he. Huh!


Seperti budak kecil, sangat merbahaya membiarkannya bersendirian. Haruslah pastikan pagi petang kita tahu dia di mana, bukannya dia tak pandai berdikari tetapi golongan ini tak pandai bawa diri, he he he. Bimbang bila di luar jadi tak sedar diri pulak, haaa... Golongan ini tidak boleh dipercayai langsung apabila hilang dari pandangan mata. Mereka ini lemah luar dan dalam. Paling lemah yang dalam tu...he he he.
Kita mestilah berwaspada dan tahu dengan siapa dan jenis mana kawan-kawannya. Kalau boleh ambil alamatnya sekali, he he he. Buka apa supaya senang apabila ada apa-apa terjadi, senang istihar perang.

Sesayang mana kita kat dia, sekasih mana kita kat dia, secinta mana pun kita kat dia (dan perkara ini dia tahu), jaga makan minun, pakai dan segalanya itu tidak bermana dia tidak tergamak tinggalkan kita. Tidak ada suatu jaminan pun di dunia ini dia boleh setia, hatinya seperti daun... Kenalah berhati-hati 24 jam. (Kadang-kadang terfikir jugak semuanya bergantung kepada nasib sebab dalam memantau 24 jam pun...pun, he he he....)

Kadang-kadang kita kena jadi sahabat kepadanya barulah kita dipandang tinggi, jika kita hanya bersifat sebagai pasangannya dia tidak kagumi kita.
Dia suka berjimat kepada benda-benda yang penting, yang perlu dan yang semua jiran kita dah ada...
Begitulah sedikit daripada banyak sifatnya...Haaa... cuba teka?

Jan: Entah...

1 comment:

kyoshi said...

tau dah..
bak kata nabil lu pk la sendri hehehe.. yg dh kawen mesti tau.. bg yg bujang amik ikhtibar..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home