'' Hidup ni sekejap sahaja...'' Itulah kata-kata Nik kepada saya di majlis PARHILO yang kami adakan minggu lepas. Di sebalik gurau senda dan lawak saya, saya sebenarnya sembunyikan duka nestapa.
Saya tidak mahu menolak atau membangkang kata-kata Nik kerena saya tahu itu sebuah pernyataan yang benar. Cuma berat untuk saya aplikasikan...
Dalam perjalanan hidup saya, ada saya berjumpa berbagai jenis manusia. Termasuk yang durjana, jahat dan puaka. Walau seribu tahun, seribu mawar tak bisa mengharumkan hati saya. Hati saya sakit, tercalar dan terkilan.
'' Serah ke tuhan, kita manusia biasa, biar tuhan yang balas...''. Kata mak saya pula apabila saya lahirkan kekecewaan yang sarat ini. Saya tahu mak saya selalu maafkan semua orang yang pernah menyakitinya di sepanjang jalan hidupnya. Dia tidak berdendam. Pelik. Jan: Tetapi luka itu sangat dalam... aku malu.
2 comments:
apa yg sedih2 sgt nie suki??? jgn lah sedih2...
entahlah wanie, sedih pun ada...tapi bercampur geram.
Post a Comment