'' i always thought you were supposed to sense when the people you love are in danger but i didn't feel anything, life was just a string of random accidents and mistakes...'' Itulah kata-kata (quotes) Nicalos Cages (John Koestler) dalam filem Knowingnya yang menusuk hati saya. Saya sambar DVDnya semasa ke Megamol, bila sampai rumah kakak kat Kem Galing, terus layan...
Dalam cerita tersebut beliau memegang peranan profesor duda (yang berterusan bersedih hati di atas kematian isterinya) dan yang tidak mempercayai adanya syurga dan neraka. Dan kepercayaan ini makin utuh bila isterinya mati tertelang asap semasa menginap di hotel semasa dalam rangka kerja lawatannya. Pada masa isterinya lemas tertelan asap beliau berada di halaman rumah duduk saja-saja dan dia tidak terasa isterinya dalam bahaya.
Tetapi apa yang saya nak kupas bukan plot dan cerita tersebut. Saya hanya tertarik kepada kata-kata beliau tadi. Saya tertanya-tanya...Ia ke bila kita sayangi seseorang itu kita akan merasai sesuatu ketika mereka dalam bahaya? Ke saja-saja nak sedapkan cerita? Dulu memang saya amat mempercayainya, dan saya ada bukti. Walaupun aneh dan tak masuk akal tetapi saya mengalaminya. Kami melaluinya... Itulah cinta dan kasih sayang sejati yang penuh keajaiban. Sesuatu yang kita tidak tahu, sesuatu yang misteri (tapi bukan jenis misteri nusantara)... Tetapi lebih banyaklah yang kita tak tahu tentang dunia ini kan...

Jan: Kalau dia curang? kita terasa tak?
1 comment:
Kalau dia curang kita akan rasa dan tuhan akan tunjuk....
Post a Comment