Rasanya lepas habis master dah lebih sepuluh tahun tak ke UM. Masa jejak kaki pertama dulu buat degree umur baru 21 tahun, kurus, handsome dan tak boroi. Rasanya tak sabar menunggu hari isnin ni, nak pergi melawat tempat bersejarah tersebut 2, 3 hari. Nak mengimbau sejarah. Dulu datang sebagai pelajar kini datang diri dah sebagai pensyarah. Di UM penuh dengan kenangan pahit manis, lucu lucah dan sebagainya. Maklumlah masa tu muda belia.
Gaya semasa muda belia di UM. Ada kawan gelar saya Bon Jovi, kalau dia lihat saya sekarang mungkin dia gelar Boroi Jovi.
Dulu saya guna beg galas yang sauk ikut tangan kiri dan sauk ikut tangan kanan macam kura-kura. Kedua tangan pegang walkman. Apa handphone? ala kita tak main handphone kita main public phone, he he he.
Pakaian pula jean yang sebulan tak dibasuh dan tShirt bulat sahaja. Di UM saya bukan belajar berkuliah saja, banyak saya belajar perkara lain juga, he he he. Sangka pulak lain jadinya bila di dunia nyata (di luar universiti).
15 Tahun dulu...:
'' Mang mung nok wat tak master lepas ni? '' Tanya kawan baik saya semasa kami melalui jalan ilmu menuju ke tempat menunggu bas. Kawan saya sorang ini sekarang dah jadi manager bank, di salah sebuah bank yang terkenal di Malaysia. Sekarang dia dah jadi orang yang berjaya dan bergaya dalam hidup. Duit tak pernah jadi masalah. Cuma rumahtangganya saja hancur lebur jadi debu... (debu merah berterbangan...)
'' Huh nok wat master? nok habis hok ni pun nok terberok rasa, aku bukang pandai sangat '' Balas saya yang kini sebagai pensyarah biasa dan dah 8 kali di`Puaka'kan. Sambil menghisap ais krim batang tanpa segan silu, galas beg di belakang, berseluar jeans dan Tshirt kolar bulat je... berjalan-jalan, melonct, berjalan jalan, meloncat macam orang tak betul. Saya juga nak lawat tingkat dua bangunan kuliah. Tempat tulah saya nak terjun bunuh diri sebab saya nampak orang yang saya minat berjalan mesra dengan seorang kawan baik saya juga. Kawan baik saya sendiri dah ada mak we tetapi kenapa masih minat kepada pelajar dari Sabah tu?. (masa tu fikiran saya singkat sepatutnya soalan tu tak timbul kan, kita lelaki memang macam tu). Sampai hari ini saya boleh nampak jelas mereka berjalan... mesra! Tapi salah saya juga kan, saya ni kalau minat mati hidup balik pun malu nak beritahu, he he he. Saya juga nak lawat tangga berpusing tempat saya dihalau macam anjing kurap oleh pensyarah saya. Saya dihalau sebab bertanyakan soalan. Dia marah sebab 3 bulan nak exam baru nak tanya soalan katanya. (Tentu dia pengsan jika saya beritahu student saya minggu depan nak exam baru nak bertanya soalan. Atau dia akan mati terus bila saya beritahu pelajar saya esok nak exam, malamnya antar sms tanya bab mana keluar!)

Jan: Masa boleh berlalu... kulitku boleh berkedut, penglihatanku boleh kabur. Namun kutak berdaya menghalang mukim ingatanku padamu... (kau benar-benar puaka!!!)
No comments:
Post a Comment