Kata seorang ustad, penulisan di blog jankaulu secara tidak langsung menampakan sikap negatif saya terhadap institusi kekeluargaan... seolah menyokong konsep hidup solo. Saya dengan segera berdrama sebabak:
'' Astarafirullah ustad, saya tak ada niat begitu pung..., banyak orang yang kahwin hidup bahagia...dan kalau ada jodoh, saya kahwinlah'' Saya buat muka terperanjat dan bersalah. Saya buat muka sayu seolah meraih simpati. Saya guna juga unsur islam (`astarafirullah' dan jodoh tadi..) bagi menyesuaikan isu, watak dan suasana.
Benarkah apa yang dikatakan oleh ustad tadi...? Saya mesti adil melihat dalam setiap penulisan saya. Ya memang ada isue mengenai keruntuhan kekeluargaan, curang (puaka) lara jiwa sana-sini dan pasangan yang pentingkan diri. Ada juga tentang ibu bapa tak pandai `ajar' anak dan anak tak pandai kenang jasa ibu bapa. Ya la kan, mungkin juga jika banyak menulis secara langsung menggambarkan sikap dan pemikiran kita. Oleh sebab itu saya juga boleh dilebelkan sebagai seorang yang anti kekeluargaan/perkahwinan jika asyik menulis mengenai keruntuhan rumahtangga. He he he, nasib baik tak anti seks.
Saya terus berfikir mungkinkah saya menjadi cemburu sebab orang lain ada isteri, anak bini atau perempuan simpanan? sedangkan saya berlumutan dan berkaratan terlontar sepi. Tetapi tidak pernah pula saya berniat memandang negatif, negatifnya hanyalah kepada pihak yang tidak hargai apa yang dimilikinya.
Saya lebih senang berkawan dengan kawan yang senasib dengan saya (nasib malang? ke nasib baik?, he he he). Mereka boleh menerima saya, seadanya. Ada di antara kawan baik saya adalah orang yang tak kahwin, sama ada andertu atau antertu, janda dan duda!.
Memang manusia suka berada dan bergaul dengan orang yang ada persamaan dengan mereka (tentulah kan). Kalau tak perlu ada persamaan berkawanlah dengan kuda ke, kambing? atau dengan bunga Melur.
Persamaan membuat kita rasa selesa dan selamat sebab ia ada mengandungi unsur memahami dan penerimaan (bukannya unsur menghakimi). Golongan ini tentulah tidak mengissuekan status saya, mungkin sebab kami serumpun. Sebab episod hidup orang lain tak sama dengan episod hidup kita, sebab itulah kita memerlukan keupayaan untuk memahami orang lain... Orang putih kata `masuk dalam kasut orang lain'....

Teringat pula suatu tragedi di tempat kerja lama. Rakan sekerja melukakan, calar hati saya. Dia tak reti basa..., syarahkan saya sebab katanya saya nak hidup senang dan tak nak ada tanggungjawab. Dia bersyarah tu pulak depan kawan saya (yang jugak spesis ranum juga...). Bodoh sungguh, malulah saya kan...? Dan kemudiannya kawan saya yang turut mendengar saya `dibasuh' tadi kemudiannya beritahu bahawa `dia' (pensyarah bebas tu tadi) juga ada anak saudara yang andertu...so dia sepatutnya memahami.
'' Sepatutnya?, saya rasa tak...nanti suatu hari bila anak dia dah besar dan tak kahwin-kahwin barulah dia faham...'' jawab saya geram dalam haru...
'' Sepatutnya?, saya rasa tak...nanti suatu hari bila anak dia dah besar dan tak kahwin-kahwin barulah dia faham...'' jawab saya geram dalam haru...
Jan: Suka berkawan dengan kawan yang ikhlas dan tak hipokrit walaupun dia tak ada laki atau tak ada bini, mati laki atau mati bini, bercerai ataupun tak bercerai...
No comments:
Post a Comment