Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Tuesday, June 30, 2009
Burung sunyi yang tabah...
Selepas menghantar mak saya pergi buat facial, saya keluar menuju ke kedai baiki peti ais. Memang dah seminggu peti ais tersebut rosak. Peti ais tu dah lama, saya membelinya semasa saya bekerja di Pekan.Peti ais tu satu pintu sahaja, jenis sharp. Gerentinya hanya 5 tahun, dan saya rasa peti ais saya memang sudah melebihi 5 tahun usianya.
Saya berjalan kaki sahaja ke kedai tersebut, kalau bawak kereta payah nak parking pulak, lagi pun sepelaung sahaja. Saya dapati peti ais tersebut sudah dibaiki dan katanya petang karang mereka akan hantar. Habis satu tugas hari ini desis hati saya.
Saya meninggalkan kedai membaiki peti ais tersebut dan berhenti pula beli air, saya dahaga. Tadi memang saya tunggu mak saya di salon tu, tapi malu pulak sebab perempuan ramai dan lampu yang ada tidak terang, menyukarkan saya hendak membaca. saya memang hendak membaca sementara menunggu mak saya buat facial.
Semalam mak saya bertanya di mana kedai kecantikan sebab dia nak buat facial. Sebab itulah selepas bawak mak saya makan pagi di kedai, saya cepat-cepat pula ke Bank Islam bayar rumah dan bayar kereta. Saya bimbang nanti takut mak saya tak dapat giliran mefacial sebab saya tidak menempahnya terlebih awal...
Saya kembali pula ke salon..., saya lalu di hadapan kedai jual surat khabar. Saya terbaca Harian Metrol muka depan pasal Kak Pah. Pasal albumnya yang tertangguh.
Saya terus beli surat khabar metro buat ke tiga kalinya dalam hidup saya. Saya memang tunggu album tersebut. Dan saya tahu album itu mahal pembikinannya sebab sebuah gubahan lagu melebihi RM25,000 ringgit kerana menggunakan khidmat okestra lagi. Album tersebut dikeluarkan 2 buah sekali gus. Khabarnya lagu-lagu dan muzik yang digubah mutunya terjamin dan dapatlah dijadikan rujukan sebagai rujukan kepada lagu Melayu (kepada pihak yang luar yang mahu tahu lagu-lagu Melayu).
Saya duduk lepak tepi pokok depan salon tu sambil menunggu mak saya. Saya pandang di sekeliling saya, saya lihat langit dan jalan raya, dan dedaun yang kering berterbangan, tanah merkah di sana sini... sekarang musim panal... Saya berdoa agar saya tetap tabah. Saya tahu saya tidak boleh sahaja2 berserah kepada mana-mana pihak termasuk tuhan. Setiap hari yang berlalu saya pendamkan segalanya,tidak mahu nampak bersedih di hadapan mak.
Sekarang darah saya sudah kembali normal, cuma saya sedang berperang hebat untuk menormalkan hati saya, he he he. Saya doakan saya selalu akan tabah, hidup penuh cabaran dan saya tidak akan menyerah... Saya seekor burung sunyi yang tabah.
Hidup ini seperti kaca, atau tembikai...jika kita tak tabah dan sabar hancur berderai kecailah segalanya...
Setelah menghantar mak balik ke rumah saya ke opis lagi menyiapkan persiapan, minggu depan semester dah bermula, saya mahu benar-benar bersedia. Selamat tinggal semuanya, titik ini adalah nokhtah.
Jankaulu: Memohon ketenangan dan kekuatan dalam diri sendiri...menjalani percubaan dan dugaan.
Suatu penghargaan - Datuk Ahmad Jais
Begitulah tajuk album terbaru Datuk Ahmad jais yang memuatkan 30 buah laginya yang pernah top.
Saya menyambarnya di kedai Cd di Megamall selepas menghadiri majlis CEO LUNCHEON TALK dan juga pelancaran jurnal sulong iaitu JOURNAL OF BUSINESS MANAGEMENT di Hotel Grand Continental semalam.
Semasa makan tengahari saya dah beritahu kawan saya, yang saya mahu ke Megamall sekejab untuk beli Cd yang mak saya mahukan. Mak saya peminat setia kepada Ahmad Jais. Kebetulan pula turun kuantan saya membelinya.
CD tu ada 2 disk, Disk 1:
1. Azizah
2. Mengapa tiada maaf
3.Jangan ditanya bila ku berdua
4. Mengharap sinar menelan kabus
5.Lambaian terakhir
6.Kucupan azimat
7.Sumpah setia
8. Lima tahun kucari
9. Indahnya dunia hatiku
10. Sejak kita berpisah
11. Dewi hati
12.Berpisah jauh
13. Ingin bersua
14. Mengikat jaji
15. Takwa dan iman.
Manakala disk 2:
1.Gelisah
2. Antara dua hati
3. Umpan jinak diair tenang
4. Kechewa juga akhirnya
5. Aku ingin bersendiri
6.Bayangan
7. Berikan aku sinarmu
8.Mabuk kepayang
9. Bahtera merdeka
10.Hijan malam
11.Waspada
12.Tanda mata pengganti diri
13.Menanti di ambang syuirga
14.Budi setahun segunung intan
15.Di mana ke mana?
Malam tu saya ada juga layaann lagu-lagu ni. Suara dia baik. Dan ada lagu yang boleh tambat jiwa saya. Saya bukanlah peminat beliau tetapi saya akui dia mempunyai suara yang merdu.
Saya dapati daripada cover Cd tersebut ada 10 buah lagu yang dicipta oleh beliau, maknanya beliau juga ada mencipta lagu. Bukan sesetengah artis yang lebih senang menyanyi je.
Jan: Suka lagu `aku ingin bersendiri...' dan `takwa dan iman'
Saturday, June 27, 2009
Setakat ini...: Setakat ini.
Salam sejahtera untuk `orang jauh'. Saya tujukan post ini khas untuk awak. Saya faham bila kita dah buat loan ratusan ribu tentulah kita mahu sangat tengok rumah tersebut.
Saya akan cuba gambarkan rumah tersebut seberapa daya. Gambar tak cantik sangat. Gambar dalam rumah tak ada banyak. Saya cuba tunjuk apa yang ada sahaja ya, yang saya kira sesuai.
Gambar 1 di atas menunjukan pintu pagar yang paling simple, yang dah siap. Sangat ringkas dan fungsinya untuk menandakan sempadan dan kawasan rumah sahaja. Macam biasa kita kenalah bergaya dongak apabila nak buka dan tutup pintu pagar ini. Beberapa buah rumah dah ada buat pagar baru!.
Ini gambar pintu hadapan sliding door, saya tengok beberapa rumah dah siap buat pintu lain, dah renovate buat pintu papan kayu yang ada kaca bujur di tengahnya. Pintu tu trend masa kini.
Tetapi kalau tak nak tukar pun tak apa, just pasang grill je. Alah...yang penting kain langsir yang mahal dan cantik. Kalau pintu dan tingkat yang murah kena gaya dengan langsir yang elok dan sesuai, eloklah kan. Kalau pintu dan tingkap mahal tapi kain langsir tak cantik? No komen, he he he.

Di atas gambar di hadapan rumah yang bersimen biasa. Kalau nak ketuk tukar yang guna tar pun boleh (kalu ada duit).
Tempat letak kereta ni luas juga dapat letak banyak buah kereta (kalau kereta tolak, he he he). Namun untuk kereta bersaiz sederhana dapat letak dua.
Kelihatan di atas pagar tu berwarna hijau dawainya, persis pagar di balairaya...

Maaf ya, gambar 4 di atas tajuknya panjang sangat... Saya duduk betul-betul depan sliding door, sambil posing sikit (jangan marah).
Saya tengah dok terfikir macam-macam...ya lah kan bila dah dapat milik rumah sendiri ni, rasa legalah jugak. Ada tempat berteduh suatu hari nanti... Kita tak boleh harapkan sapa-sapa dalam kehidupan ni, terutama bila dah ke waktu senja. Setakat mana kita dapat pertahankan vouge kita kan?
Gambar di atas pulak saya berada di tempat buangan sampah. Tempat tu sepatutnya diletakan bangkul sampah hitam yang besar. Namun dalam gambar ini sayalah `sampahnya'...
Gambar di atas pulak pose saya dari tingkap bilik utama. Kalau perhati betul-betul ke dalam gambar tersebut kita akan nampak 2 pintu. Satu pintu bilik dan yang tertutup tu pintu jamban (toilet).
Bilik yang ternganga tu bilik sebelahan dengan bilik utama dan pintu tertutup tu pintu jamban yang kedua. yang juga berkonsi dengan pintu bilik ke tiga yang berhadapan dengan bilik kedua tadi. Tak banyak sangat saya pukul kat dalam sebab kosong sangat.
Keluasan tanah adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang besar sikit dan ada yang besar, ada juga sederhana. Gambar di atas tu kononnya saya dok berfikir nak buat langskap macam mana...(yang tak perlu makan banyak duit, murah tapi kelass...tu la yang payah kan?)
Ni pose kat pintu pertama sisi, ada tingkap disebelahnya. Kira angin masuk kot sliding door boleh lah keluar melalui pintu dan tingkap ni. Kira ada masuk keluar jugaklah. Bukan boleh masuk tapi tak keluar-keluar.
Ni gambar keseluruhan rumah kalau tengok kot tepi...ternyata jalan sudah di tar dan pagar dah siap.
Sebenarnya saya dah 9 kali pergi melawat. Kali terakhir saya lawat rumah ni dah dipasang tiang elektrik di antaranya (antara rumah-rumah). Tapi pendawaian tak ada lagi. Saya pergi khas untuk periksa kunci rumah dan apa-apa kerosakan yang ada. Ada la dia suruh seorang pekerjanya ikut saya dan periksa apa yang patut di rumah tersebut.
Pada pandangan saya yang cetek ni, rumah ni memang dah siap. Kalau ada elektrik dan air, dan gril memang boleh pindah dah. TETAPI buat masa ni secara pandangan rasmi, ia digolongkan kepada `tak boleh pindah lagi'. Selepas pemaju baiki apa-apa kerosakan semasa pembinaan, baru pemaju minta CF.
Saya ada tanya `kenapa ada dah rumah dah direnovate? Gadis berambut perang yang montok mesra tu jawab `Rumah-rumah yang di hadapan saja direnovate, rumah tu dah dapat CF'.
Jadi saya tak tahulah rumah `orang jauh' tu digolongankan kepada rumah mana. Sebab ianya berfasa-fasa. Fasa saya ni fasa yang akhir yang dah siap.

Jan: Sekian sahaja untuk `orang jauh'. Semoga dapat sikit imformasi.
Friday, June 26, 2009
Beat It MJ
THEY TOLD HIM DON´T YOU EVER COME
AROUND HERE
DON´T WANNA SEE YOUR FACE, YOU BETTER
DISAPPEAR
THE FIRE´S IN THEIR EYES AND THEIR WORDS ARE
REALLY CLEAR
SO BEAT IT, JUST BEAT IT
YOU BETTER RUN, YOU BETTER DO WHAT YOU
CAN
DON´T WANNA SEE NO BLOOD, DON´T BE A
MACHO MAN
YOU WANNA BE TOUGH, BETTER DO WHAT YOU
CAN
SO BEAT IT,BUT YOU WANNA BE BAD
JUST BEAT IT, BEAT IT, BEAT IT, BEAT IT
NO ONE WANTS TO BE DEFEATED
SHOWIN´HOW FUNKY AND STRONG IS YOUR
FIGHT
IT DOESN´T MATTER WHO´S WRONG OR RIGHT
JUST BEAT IT, BEAT IT
JUST BEAT IT, BEAT IT
JUST BEAT IT, BEAT IT
JUST BEAT IT, BEAT IT
THEY´RE OUT TO GET YOU, BETTER LEAVE WHILE
YOU CAN
DON´T WANNA BE A BOY, YOU WANNA BE A
MAN
YOU WANNA STAY ALIVE, BETTER DO WHAT YOU
CAN
SO BEAT IT, JUST BEAT IT
YOU HAVE TO SHOW THEM THAT YOU´RE REALLY
NOT SCARED
YOU´RE PLAYIN´ WITH YOUR LIFE, THIS AIN´T NO
TRUTH OR DARE
THEY´LL KICK YOU, THEN THEY BEAT YOU,
THEN THEY´LL TELL YOU IT´S FAIR
SO BEAT IT, BUT YOU WANNA BE BAD
JUST BEAT IT, BEAT IT, BEAT IT, BEAT IT
NO ONE WANTS TO BE DEFEATED
SHOWIN´ HOW FUNKY AND STRONG IS YOUR
FIGHT
IT DOESN´T MATTER WHO´S WRONG OR RIGHT
JUST BEAT IT, BEAT IT, BEAT IT, BEAT IT
26 tahun lalu, lagu inilah menjadi lagu top dunia. Saya di tingkatan tiga. Masa tu berat badan saya 47kg dan lilitan pingang saya 27 inci sahaja!. Saya berada di tahap paling sihat, gembira, remaja ceria dan sangat muda!. Pada masa tersebut saya juga ada buat rambut keringting ala MJ, nak jugak, he he he.
Saya masih ingat lagi bila kawan baik saya Lua Kim Phiaw bawak gambar MJ ke sekolah (dia jual), sayalah yang pertama dulu membelinya! Saya mahu sayalah yang hanya ada gambar tersebut di sekolah saya. Bila saya berjaya membelinya rasa gembira sangat, he he he. Entah apa kan?
Dulu kami dengar lagu dalam kaset sahaja, pasang kat mini kompo. Lepas tu sapa-sapa yang pandai menarilah ala-ala MJ.Menari kat sekolah waktu petang. Ya allah bestnya masa tu (tak payah bayar ansuran rumah, ansuran kereta, bil air elektrik, insurans, kad kredit, pinjaman pribadi bank rakyat dan tak payah beli set clinique).
Kawan saya ada yang gaya macam MJ, dan boleh menari sebijik! Namun bila MJ bertukar menjadi putih...dia dah slow sikit menirunya, he he he.
Saya tak suka muzik bingit atau bising tapi kehadiran MJ tak dapat saya tolak. Meledaknya sangat kuat. Muziknya jadi cinta di hati saya. Tariannya pesona di jiwa saya.
MJ ni pelik betul, saya bersama kawan-kawan selalu tertanya betul ke? betuk ke? bila cerita pasal MJ timbul...Contohnya, dia tidur dalam balang gas (macam keranda beroksigen) yang dipercayai dapat memanjangkan umur sehingga maksima150 tahun. Wow! kami terpegung pada masa tersebut.
Dia juga suka berkawan dengan monyet,saya faham benar kenapa...
jan: Tapi tak sangka pula 50 bukan 150. Apa-apapun rest in peace.

Michael Jackson dies in LA hospital
LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50.
The person said Jackson died in a Los Angeles hospital. The person was not authorized to speak publicly and requested anonymity.
The circumstances of his death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.
Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.
By NEKESA MUMBI MOODY and DERRIK J. LANG, Associated Press Writers
jankaulu:Ada yang mati tapi akan terus hidup, ada yang hidup tapi sebenarnya mati...
Thursday, June 25, 2009
Bertukar Hp
Masih saya ingat lebih dua tahun dulu, saya beritahu penjual hp tu saya tak nak yang ada camera atau radio. Namun dia macam tak reti bahasa dan masih lagi bangga dengan hp yang ada camera dan radio. Terusan memujuk saya,menceritakan keistimewaan hp model terkini.
Terpaksalah saya beritahu dia kalau saya nak tangkap (pukul) gambar, saya guna kamera. Dan saya beritahu lagi kepada penjual tersebut saya memang tak suka dengar radio.
Biasanya apabila hp saya rosak saya tak baiki, saya hanya beli yang baru. Setakat ini tidaklah canggih sangat. Hp pertama saya beli Nokia, besar modelnya. Bila letak dalam saku seluar, nampak tertonjol. Hp ini istimewa, kalau jatuh dari tingkat lapan pun boleh diguna lagi, jatuh dalam air pun tak apa. Tapi yang paling saya suka bila mengengamnya sedap, sebab besar!.
Hp pertama tersebut saya dapat sebab saya beli Sijil Simpanan Premium. Harga kat pasaran masa tu RM390 kalu tak silap (pasaran Pekan). Saya memang tak beli kalau mahal. Cuma pernah dulu masa kat Pekan juga, saya pakai Samsung yang harga melebihi 1K. Tapi saya tak suka Samsung banyak sangat `petik’nya. Payah bagi saya nak guna… Yang saya beli sampai RM1k Samsung tu pun saya kerana saya tak rasional. Saya beli sebab masa tu ramai sangat pensyarah ekonomi dan pensarah lain ada pakai Samsung yang ada antena yang model cokeng tu. So because of nak rasa seng of belonging kepada group, saya beli. Tak ke bangang?. Kelakar pun ada kan.
Selepas hp Samsung tu rosak, saya kembali setia dengan Nokia, saya tak nak curang lagi. Dialah jodoh abadi saya setakat ni…. Murah je tak sampai RM500. Dan sememangnya tak pernah melebihi RM500 kecuali sekali beli yang Samsung tersebut.
Tetapi saya hairan, saya tengok di sekeliling ada yang bertukar hp dah jadi suatu habit. Mungkin mereka banyak duit kot atau suka teknologi baru? Entahlah saya tak tau banyak tentang teknologi hp, yang saya perlu ialah sms dan bercakap je…
`Tabiat selalu menukar hp ni kadang-kadang membazir, baik beli mas’. Kata kawan saya yang suka beli barang kemas.
Saya fikir sejenak, ada betul juga kata dia.Emas selalu naik harga...
`Ala…bukan selalu, beberapa kali je setahun’. Kata kawan saya pula yang suka beli hp kaler selalu bertukar cover. Kalau pakai baju merah, kasut merah dan kaler hp pun kena warna merah...he he he.
`Kita kena la ikut trend…’ Kata kawan saya sorang lagi yang kerap tukar hp macam juga dia tukar kekasih. Tetapi macam hp juga pertukaran tu bukanlah pergi ke standard yang lebih tinggi. Macam-macam tu juga patternnya ( saya kenal benar bekas-bekas kekasihnya tu, he he he).
Tapi bila sentuh bab hp ni…saya teringat Adnan. Dah banyak kali saya berseloroh yang Muzium Telekomunikasi nak ambil hp dia buat khazanah, he he he. Hp dia tu model lama dan buruk, he he he, ampun Nan.
Tapi ada falsafah di sebaliknya, katanya dia akan pakai selagi boleh. Dia tidak mahu membazir. Setakat ini, itulah keperluan dia. Saya jadi zuhud sekejap bila dia terangkan kenapa hp dia buruk je.
Lagi pun dia ada memberitahu lagi, dia menggunakannya sebagai keperluan bagi jenis kehidupan macam dia. Maksud keperluan tu jauh benar dengan maksud kehendak. Kalau seorang usahawan keperluan hp dia berlainan, fungsi lebih pelbagai untuk menalifon kelayeng dan simpan info busnis.
Jankaulu: Walaupun wujudnya hp, ianya tidak dapat memanjangkan atau mempertahankan sesebuah hubungan yang telah terjalin. Sebuah teknologi tidak mengajar sebuah kejujuran...

Tuesday, June 23, 2009
Gangguan di fikiran...
Hari ni ada `Workshop on Research Methodology Stage 3: Technical Writing', selama dua hari. Saya terlupa pasal workshop tu, bila sampai kampus ramai yang tak ada, saya terus call Ja. Ja beritahu semua dah gi Wisma.
Sebenarnya ia adalah bengkel tahap ke tiga, Ia lebih menumpukan bagaimana kaedah kita menulis, membuat penulisan akademik...
Saya terlupa lagi, saya terlupa daftar! He he he.
Selepas mendaftar, selepas dapatkan fail, pen pencil, gula-gula (disediakan juga) dan air mineral, saya memilih meja, meja kedua paling depan (takut tertidor kalau duduk di belakang). Saya tengok dah ramai juga yang hadir.
Saya duduk dan berharap saya berjaya melaluinya dengan berfaedah. Tidak seperti makanan yang kita tak payah telan kalau tak sedap, sesebuah workshop kita kena melaluinya hingga habis...walaupun boring?
Namun saya dapati ia sangat memberi faedah untuk pensyarah muda seperti saya ini, he he he. Maksud saya muda dalam lapangan kajian. Dan cara penyampaian pun sangat menarik, saya boleh katakan antara yang terbaik saya pernah hadir. Walaupun kepala agak pening, saya mengikuti perbincangan dengan baik.
Dalam penerangan yang hebat oleh profesor tu...saya dibawa lari juga, he he he. Saya teringat tadi (selepas cium tangan mak) mak saya ada berpesan kalau sempat ambik dia, dia nak pergi hospital mintak ubat penyedup asma, dah dekat nak habis katanya. Saya beritahu mak, supaya call saya kalau nak apa-apa.
Tengahari saya balik kejap. Mak saya periksa tekanan darah saya...dalam diam-diam saya berdoa biarlah tekanan darah saya tak turun lagi sebab kalau turun tentu mak saya tinggalkan saya...
Saya teringat lagi...seperti biasa seperti pagi-pagi beberapa minggu ni saya bangun dengan badan yang berat. Semalam saya diburu oleh mimpi ngeri lagi, nenek vouge yang menakutkan itu datang lagi. Saya pernah ceritakan kepada Mek Zue dan saya dah buat segala apa yang Mek Zue suruh (termasuk menurunkan gambar seksi seksa di bilik tidur saya)tapi nenek tua vouge itu masih datang lagi. Entahlah macam misteri nusangtara pulak.
Saya kembali semula kepada bengkel yang penuh bersemangat. saya rasa kerdil pulak rasa berada di tengah-tengah ahli akademik. Kadang terasa tersilap lapangan pulak, he he he. Namun saya bersemangat sangat untuk menulis secara akademik.Saya akan cuba...
Semester sudah semakin dekat, saya mesti bersedia...semester baru dunia baru bagi saya sekaligus...
Jankaulu: Semestinya semester ini berlainan sekali kerana sebahagian diri saya telah dibunuh.

Monday, June 22, 2009
Bukan pasal pisang...
Total seluruh jumlah perasaan sedih dan pilu saya, saya wakilkan kepada 5 keping gambar pokok pisang yang saya tanam, yang sedang berbuah lebat.[rujuk `Berbudi pada tanah…' (Sunday, May 3, 2009)]. Ya saya hanya letak 5 keping gambar. Dan di bawahnya tiada penerangan cuma pada bahagian paling bawah saya catatkan:
Jankaulu: Berbudi pada manusia...? (no komen, hehehe)
Tiada penerangan yang saya buat kerana bila saya sedih dan terlalu marah, adakalanya saya diam sahaja... no komen tu maksudnya saya pasrah dan `he he he' tu mewakili kepasrahan saya terhadap peristiwa yang menimpa.
Masih saya ingat lagi pada masa tu saya basah kuyup ditimpa hujang, sepanjang perjalanan hati saya panas membara...namun pelik sebab ada air mengalir di pipi saya bercampur dengan air hujan (macam cerita drama swasta 80an, harap-harap jangan la Julie Dahlan jadi pengarah/produser sebab saya tak seksi. tak ada apa-apa yang tertonjol nak ditonjolkan...)
Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita telah berhati-hati...namun `dikencing' jua... Dalam kita berbudi kita tercedera juga. Kalau hilang duit atau harta saya tak kisah sangat. tapi kalau hati kita rosak, harapan punah? sapa yang mampu membaikinya?
Dalam post tersebut,saya bukan semata-mata mahu menunjukkan saya tanam pisang, jauh sekali nak menyohol saya tanam pisang, saya masih waras...orang lain ada ladang pisang!
Namun saya tau...pasti ada pembaca blog yang faham... antaranya ialah:
Madier said…
Berbudi pada manusia..?jgn harapkan balasan kot...(jgn mgharap org yg kita buat baik tu bls kebaikkan kita)..sebab setiap insan berbuat baik...Allah yg akan balas kebaikkannya....dgn bermcm2 cara yg kita sendiri tak terjangka...insyaallah..
sebab maybe ramai yg tersilap...dgn mengharapkan org yg kita tlg akan tlg kita balik...tak semestinya..mungkin akan ada org lain pulak yg akan tlg kita bila kita perlukan ptlgan...emmmm
Saya baca tulisannya, nasihatnya yang menusuk kalbu saya..., saya salin dengan pen dan tepek di dinding tepi katil saya, saya membacanya sebelum tidur dan membacanya sebaik sahaja bangun daripada tidur, kata-kata yang memberi semangat, memberikan kekuatan.
Saya ada menjawab balik...:
jankaulu said…
yup, insyallah ..cuma saya sedih dan terkilang...
Dia buat saya macam payung...bkn secorek dua hati ini terguris, tapi saya akan tabah...saya akan pandang dunia yang luas, saya akan ingat nasihat tersebut...
Saya jawab dengan ringkas sahaja. Memang saya tidak pernah mengharapkan budi saya di balas.Tidak pernah walaupun sekali, cuma sebagai insan biasa terkilan. Terkilang sebab sikap yang mengguris perasaan perasaan. Tapi tak apa-tak apa. Matahari akan tetap muncul esok, bil kad kredit tetap akan dapat jua hujung bulan ni, he he he. Hidup ada kalanya senang dan ada kalanya susah...
Jan: Saya tak berniat nak menipu tapi memang dalam beberapa post saya, banyak `bahasa' perlambangan digunakan...contohnya seperti di atas lah.

Hari bapa dan ikan duyung...
Menjadi seorang bapa yang baik adalah sukar. Jauh lebih sukar dan halal berbanding dengan menjadi bapa ayam. Oleh itu kita patut memberikan satu penghargaan atau tepukan gemuruh kepada yang berjaya melaluinya atau berusaha melaluinya. Memang mencabar... (kena ingat mereka dalam waktu yang sama juga merupakan seorang suami, selain bapa, khalifah di muka bumi, dan kadang-kadang mereka juga mahu menjadi diri mereka sendiri...).
Jarang sangat kita kupas pengorbanan bapa, yang selalu dikupas diketengahkan adalah pengorbanan ibu. Bila mengupas pasal ibu sampai menangis-nangis khalayak mendengarnya. Kalau ada forum perdana, sampai ada yang meraung-raung! (dan bila sampai umah derhaka balik kepada ibu, he he he). Cuma beberapa tahun kebelakangan inilah ia dah berubah, penekanan kepada pengorbanan bapa dah mula diperkatakan...satu perubahan yang positif.
Menjaga sebuah kapal bukannya mudah, terutama kapal yang besar (kecil pun bahaya jugak). Hala tuju dan kompas penting kalau tak karam di dasar lautan, mati semuanya. Dan lautan yang nak dilalui kadang-kadang dipukul gelombang besar, nama lagi lautan, bak kata Dayang dan JJ lautan mana tak bergelombang...?
Kena juga tadah air hujan untuk anak-anak kapal minum dan ajar anak-anak kapal mengail ikan untuk makan. Dengan kata lain sebagai ketua segalanya. Begitu juga kena ada kemahiran menjawab balik apabila adanya anak-anak kapal yang suka membantah atau asyik musykil.
Tapi yang paling merbahaya ialah adanya ikan-ikan duyung yang seksi yang menggoda sepanjang pelayaran. Dengan dadanya yang bidang, rambut yang hitam pekat dan ikal mayang, dan pinggul yang mengancam. Kalaulah nahkoda tergoda tentu anak-anak kapalnya merana.
Selamat hari bapa kepada yang rasa berjaya dan kepada yang tidak berjaya usaha lagi, mudah-mudahan berjaya.
Jan: Perahuku lilin layarnya kertas, cuba kurenang lautan ber`api'...sendirian...(pulak dah...)
Saturday, June 20, 2009
Tak ok, tak ok jugak...
Sms daripada kawan saya:
Kwn sy baru 2 minggu kawin, dh bosan..Ajak sy cari seks kt luar. Tu kawin umur dh 32 tu... Bercinta lama. Cinta dpt, seks dpt tapi tak ok gak..
Saya tak dapat nak komen dengan cara biasa iaitu `bukan semua orang macam tu...' Saya pilih jalan lain sikit. Saya balas juga sms tu tapi tak panjang lebar.
ok ke tak ok, kehidupan kita bukan diukur pada kawin ke tak kawin, kalau kita ok, oklah. kalau dah tak ok, kawin pun tak ok jugak.
Kebahagian itu ada dalam kehidupan, dan salah satunya melalui perkahwinan. Tetapi perkahwinan tak tentunya bahagia, ia maha hebat ujiannya. Saya cuba huraikan masalah di atas dalam penulisan saya ini.
Saya tau kita tidak kenal diri kita siapa kecuali kita diuji. Saya bimbang jugak kot saya ni yang nampak slow learner bila dah kawin bukan main bebasnya seks (rambang pulak). Tetapi masa kini selagi saya boleh pakai baju dan seluar sendiri (kalau dah telanjang dan gila tu kira lainlah) saya mempunyai pendapat sendiri. Maksud saya `ambil hal' atas apa yang berlaku pada diri. Jangan biarkan ia berlalu gitu je kerana sedangkan jika kita ambil pengajaran mungkin kita lupa juga nanti. Tetapi setidak-tidaknya kita usaha ambil pengajaran, guna akal.Apa yang terjadi di keliling kita, kita cubalah belajar, walaupun kita selo lener...
Ya, kita juga tidak kenal pasangan kita sehinggalah kita duduk serumah, hidup bersama, kongsi katil dan tandas bersama. Bila duduk hari-hari barulah tahu.
Dan bila berkahwin seguni tanggungjawab menunggu di hadapan, sekotak amanah dan seribu kejujuran diperlukan... Ada orang lelaki dia memang rimas dengan tanggungjawab, hidup nak enjoy je (bukan semua...mungkin kebanyakan kot, he he he)
Saya tidak tahu apa yang mereka cari sebenarnya...Sepatutnya bila kahwin jadi lebih cerdik dan bertanggungjawab, ada pembangunan diri dan tidak jadi bodoh, tetapi yang terjadi sebaliknya!.
Apa yang mereka cari ya, walaupun bercinta sejak diploma lagi, saling mengenali luar dan `dalam' tidak semestinya berjaya dalam perkahwinan. Lelaki mungkin cepat bosan kot atau memang lumrah bila berkahwin `gatal'nya meningkat (mengalahkan orang bujang).
Pasal cari seks kat luar ni memang biasa...terutama yang sudah ada duit banyak. Mengimbas kembali kawan-kawan saya yang berjawatan besar apabila kami berkumpul misalnya jumpa kat pesta buku antarabangsa, ada yang datang bersama perempuan muda bergetah seksi yang lain. Sedangkan saya kenal isterinya. Kawan saya yang menjadi pengurus besar dengan bangga mengumunkan kepada kawan-kawannya itu adalah kekasih terbarunya. Ah, malaslah nak cerita, sebab seks bebas ni bukan budak muda-muda sahaja yang buat... (kami biasanya sewa hotel yang sama ramai-ramai, tapi bilik masing-masing...).
Kembali kepada sms di atas. Bila dah kahwin kenapa jadi bosan ya? Pelik, saya yang tak dapat ni anggap pastilah bahagia dapat bertepek dan buat seks dengan orang yang kita sayang tak kira masa dan tempat. Tapi rupanya tidak semestinya kan.(tetapi kalau bosan tak kan nak beritahu ke bini kan, nanti dia kunci pintu bilik, sapa nak jawab?).
Saya lihat di sekeliling saya ada kawan-kawan kawin nampak ok belaka, alhamdulilah dan ada juga yang ketara menjadi lebih tidak baik (di belakang isteri).
Tanggungjawab terhadap pasangan dan anak-anak (jika ada anak) tu amat maha besar dan hebat, mungkin sebab itulah dalam agama pahalanya katanya 27 kali ganda.Cuma jangan dok kejar yang 27 tapi melalui proses perkahwinan itu hancur... kena tahu sebab apa sampai 27 kali ganda? mungkin nak imbang yang mana patut kan...(yang banyak hilang?)
Jan: Apa sebenarnya ya? ambil air sembahyang dah berkolah dah, solat lebat, solat hajat, tapi tang nafsu ya rabbiii...

Friday, June 19, 2009
Mengapa jankaulu?
Jankaulu adalah singkatan kata daripada `jangan kau lupa’ (JANgan KAU LUpa). Entah sesuai entah tidak untuk digunakan sebagai nama sebuah blog, saya tidak pasti… Ianya terpancul daripada mulut saya apabila Adnan tanya apa nama nak diberikan pada blog ini.
Saya terlintas nama `jankaulucik', nama yang selalu saya guna semasa jadi cikgu. Saya cuma saya buang `cik’ kat belakang maka jadi jankaulu.
Jankaulucik tadi mambawa maksud Jangan Kau Lupa Cikgu. Semasa menjadi guru saya selalu berpesan kepada pelajar saya di sekolah apabila sudah meninggalkan bangku sekolah jangan lupa pesanan-pesanan para cikgu mengenai kehidupan.
Tetapi tidaklah pula saya ingin berpesan kepada orang lain di dalam blog ini. Saya bukan posmen, he he he. `Jangan kau lupa’ tu adalah suatu pesanan kepada diri saya sendiri, dan juga mungkin kepada sesiapa yang terasa perlu dipesan saja kot, he, he, he.
Jan: Mengapa Simone? (Simone adalah nama gelaran terbaru saya kepada anak-anak saudara)

Wednesday, June 17, 2009
Temuduga Pelik...
DALAM hidup saya, banyak juga saya menghadiri temuduga. Saya pernah ditemuduga untuk menjadi pembantu di kantin Sekolah Agama Maarif, pernah juga temuduga untuk menjadi pemeriksa kertas jawapan STPM untuk Maktad Adabi, sehinggalah ditemuduga untuk menjadi tenaga pengajar di institute pengajian tinggi. Namun terdapat satu `temuduga pelik’ yang dijalankan oleh sebuah universiti awan.
Saya rasa terkilan sebab cara pengendalian temuduga tersebut tidak dijalankan dengan beretika dan profesional. Bukanlah sebab saya gagal dalam temuduga tersebut maka saya jadi jahat menempelak balik, tetapi sebagai seorang pemegang Master of Public Administration saya dapat menghidu banyak kelemahan semasa pengendalian dilakukan.
Sebuah temuduga sepatutnya dijalankan dengan penuh berwibawa, tetapi temuduga tersebut telah meninggalkan kebencian pada diri saya (saya bukan benci universiti berkenaan tapi cara temuduga tersebut dijalankan…). Pada hal hari tu saya siap pakai minyat rambut dan sikat rambut lagi! (perkara yang jarang saya buat, he he he)
Antaranya:
1. Tak tahu bangunan mana. Saya dapati tempat temuduga tersebut telah ditukar pada saat-saat akhir. Terkebil-kebil saya di dalam kawasan tersebut seperti tok iman masuk disko.
2. Tidak ada sesiapa yang sambut dan bermanis muka sekurang-kurangnya. Lain sangat semasa saya temuduga di Shahputra pekan, walaupun organisasi kecil (dulu kecil di Pekan) tetapi professional. Daripada mula saya telah disambut dengan hormat dan dilayan dengan mesra, penuh senyuman.
3. Tempat temuduga tidak sesuai, sempit. Sepatutnya carilah bilik yang selesa dan luas semasa temuduga. Biar nampak imej universiti. Maknanya kalau tidak dapat kerja pun calon akan bawa balik pengalaman cerita yang positif. Cuba bayangkan sebuah meja kecil dikongsi ramai-ramai...
4. Tajuk diberi pada masa yang sama. Saya adalah calon pertama, saya dah siap slide di pen drive lagi. Namun saya diberi tajuk lain dan masa 5 minit sebelum masuk ke dalam temuduga. Saya gelabah sangat. Dan pada masa yang sama semua orang diberi tajuk juga tetapi berlainan tajuk. Cuba imagine untunglah orang yang paling akhir sebab boleh prepare lebih. Ini tidak adil. Lebih baik biarkan peserta mod teaching tajuk yang sudah mereka sediakan, kan?
5. Mempertikaikan keupayaan diri saya. Saya memang tidak digolongkan dalam kumpulan yang pandai, kalau saya pandai sangat saya kerja kat Bank Negara! Mereka mempertikaikan resut saya, saya masih ingat lagi siap mereka tanya macam mana nak jadi pensyarah result teruk? Dia guna ayat `teruk’, teruk betul depa kan?
Kalau teruk tak payahlah panggil saya untuk ditemuduga…entahlah sedih pun ada. Mereka tak pandang langsung saya dah mengajar ekonomi ni dah lebih 15 tahun…, dah jadi darah daging saya (macam dialog drama swasta pulak…he he)
Saya rasa dipermainkan, ditelanjangi secara akademik. Sepatutnya kalau saya tak layak tak payah panggil saya temuduga dan permainkan diri saya depan orang ramai. Saya nak datang temuduga bukannya senang saya tak ada kereta apalagi bas… (baca dengan nada yang sedih..).
Sepatutnya tanyalah `Apakah usaha Simone supaya menjadi lebih baik memandangkan tidak berapa cemerlang masa first degri dulu?. Atau rekalah soalan-soalan yang elok sikit. Tak kan tak reti, tak kan tak pandai, ada tu dah ada PHD pun!, tak kan tak pandai buat ayat! Huh!
Jankaulu:
Moralnya: Setiap temuduga haruslah dijalankan dengan cermat dan berwibawa. Walaupun mereka mungkin tidak layak menjadi ahli organisasi kita, kita tetap mesti melayan mereka sebaiknya, memandang tinggi kepada mereka, seadilnya.

Pejam Celek
Pejam celek - pejam celek, sehingga kini blog saya sudah dilawati lebih 10,000 kali. Sebagai orang `kecil’ bukan penulis, bukan penyanyi, bukan ahli politik atau seleberiti program reality, jumlah ini sudah membuatkan saya gembira.
Mengimbau kembali semasa Adnan buatkan blog ini, saya ragu-ragu. Saya tanya Adnan ``Apa aku nak tulis ni, aku bukannya pandai menulis…’’
Pada mulanya penulisan blog saya hanyalah mengenai apa saja yang terlintas difikiran. Bila saya menulis dan membacanya semula saya rasa gembira. Letak pulak gambar-gambar, saya rasa ria. Saya berblog untuk diri saya sebenarnya, tak ada tujuan politik atau nak berdakwah. Itu bukan saya…
Namun saya mendapati ada juga yang mengikutinya. Saya tahu pengikut tersebut adalah kawan-kawan saya terutamanya yang berada di Kolej Shahputra. Mereka ini kawan-kawan yang sudah bertahun-tahun bersama saya, mengenali perangai baik dan buruk saya. Maka timbullah perasaan bahawa blog ini boleh dijadikan sebagai komunikasi saya dengan kawan-kawan saya (selain saya syok sendiri menulisnya, he he he).
Namun ada juga beberapa peminat misteri yang saya tak kenal turut mengikuti blog yang ciput ini. Contohnya saya diberitahu oleh adik perempuan saya yang bertugas di Ulu Yam bahawa kawannya suka buka blog saya. Begitu juga ada kawan-kawan saya beritahu yang kawan-kawan kepada kawan-kawannya ada membacanya (siap kirim salam pulak).
Terkadang saya rasa penulisan saya mesti dikawal dan ada kalanya saya rasa tidak perlu. Maksud saya, saya menulis dipengaruhi suasana hati saya. Kalau saya agak tertekan dan sedih, penulisan saya sedikit sebanyak menggambarkannya. Kadang-kadang bila membacanya semula malu pulak, sebab itulah ada beberapa post saya delete semula. Kalau saya girang ia juga dapat dikesan melalui penulisan saya.
Saya tiada pemikiran yang hebat macam sesetengah orang disekeliling saya. Maka sebab itulah penulisan saya bersahaja sahaja, simple dan kadang-kadang rasa tertanya-tanya. Cerita pun berligar kepada perkara yang sama juga, iaitu mengenai kehidupan manusia daripada kaca mata saya. Saya memang tertarik dengan manusia dan bagaimana tingkahlakunya bila berhadapan dengan perasaan dan emosi, juga kekayaan pelbagaian pendapat dan sikap terbukanya.
Mengenai binatang pula saya tertarik pada monyet… entahlah payah nak terangkan.
Mengenai pendapat-pendapat yang saya pernah utarakan, mungkin ada juga yang kurang bersetuju dan mungkin ada yang bersetuju dengan penulisan saya. Saya tak kisah sangat sebab saya bukan mencari persetujuan atau nak paksa orang mengikut saya. Kepada saya ketidaksamaan pendapat adalah lumrah.
Tetapi setiap yang bermula pasti berakhir. Tiada yang kekal, terutama apabila kita sudah mulai selesa dan tidak lagi rasa feelnya… Itu tandanya ia mendekati suatu pemberhentiaan…pengakhiraan. Entah bila saya akan berhenti berblog saya sendiri tidak tahu…
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang mengikuti blog ini. Sesiapa yang saya kenali dan juga sesiapa yang saya tidak kenali…
Pisang emas dibawa belayar'
Masak sebijik di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati...
Terima kasih…
Jan: banyak-banyak…

Tuesday, June 16, 2009
Alunan suara quran mak saya...
Lewat tengahari tadi semasa saya balik ke rumah, emak saya sedang mengalunkan bacaan al quran. Walaupun sepatah haram saya tak faham tetapi alunan itu memberikan suatu ketenangan. Begitu juga setiap malam hari bacaan ayat-ayat al quran yang dilagukan, gemanya memberikan suatu kelainan...
Biasanya yang beralun di ruang tamu dan umah saya adalah antaranya alunan suara Madonna, Kak Pah, ella, Search atau Rahim Maarof.
Alunan suara mak saya merdu di telinga saya, di kampung mak saya mengajar al quran di rumah kami. Dulu pernah juga saya menolong ibu saya mengajar budak-budak tu baca mukadang....Tapi entahlah saya tak minat sangat, masa tu saya tengah remaja giler...
Bacaan al quran tu satu perkara tetapi alunan oleh mak kita sendiri tu satu perkara lagi. Rasanya syahdu atau kadang-kadang sedih...seolah kabut serangkai mawar atau seribu mawar!
Saya tak tahu nak kata apa dan tulis apa untuk mengambarkan gelodak jiwa saya bila mendengarnya... saya terduduk pasrah selepas membuka kasut dan menanggalkan stokeng di hadapan pintu masuk...
Jan: Asal kapas menjadi benang..., benang ditenung hai kain menjadi kain, ahai...menjadi kain...

Fati singgah Muadzam...
Paris menyambutmu...
Apabila saya dah tahu Adnan dah ada di Bandar Muadzam, saya terus ke bandar untuk berjumpa mereka. Saya suruh Adnan tunggu dekat Pejabat Perhutanan. Adnan datang bersama dengan Mek Zue, Amy dan Kak Na.
Saya cari juga Zila, tapi tak ada, mungkin dia datang petang karang kot...
Saya bawak mereka ke kedai Mak Cik Bedah, sebelahan je dengan wisma sebab nanti mereka akan jumpa dekan, jumpa orang Hr, dan lapor diri sekaligus.
Saya lihat Adnan sangat bergaya. Dengan cermin mata barunya dia nampak macam doktor haiwan yang islamik. Kelihatan juga janggut dikemas rapi ala gaya semasa kumpulan nasyid. Tetapi sekali pandang ampak macam pegawai pendidikan DG48 pun ada. Dan beliau sempat juga beritahu yang bajunya memang baju baru. Kami duduk minum dan berbual-bual. Seperti biasa saya mengepau rokok Adnan sebatang.
Mek Zue pulak berbaju blaus hitam, menyerlahkan lagi kulitnya yang putih. Cuma kali ini mekap dimukanya agak nipis (dah insaf ke? he he he) tapi kalau orang dah manis tepek gandum pun lawa (Sila belanja ya, he he he). Amy seperti biasa seksi walaupun berbaju kurung, saya perasan mukanya nampak licin mulus, dia pakai Clinique ke?. Malu pulak nak tanya apa jenis facial foam dia guna. Tapi memang kulit mukanya nampak bersih, licin, lembut dan halal. Kak Na pula seperti biasa berbaju kurung bungaan kecil-kecil dgn pelbagai warna. Kak Na tidak suka berlebihan, dia simple je seperti selalu kita tengok kat kolej. Saya tidak perasan sangat hal-hal yang lain tetapi semua mereka memakai gelang emas, yang paling besar Amy (harganya lebih RM3K rasanya.
Selepas makan tu saya juga ke wisma nak mengesan dan mengambil borang yang ditandatangani oleh TNC, saya nak buat claim. Kalau dapat nanti bolehlah buat grill rumah baru, beli kerusi sofa dan pasang airkong. Di sana saya beritahu Adnan saya kena balik sebab pukul 11 ayah saya nak bertolak balik ke Besut. Tinggal mak saya sahaja menemankan saya.
Saya tiba di rumah dan rehat sikit, saya baring atas tilam depan tv, bila ayah saya nak bertolak upacara bersalaman pun tiba. Setelah kereta ayah saya hilang dari pandangan mata saya sebekkan diri balik atas tilam sambil sms Adnan nak tahu dia ada di mana. 5 minit kemuadian ayah saya datang balik, ayah saya tertinggal cermin matanya.
Selepas itu Adnan dan kawan-kawan datang rumah, mak saya menyediakan puding yang ada kuah (yang saya dilarang makan dengan banyak). Zue pulak ada bawak kuih popularnya iaitu kuih lapis dan kuih cara berlauk, sekali lagi mak saya menegah saya makan kuih lapis tu. Katanya ada santan... (memanglah ada santan kan, he he he).
Lepas sembahyang saya dan Adnan duduk berbual, sekali lagi saya mengepau rokok Adnan. Mek Zue, Amy dan Kak Na duduk lama dalam bilik mungkin sembahyang sujud syukur sekali sambil bertahlil? Tapi Adnan kata mereka mungkin bermake up...
Lepas tu kami ke Wawa Inn, dengan Fuzah sekali. Di sana Ja dan isterinya Anis sudah menunggu. Pada pendapat saya makanan di sini paling best dan harganya berpatutan. Bila kami mengabungkan meja, saya ternampak dekan juga ada di sebelah sana penjuru sedang makan entah dengan sapa, mungkin orang dari Bangi kot.
Masa makan ni seribu topik yang dikeluarkan, saya tak dapat bercakap banyak sebab kepala saya pening sikit, Kak Na tanya saya mengantuk ke?. Seronok juga dengar mereka berbual-bual. Sebenarnya pukul 3.30 saya kena antar mak saya pula ke hospital, dia nak ambil ubat darah tinggi dan lelah. Mak saya ada darah tinggi macam saya juga.
Ketika beredar daripada Wawa Inn, saya beritahu Adnan yang saya tak dapat ada bila mereka balik nanti sebab saya ke hospital antar mak.
Kepada kawan-kawan saya, saya ucapakan selamat datang.
Jan: Hari ini genap 2 tahun saya menetap di Paris (Muadzam Shah)

Kaki saya...
Saya merapatkan kedua-dua kaki saya dan berdiri betul-betul depan mak saya, lalu saya bertanya:
``Mak tengok kaki Abang ni bengkak ke?"
Saya memang perasan kaki saya dah jadi bulat, jari kaki pun montel-nontel. Saya bimbang la kot ada kaitan dengan tekanan darah tinggi saya ni.
Emak saya tunduk dan tekan-tekan dengan jarinya, lepas tu emak saya kata:
``Ini lemak, bukannya bengkak. Kalu bengkak lain bila kita tekan'' jawab mak saya selamba.
Jan: he he he.

Monday, June 15, 2009
Antara dua dunia...
Lagu ni katanya lagu lama, nyanyian kumpulan nasyid The Zikr. Saya tak pernah dengar lagu ni dulu. Saya tak layan nasyid sehinggalah saya kenal kumpulan Raihan.
Namun apabila saya beli Cd Yayadan oleh Tok Pah , ia jadi salah sebuah lagu Tok Pah dalam cd tersebut. Cd Yayadan dipenuhi dengan lagu ketuhanan, iaitu kecintaan terhadap tuhan. Best layan lagu-lagu ketuhanan dalam Cd ni...
Kira insaf jugaklah kejap, he he he. Tapi memang betul pada cinta sesama manusia yang kadang-kadang entah apa, baik juga renung lirik berunsur agama...
Jan: Agama adalah kepercayaan dan kepercayaan adalah...? jawapannya: SEGALANYA!
Jemput makan kerana khawin
Di kampung saya kalau ada orang yang baru kahwin dan kita kenal baik, kita akan jemput pasangan pengantin tu makan malam. Saya rasa mungkin tempat lain juga ada budaya sebegini. Kira kita sambutlah atau raikan pasangan pengantin baru.
Selepas makan biasanya keluarga yang menjemput akan hadiahkanlah sehelai kain batik kepada isterinya, atau kain pelikat kepada suaminya... saya rasa ini adat, entah orang lain gunapakai ke tak lagi. Sekarang dah moden, ada FB untuk war-warkan pertuangan dan perkhawinan.
Saya memang berhajat nak panggil Ja dan Anis makan malam rumah saya. Mereka adalah rakan sekerja saya yang baru bertemu jodoh di tempat kerja. Namun untuk menyiapkan masakan saya tak daya. Maka saya gunakan mak dan ayah saya untuk sediakan juadah. Masak biasa-biasa je, ikan bawal goreng biasa, ikan kembong panggang biasa, sambal belacan biasa, sayur air sawi biasa, telur masim biasa dan sambal daging biasa.
Yang lain sikit ialah daging kambing yang diterbangkan oleh sedara dari New Zealand. Daging tu saya panggang dengan oven yang kawan-kawan hadiahkan sempena hari lahir saya nan lalu. Saya tak boleh makan, namun ayah saya beri jua secuit bila saya kata `Sikit je nak, tak kan memudaratkan...'. Oh ya malam tu nasi saya yang masak.
Mak saya tambah pulak dengan buat puding berkuah.
Upacara makan tu berjalan dengan biasa, tak ada gempa bumi atau apa-apa yang haru berlaku. Saya lihat mereka berdua makan (sambil saya tumpang sekaki, ayah dan mak saya tak makan, mereka buat-buat tengok tv).
Tapi mereka tak duduk lama sebab Ja nak kena pergi mengurut sebab kakinya terseliuh. Katanya dia main Futsal. Dah tiga malam berturut Ja kena mengurut.
Jan: Selamat pengantin baru, bahagia ke anak cucu.

Pagi yang haru...dan pagi semalam yang biru.
PAGI TADI tadi semasa saya nak pergi kerja, ayah saya tanya bagaimana mahu buka bonet hadapan kereta Myvi. Alamak saya tak tahu... (Ayah saya datang dengan mak saya dari Besut menggunakan Myvi adik saya...)
Walaupun dah 3 bulan lebih, saya tak pernah buka tengok apa yang ada di dalam bonet kereta Myvi tu. Tapi saya pernah tengok dulu dalam kereta Kancil Kamal, berserabut dengan wayar-wayar dan ada tempat letak air...
Maka saya call Ja untuk membukanya...he he he.
PAGI SEMALAM pun merupakan hari ini dalam sejarah keranma saya bawak kereta ke tempat cuci kereta. Sepanjang saya pakai kereta inilah kali pertama. Saya pergi dengan Ja. Ja bersihkan keretanya kena bayar RM10, tapi Myvi saya yang kecil kena bayaran RM13. Saya hairan sebab kereta Ja besar. Entahlah saya tak faham hal kereta-kereta ni. Tapi saya akan belajar, bersungguh-sungguh.
Jankaulu: Sejarah mengajar aku...tentang ertinya hidup.

Friday, June 12, 2009
Shit happeng...
Penipuan itu kadang-kadang lebih menyakitkan daripada subjek yang ditipu… Namun kali ini saya memokuskan kepada material, bukannya jenis penipuan manis mulut yang membuatkan kita dilambung harapan dan perkara-perkara sewaktu dengannya, (dan selepas itu meraung? he he he).
Dalam hidup saya beberapa kali saya pernah ditipu. Saya tidak tahulah dalam hidup orang lain ada manusia tidak pernah ditipu oleh orang lain. Daripada pengalaman, saya belajar banyak perkara… (namun saya masih tidak berani untuk menyatakan saya tidak akan ditipu lagi…lagi dan lagi kerana makhluk berkaki dua sangat licik).
Apabila kita kena tipu, yang paling sedih adalah perasaan hilang kepercayaan itu sendiri bukannya pasal duit kita yang hangus begitu sahaja, atau barang yang kita hilang tu. Kita terkilan kerana manusia yang kita percaya menipu kita (sedangkan pada masa kita memberi pertolongan kita benar-benar ikhlas, tak harapkan apa-apa).
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1993 semasa saya menuntuk di UM (cerita lama…). Pada masa tersebut saya menyewa di Bangsar, hanya tahun pertama saya diberi kebenaran duduk di asrama, selepas itu saya `dibuang’ sebab tak aktif semasa duduk di asrama, he he he. Orang lain masuk Palapis saya masuk pertandingan gubah bunga...tak ke haru?
Walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku namun setiap kali saya tengok beg Adidas, saya teringatkannya. Beg jenama adidaslah beg ori pertama saya beli.
Orangnya baik, kawan kepada roomate saya. Dia bukan pelajar u tetapi selalu juga datang lepak kat rumah sewa, makan minum dan tidur sekali sekala. Kawan saya itu pun baik juga kalau tak baik tentulah saya tidak berkawan dengannya (di sini sepatutnya saya tahu yang kawan kepada kawan baik kita tu bukan tentu lagi baik). Orangnya stail jenis ustad, islamik sangat penampilannya imejnya ala Raihan bukan bukak-bukak macam Faizal Tahir. Dia hanya hendak meminjam beg Adidas saya tu, saya pun memberinya atas alasan dia kawan baik kepada kawan baik saya.
Tapi rupanya itulah hari terakhir saya melihat beg Adidas origanel itu… jodoh saya tak panjang dengan beg tu. Memang kini saya mampu beli 10 beg Adidas yang original dan mungkin lebih mahal lagi (ni bukan nak berlagak, he he he kena guna kad kredit jugak, hu hu) tapi keberahian nak beli tentulah sudah tak sama... Mata saya ni masih boleh nampak dengan jelas betapa cantiknya beg biru muda itu…ya lah terpisah dengan benda yang kita sayang memang menyakitkan.
Saya kumpul duit untuk mendapatkan beg itu. Saya juga tunggu duit loan untuk membelinya. Dan pada masa itu saya dah beria survey di Pertama komplek, Sogo dan Yoahan The Mall (tempat beli belah top pada awal tahun 1990an). Dan setelah 8 minggu saya barulah ambik keputusan yang saya nak beli yang origanal sebab senang, tak rosak sebab saya naik turun bas selama 4 tahun dari Besut dan Penghentian putra.
Saya tak sangka dia sanggup ambik beg tu dan tak muncul-muncul lagi...
Jan: Shit happeng…, theres always bitches and always bastards…

Thursday, June 11, 2009
Tekanan darah tinggi...
Mungkin saya terlalu banyak bekerja, terlalu banyak merokok, terlalu banyak berfikir?, tidor lewat dan makan daging, tekanan darah saya naik mencanak. Bila mak saya periksa, bacaan di atas mencecah 200 dan tekanan darah bawah 110.
Sebenarnya sebelum bermula majlis saya dah rasa pening, Dan dalam keriuhan majlis sepanjang saya cuti saya dapatkan rasakan betapa sakitnya kepala saya tetapi saya buat gembira je sebab ramai orang. Kalau boleh saya nak menangis dan beritahu mak saya, saya sakit kepala (sambil berpelukan) tetapi saya kena tahu saya berada di alam nyata bukan sedang shooting filem, he he he.
So saya kena jaga makan dan tidur dengan secukupnya, kat kampung saya tidur pukul 2 atau 3 pagi, he he he. Tapi bangun amat lewat. Sekarang saya dah okey dan boleh melompak katak dah.
Walau bagaimanapun percutiaan saya kali ini amat pelik. Saya buat kesimpulan saya tidak pernah seseronok ini apabila balik kampung (mengalahkan raya)dan saya juga tidak pernah sesedih ini apabila balik kampung. Saya tak reti nak terangkannya...
Jan: Pulak dah...
Tolong jangan hina haiwan!
Dalam post sebelum ini saya ada buat silap, saya rasa saya tak patut menghina haiwan...libatkan haiwan dalam kekecewaan dan kemarahan emosi saya. Saya tak nak jadi macam manusia lain yang hina haiwan.
Sebab pelik kan? kenapa hina haiwan?
Selama ini yang tikam saya dari belakang, yang tipu saya, yang hina saya, yang buat saya kecewa, yang bikin onar dalam kehidupan saya bukan haiwan...tetapi manusia!
Maka di sini saya nak minta maaf secara rasmi kepada pihak-pihak terlibat terutama persatuan pencita alam atau aktivis haiwan atas apa yang berlaku.
Saya mengaku haiwan adalah haiwan jua...haiwan tidak hina sebab mereka tiada akal, yang mungkin hina adalah manusia jua....
Jankaulu: Menyusun sepuluh jari..., Suka monyet...

Simone..dan sebuah kesedihan...
Bila saya tanya anak saudara saya berapa kali seminggu dia berjumpa dengan ayahnya, saya diberitahu sekali seminggu sahaja...
Saya gatal lagi bertanya " Rajin tak duduk atas riba ayah macam Pik duduk atas riba Simone (nama baru saya) ni?
Sebenarnya sebulan lepas saya nak ke mahkamah di Kuantan untuk tukar nama saya, tetapi selepas itu saya fikir tak perlu buat begitu. Saya cuma war-warkan kepada orang terdekat sahaja nama baru saya ni. Anak-anak saudara dan teman rapat ada mempersoalkan kenapa `simone'. Dan saya berilah tahu dua tiga alasan...
Ramai jugak yang tak setuju dan marah-marah atas cadangan nama ni. Ada yang sampai jatuhkan hukum pulak. Pelik kan ni bukannya nak tukar agama, dan yang nak tukar nama tu nama saya, bukan nama mereka...entahlah pelik sungguh gelagat mereka.
Kembali kepada cerita tadi...sebab itulah bila balik kampung saya selalu berjumpa dengan mereka, kadang-kadang bawa ke kedai makan. Mereka tiga beradik ni dah besar dan semuanya sudah bersekolah.
Kita tidak boleh kata budak-budak tak tahu apa-apa kerana semasa kecil inilah proses pembentukan fikiran giat bermula...
Saya harap mereka belajar rajin-rajin dan jadi orang yang bijak berfikiran terbuka. Dengan ada ilmu dan fikiran yang terbuka, ia dapat menolong kita. Kita tidak boleh harapkan kebahgiaan daripada sesama manusia sebab ada yang lebih hina daripada haiwan.
Jankaulu: Haiwan hina ke?

Nak bertanya tetapi terasa malu...
Mak saya kata jika kerana faktor kasihan seseorang itu tidak ditinggalkan tetapi jika kerana faktor sayang semata-mata seseorang itu mungkin akan ditinggalkan...
Saya malu nak tanya lebih pada masa tu tapi entahlah... Kalau diberi pilihan saya nak orang sayang kepada saya bukannya kasihan...
Jankaulu: Tapi saya tidak ada pilihan, kedua-duanya faktor tersebut tiada di depan saya pun, entah...

Tuesday, June 9, 2009
Esok balik dah...
Saya bangun lewat sebab nak elak daripada kena kemas umah dan basuh barangan majlis. Maklumlah bekas-bekas gulai lauk pauk sapa nak jawab? Saya lewatkan sebab saya juga tahu mak saya akan upah orang kampung merangkap kawan dia untuk setelkan apa-apa, namun ada juga saya kena basuh bocong gulai atas arahan adik perempuan saya.
Dan bila selesai saya ke Jerteh lagi. Rasanya inilah cuti saya yang paling banyak saya pergi ke Jerteh, biasanya saya duduk rumah dan jalan sekitaran sahaja. Nampaknya tiap-tiap hari gi jerteh. Saya beli berus gigi kerana dah beberapa hari saya tak berus gigi, saya juga beli pembersih muka sebab tak bawak balik hari tu. Muka saya yang berharga ini saya basuh dengan lux sahaja...
Saya juga mengikut adik saya ke Kuala Besut, dia nak beli kerepok. Saya pun tumpang sekaki juga beli dan nak hadiahkan kepada orang-orang tertentu.
Malamnya tibalah kepada acara berkareokea, Saya bawak lagu inggris kali ni tapi lagu-lagu lama dari koleksi VCD kareokea ayah saya. Saya nyanyi dengan perasaan sekali, saya tahu suara saya tak besat dan ada kemungkinan besar lari tempa...tapi saya sangat pasti saya lagukannya dengan penuh perasaan, perasaan yang mewakili keseluruhan kekecewan rasa hidup saya...(pulak dah).
Anak-anak saudara saya pilih lagu rancak-rancak. Kami bernyanyi sampai pukul 2 pagi lebih. Lepas tu saya terpaksa tidur sebab esok nak bangun pagi, nak bertolak...ke Muadzam.
Jankaulu: tak tahu nak cakap apa dah...

Monday, June 8, 2009
Hari keempat...hari Aqikah
Dengan perasaan ngeri berbaur kesian, saya melihat orang-orang kampung dengan penuh gaya menyiat-nyiat kulit si lembu tu hingga tinggal bogel putih tanpa kulit. Masing-masing ambil bahagian masing-masing. Beberapa orang bekerja sekaligus mengupas kulit tinggal isi je. Saya tidak menolong sebab saya tak reti nak buat, kupas bawang bolehlah...atau buat puding...
Sebenarnya lembu tersebut disembeleh di tepi padang dan dibawa ke rumah adik ipar saya untuk diproses dan dimasak...saya lihat lembu tu antara kesihan dan sayu...tapi bila buat gulai kampung nanti tentu best kan...?
Selepas melihat upacara agama tadi (akiqah), saya ke Kuala Besut untuk beli kuali besar yang bersaiz 30. Harganya RM135, saya buat gatal-gatal dan mengada-ngada dapatlah dengan harga RM100. Saya ni memang jenis tak tahu nak menawar-nawar. Lagipun saya tengok muka penjual itu hitam, saya kesian kerana saya teringat kepada seseorang...(pulak dah...)
Sibuk betul saya hari ini sebab banyak benda nak dibuat, angkut sana-angkut sini. sekejap ke kedai beli itu dan ini. macam nak beraya pulak...
Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat adalah sunnah muakkadah, ia tak wajib dan ini adalah pendapat Jumhur Ulama, berdasarkan anjuran Rasulullah “Bersama anak laki-laki ada aqiqah, maka tumpahkan (penebus)darinya darah (sembelihan) dan bersihkan darinya kotoran (Maksudnya cukur rambutnya).” (HR: Ahmad, Al Bukhari dan Ashhabus Sunan.Dan untuk
Maka kalau berduit tu buatlah, kalau tak berduit tu tak buatlah kan. Hal-hal agama ni tak ada paksaan kalau tak mampu kan, he he he.
Dan lagi Ummu Kurz Al Ka’biyyah berkata, yang artinya: “Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam memerintahkan agar dsembelihkan aqiqah dari anak laki-laki dua ekor domba dan dari anak perempuan satu ekor.” (Hadits sanadnya shahih riwayat Imam Ahmad dan Ashhabus Sunan)
Juga dari Aisyah Radhiallaahu anha berkata, yang membawa artinya: “Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam memerintahkan mereka agar disembelihkan aqiqah dari anak laki-laki dua ekor domba yang sepadan dan dari anak perempuan satu ekor.” (Shahih riwayat At Tirmidzi)
Akiqah ini untuk anak sedara perempuan saya yang tinggal di ulu yam, selangor tapi dilaksanakan di Besut. Saya bercuti pun khas untuk majlis inilah.
Pada malamnya jemput orang surau sembahyang hajat. Bagus jugakan setelah hampir 3 malam ruang tamu rumah saya dah jadi macam kelab karokea kini dibersih kemas dan digubah semula untuk acara yang lebih islamik sifatnya. Dengan hamparan sejadah di ruang tamu jadi syahdu pulak rasa...insaf sekejap.Dan kesyahduan tersebt betambah lagi dengan kehadiran langsir baru, hu hu hu.
Untuk hari khas ini saya telan 2 bijik pil darah tinggi sebab semua anak saudara saya berkumpul. Mereka lasak-lasak dan tak boleh dikawal walaupun oleh ibubapa mereka sendiri, contohnya kerusi untuk duduk tetapi mereka berdiri dan panjat-panjat. Dan ada juga anak saudara saya yang kata saya ni nampak macam orang gila sebab rambut tak bersikat kemas.Mereka seolah tak tau saya ni salah seorang pensyarah di salah sebuah u terkemuka, mengajar ekonomi Malaysia lagi dan teks ucapan saya pernah dikeluarkan di luar negara. Tapi mungkin saya nampak komang je, mereka tak hirau...
Anak-anak sedara saya muka ada mirip macam cina, bangla dan Melayu Proto, nasib baik ada juga yang handsome macam saya, maka adalah juga keturunan yang bawak gen handsome (tapi bimbang pulak takut tak cemerlang belajar tok jadi ngaji).
Saya agak kekok membawa watak saya sebagai seorang manusia pada malam tersebut sebab ada 3 kelompok iaitu perempuan di dapur, budak-budak di dalam rumah dan geng islamik di anjung rumah. Entahlah, saya tak pandai bergaul sangat. Yang saya ingat ialah malam tu saya kena kelihatan seislamik mungkin, para tok iman ada kiri kanan, harap-harap janganlah ada yang nak buat saya jadi menantu mereka....saya bosan.
Tapi saya buat jugak konon-kononnya tengok bekas buffet tu takut gulai dah tak ada, kalau tak ada saya ambik tambah. Sekali sekala ada juga tanya sepupu-sepapat dah semester berapa dan lain-lain...kira bercampur sosial lah jugak. Masa menadah doa saya berdoa juga agar anak-anak sedara saya yang ambik exam taun ni berjaya, he he he.
Lenguh giler bila ada majlis-majlis ni kan, saya lihat muka adik perempuan saya bgembira sebab segalanya berjalan lancar dan memuaskan hatinya. Mulanya takut jugak sebab takut orang tak datang, lagipun ayah saya dah tak bergiat cergas dalam UMNO, dia sibuk menguruskan tanaman lada. Dan mak saya pun memang macam saya, iaitu tak suka pergi majlis orang...he he he.
Jan: Meriah majlis ini...burung-burung berkicauan, sanak saudara yang ada turut rasa gembira (sambil menyepahkan rumah...)selamt kuucapkan kepadamu, semoga berbahagia selalu...kan kubina hidup baru...

Sunday, June 7, 2009
hari ke tiga
saya ke bandar Jerteh lagi dengan adik perempuan dan adik ipar saya. Saya beli beg duit RM10, he he he. Mamat yang jual beg duit tu terpinga, mungkin dia hairan sebab sehandsome saya guna beg duit harga RM10 je.
Semasa cari gerai tu saya pergi dengan anak saudara saya najib, dia sekarang meningkat dalam pelajaran, saya harap dia dapat semua A dalam mata pelajarannya. Tapi saya bimbang pula sebab dia handsome, orang handsome jarang cerdik belajar kan? Jarang yang ada kedua-duanya macam saya dan Adnan (mulanya saya saja tapi adnan nak jugak...)
Adik saya beli beras pulut, saya ingatkan dia nak jampi suaminya tapi rupanya dia nak buat pulut kuning, nak beri ke tok iman dan kuncu-kuncunya pada malam akikah nanti.
Balik dari jerteh kami angkut bekas buffet pulak dari rumah adik ipar saya.Nak buat akikah esok. sembeleh sekor lembu sahaja, majlis kecil sahaja, tak jemput ramai orang.
Petang saya kemas rumah, alih almari antik kayu cengal. Saya pernah beritahu ayah saya kalau dia mati saya nak almai antik tu. Almari tu besar dan cantik.
Petang itu juga saya buat kerja translate, ada hamba allah minta tolong buat, he he he. Kat tempat kerja saya, sayalah yang selalu minta kawan saya buat...hehehe
Saya masih tidak dapat menulis dengan baik...dada saya berasap...saya rasa sedih dan sunyi...saya tak dapat bercerita dengan elok...
Jankaulu: Kalau saya kaya dan handsome tentu nasib saya akan berlainan...tapi tak tentu lai kan,,,

Hari kedua...
Hari ini saya menemankan adik perempuan saya ke Jerteh. Dia nak beli langsir baru. Kami nak siapkan langsir tersebut sebelum majlis akikah isnin ni. Langsir lama bukannya tak boleh pakai tapi...coraknya tak sesuai. Cakap pasal langsir ni memang dia mengaku dia buat silap sebab pilih kaler dan corak yang tak sesuai untuk rumah di kampung.
Masa tu adik perempuan saya tengah gila fesyen ala inggeris so dia beli kain langsir yang ala ingeris sedangkan rumah makbapak kami rumah ala kampung gitu...
Dalam perjalanan ke Jerteh kami imbau zaman remaja kami. Saya masa tu giler buat rambut, dan adik perempuan saya pun buat juga, dulu top rambut ala maggie tu. Saya giler buat rambut keringting, ustad sekolah tak tegur pun, he he he.
Nak sampai ke jerteh memang trafik jem, ramai kereta musim cuti sekolah.
Bila sampai jerteh mula la ke satu kedai ke satu kedai pilih langsir. Rata-rata harga mahal dan tak ada pilihan. Akhirnya kami beli juga yang murah je iaitu RM5.80 semeter. Kami beli 30 meter. Nak buat langsir bahagian depan rumah je.
saya juga bercadang nak tukar tikar getah bila hari raya. Walaupun kat rumah hanya ada emak dan ayah, biarlah rumah elok sikit kan...
Jankaulu: Saya minta maaf sebab penulisan saya kurang jiwa...banyak nak tulis tapi...entahlah

Saturday, June 6, 2009
Hari pertama...cuti sekolah.
1. Saya bangun pada pukul 12 tengahari...cadang nak gi pasar minggu Kuala Besut berkubur nisan. Adik perempuan saya saja yang pergi.Sebenarnya rugi besar kalau balik kampung tetapi tak menjenguk pasar minggu tersebut.Meriah giler...
2. Lepas makan tengahari saya tidur balik sampai pukul 3 petang lebih rasanya. Bila bangun saya makan lagi. Makanan banyak atas meja.
3. Lepas tu saya join berkarokea bersama anak-anak sedara saya, mak saya pun join juga siap nyanyi lagu Ramli Sarip ` Doa buat kekasih'. Saya rasa lagu tu dah dinyanyikan dengan tempo yang salah, Ramli M S je tahu kot.Mak saya gubah suara, anak-amak saudara saya kata suara mak saya lebih serak dari Ramli Sarip.
4. Saya pula bawak lagu Ella `Layar impian' dan disusuri lagu Bloery Marantika dan Dwi Yull `Jangan ada dusta'. Saya bawak dengan penuh perasaan, namun macam biasa saya rasa rosakan lagu tersebut, he he he.
5. Bila petang sikit ayah saya bawak anak-anak sedara saya (cucu ayah saya) mandi kolam kat resort berhampiran rumah.Kalau cuti sekolah beginilah rutinnya. Rumah penuh anak-anak saudara. Mereka naik kereta ke resort yang ada kolam mandi. Saya naik motor berbonceng dengan najib (anak sedara), gi Pantai Bukit Keluang.
6. Lepas tu baru singgah juga tengok anak-anak sedara mandi kolam. Bukan main mereka mandi, macam itik dapat air atau macam gelagat kita bila dapat gaji.Macam Nabil dapat anugerah, terus lupa situasi...
7. Balik dari melihat anak-anak sedara mengolam, saya cantas pokok pisang di hadapan rumah dan di kiri kanan rumah. biar nampak terang sikit. Saya biarkan saja daun-daun tak terkumpul, nanti kering saya usung buang.
8.Malamnya saya bermesyuarat dengan adik saya nak tukar langsir rumah mak,nak tukar tikar getah, nak tukar ini itu kerana kononnya dah nampak tak elok. Kami cadang kosnya dibahagi dua nanti.
9. Lepas tu saya berkareokea lagi, saya bawak lagu Salem pulak dah...amboi lagunya sedih dan bertambah sedih bila saya nyanyikannya (atau rosakannya?, hehehe).
10. Best jugak balik kampung, kita jadi kita balik...saya dah tak sedar umur saya dah 39 tahun, dan masih solo!
11. Isnin esok lusa, kakak saya dan keluarganya pula balik balik. Semua akan berkumpul. Kakak saya hasilkan 2 anak, semuanya lelaki. Ya allah nanti keadaan tentu tak terkawal...Tapi best kan...
12. Kita patut bersyukur sangat2 kan bila ada keluarga, ada orang tu kan dia ada keluarga tetapi dia tidak hargainya...dia hancurkan harapan keluarganya, dia ikut nafsu dan pentingkan diri dan kemahuan diri...
13. Malamnya saya pau rokok ayah saya, rokok daun sedap juga tapi perit tekak, sambil dengar lagu allycat , saya mengimbau pencapaian dan tidak capaian hidup saya...suka duka, gembira tawa dan sedih...
14. Ketika saya buat post ini, saya lihat ayah saya dah tidor di hadapan tv, mak saya pun dah tidor dalam bilik bersama cucunya. Semua orang telah tidor. Saya pun dah nak tido, bai-bai...
Jan: Mengapa mentari masih bersinar dan burungan terusan menyanyi?

Thursday, June 4, 2009
Celaka cinta...
" Some people say money is the root of evil...but for me, love is more harmful than people thought...it's make even worse for any kind of self-destruction... Mankisue cakap lepas sahaja ke muka Prof Dr Shahidam. Mankisue memang sudah naik menyampah dan benci bila dr tersebut asyik menyindirnya setiap kali mereka berjumpa... Kali ini dia memang tidak tahan dengan sindiran yang diterimanya. Biarlah dia hidup sorang tanpa cinta, dia tidak menyusahkan orang di sekelilingnya....
Jan: ...tapi Sheila Majid kata apalah erti hidup ini tanpa cinta, kasih dan sayang... he he he

Wednesday, June 3, 2009
Menahan rindu...
Apabila balik daripada lawatan kali ke 7 di rumah Indera Sempurna. Saya selalunya membandingkan keprogresan rumah saya. Saya meneliti gambar-gambar saya yang dipukul.., saya sedari kelihatan sedikit kurus (saya harap saya tak perasan...) berbanding pada masa mula-mula rumah ini dibina. Tapi mungkin kerana potongan rambut dan baju kot.
Lantas selepas itu saya pergi timbang dan memang dah tak sampai 80kg!
Patut la Puan Sue (bini Adnan) ada tegur masa majlis perkahwinan Ja di Pekan tempohari, katanya saya kurus sikit. Saya terus yakin dan percaya, sue tak pandai berbohong.
Jan: Kurus bukan kerana tak makan...
Balik Kampung...
Hari ini saya akan balik kampung seminggu, di Besut, Terengganu. Saya balik menumpang adik perempuan saya.
Saya masih tak diluluskan oleh keluarga untuk pulang memandu endiri. Saya bawa ke Kuantan pun tak lulus lagi. Cara saya memandu membahayakan, kata seorang kawan saya semasa saya bawa kereta ke Kuantan bersamanya. Terutama semasa saya mengikut lori-lori, katanyalah...
Balik kampung best sebab kita rasa seng of belonging. Bila balik, saya nak:
1. Rehat puas-puas, tak nak fikir pasal kerja. Kerja bertambung dan tak habis-habis.
2. Tidor puas-puas selama seminggu. Tak larat rasanya bangun seawal 6 pagi dan menunggu mentari muncul. Pagi hari dah membelah hutan Muadzam, mencari rezeki.
3. Tengok laut puas-puas. Saya nak dengar orang nyanyi di resort tepi pantai puas-puas...Saya nak mintak lagu kegemaran saya.
4. Nak bina hidup baru, walaupun perit kehidupan kena diteruskan, kan? Nak pulihkan maruah diri. Nak anggap diri ini lebih berharga... walaupun di mata orang jadi barang permainan...(pulak dah).
Jan: nak rehat...

Aku bersumpah...
Monday, June 1, 2009
My Heart Will Go On...
Every night in my dreams
I see you, I feel you
That is how I know you go on
Far across the distance and spaces between us
You have come to show you go on
Near far wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on
Love can touch us one time and last for a lifetime
And never let go till we're gone
Love was when I loved you
One true time I hold you
In my life we'll always go on
Near far wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on
You're here, there's nothing I fear
And I know that my heart will go on
We'll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on
Jan: Saya suka benar lagu ni...sukar nak saya gambarkan kenapa...entahlah. tapi saya tahu ramai orang lain juga suka lagu ni dan saya tahu kenapa...
Hari ini dalam sejarah: Pintu rumah
Tengahari tadi, tengah2 syok kira carry mark dalam bilik office, sambil layan lagu `seribu Mawar' sekoyang-koyang B masuk bilik saya menanyakan. Adakah orang di rumah saya. Saya tanya pula kenapa dan B beritahu yang pintu sliding door tak tutup.Dari pagi sampai tengahari dia balik pun masih terbuka.
Saya terpegun sejenak, dah dua tahun saya kerja tak pernah lagi berlaku begini... Apakah tandanya ya? Tapi yang pasti saya cuai. Saya terus bergegas balik dan memang sah! tak tutup!. Saya masuk sekejap minum air nescafee dari peti ais. Saya lihat dapur tak kemas dan tak ada makanan, memang sah saya perlukan tukang masak. dan memerhatikan pula keadaan di dalam rumah yang berkubang. Memang sah saya kena ada orang gaji....sempat saya menjenguk ke kamar tidur, huh tak ada sesiapa bergaya seksi...adakah saya perlu...huh!
Dan pagi tadi bila saya nak bayar bil elektrik rupanya dah 4 bulan saya tak bayar. Slip entah kemana, saya ambik slip yang lama dan pergi kedai tenaga. Saya tanpa rasa malu bertanya berapa bulan sebenarnya saya miss bayar.Dia kata 4 bulan!
jan: hari ini dalam sejarah: Aku mula mahu melupakanmu terus!

Sex in the city versi Melayu islam kita...
Kalau kita dengar cerita, ada cerita sang isteri walaupun kena sepak terajang tetapi masih lagi sayang kepada suaminya. Walaupun terpaksa pikul biawak hidup dan merana masih lagi dapat bertahan diri.
Dan cerita2 begini bukan ada satu, bukan dua atau tiga yang kita dengar dalam masyarakat kita. Kira dah biasa sangat kan... Janganlah kata tak baik pula `cara' dalam kain orang (sebabnya daripada rumahtangga berantakan ini mungkin lahir masyarakat yang berpenjenayah. Saya sebut sekali lagi, mungkin).
Saya tak tahu nak kata apa dalam perkara di atas. Perempuan mungkin sifat dia begitu. Lain kot dengan sifat lelaki kot, mereka tak akan dapat bertahan jika isterinya menuju negative sama ada sifat atau fizikal (wahama berat badan isteri meningkat pun…, he he he ampun).
Tak adil ya, tentu ada yang marah sebab saya hidup solo tetapi bila menulis macam sombong sangat macam dah 8 kali berumahtangga. Tetapi bukan niat saya untuk ego, kalau nak ego saya tak menulis dalam blog, saya bukan macam seorang kawan saya yang bila menulis tentu saja pasal kebanggaan diri (sebenarnya kebangangan diri, he he he).
Kembali kepada si isteri tadi… bekas sedara lelaki saya ada kata orang perempuan memang begitu majoritinya, kalau suaminya ceraikan dia dan kawin lagi, walaupun dah berlaku perang besar, maki hamung dan naik turun mahkamah, di lubuk hatinya masih sayang kat bekas suaminya!!!. Hairan saya makhluk ini. Tapi itu suatu yang positif ke negative?
Bekas saudara saya tu beritahu saya hal tersebut apabila dia bertandang ke mahkamah syariah dan menemuramah perempuan-perempuan yang turun-naik tangga mahkamah tu. Pasti perit menahan seksa kan…sebab dalam masa yang sama masih sayang (he he he). Nak kena tabik ke orang macam ini? atau mereka bodoh atau kita buat macam biasa, iaitu tak payah fikir tumpukan pada pasal cari duit dan berjimat je sepanjang hidup kita...he
Saya tak berniat nak merendahkan mereka. Dan saya juga tidak ada niat nak tabik kepada mereka. Cuma nampak sangat tak rasional kan bila bab-bab kasih sayang ni. Tak senang untuk beralih daripada sayang kepada benci dalam sekelip mata kan, apatah lagi bila dah lama hidup bersama…bersebumbung, bersebantal dan bersetubuh...
Jan: Teringat kata-kata Samantha `I love you but i love myself more...! he he he
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)