Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Budaya. Show all posts
Showing posts with label Budaya. Show all posts

Friday, June 25, 2010

Wau...

Melihat sekumpulan budak bermain wau (layang-layang), terus teringat sudah lama benar saya tidak menikmati nikmat bermain wau. Semenjak dewasa banyak hambatan lain yang lebih perlu...semua menjadi semakin serius dan bukan main-main. Paling akhir saya bermain wau kalau tak silap masa tingkatan 4... itupun bukannya wau saya punya.




Wau-wau...


Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis layang-layang dipanggil wau. Main wau popular di pantai timur, mungkin sebab cara hidup dan tiupan anginnya molek berbahasa. Dalam phasa kehidupan kami terutama zaman kanak-kanak, kami bermain wau. Namun begitu adakalanya wau juga merupakan hobi yang serius kepada sekelompok golongan yang dewasa.



Saya belajar membuat wau yang ringkas semasa di sekolah rendah. Dulu taklah macam sekarang, tuisyen petang sampai malam...he he he, kami tahu berseronok. Masih ingat lagi betapa terujanya saya dan kawan-kawan sebab cikgu janji nak ajar buat wau dalam kelas. Apabila sampai ke rumah terus saya beritahu ayah yang 'cikgu nok buluh peleting". Sejenis buluh yang kecil untuk dibuat rangka wau tersebut. Saya dan kawan-kawan pakat beli kertas nipis berwarna, beli benang dan gam.



Bersama cikgu kami buat ramai-ramai. Selepas itu kami berlari ke padang sekolah main wau. Saya ulangi kami berlari, dan cikgu juga berlari dari belakang sambil bertempik marah. Alangkah indahnya. Wau yang kami buat ringkas sahaja tetapi terbang tinggi juga...



Main wau best, best bila kita dapat kawal wau tersebut. Best kerana kita seolah dapat `capai' wau tersebut di awam. Bila pegang tali rasa bangga benda yang jauh di atas itu adalah wau kita. Saya tidak tahu adakah kehidupan budak-budak terkini masih ada phasa bermain wau dalam hidup mereka. Anak saudara saya ada yang asyik main playstation, ada yang bela arnab dan ada yang suka baiki basikal.



Wau yang paling famous adalah wau bulan...sebab bentuknya macam sabit pada bahagian hadapan dan separa bulat pada bahagian ekor. Nampak macam bulan di angkasaraya. Namun ada juga wau lain seperti wau kucing, wau merak, wau burung, wau puyuh dan macam-macam lagi.



Permainan wau ini sudah lama entah bila mulanya. Dikatakan dikatakan semenjak wujudnya kerajaan Serivijaya, sudah ada permainan ini. Kalau tak silap saya dalam buku Sejarah Melayu pun ada disebut hal main wau ini. Cara permianan pada masa itu sangat serius dengan unsur magis dan patang larangnya...



Dua orang pakcik sedang bergaya dengan wau bulan besarnya...


Orang yang lebih dewasa suka main wau bulan, saiznya wau bulan lebih besar berbanding wau lain. Lebar ada yang sepanjang 2.5 meter dan tinggi 3.5 meter. Bila besar senanglah kita nak lihat coraknya. Mereka pilih warna terang dan corak yang cantik berawan larat. Dan ada diletakan busur supaya berbunyi.


Wau Merak


Kadang-kadang diadakan pertandingan main wau di pantai timur. Namun saya tidak tahulah kini masih ada lagi ke pertandingan sebegitu. Kalau ada pun mungkin tak selalu sebab orang zaman sekarang tak suka main-main, mereka suka serius-serius, he he he.


Jan: bagai wau putus talinya...

Wednesday, August 26, 2009

Songkok







Kalau pemuda santun berbaju Melayu dan berkain songket kenalah bersongkok pulak. Ewah-ewah bergayanya orang Melayu. Cantik mata memandang bila bersongkok, menambah segak.
Ramai juga orang Malaysia suka pakai songkok, tetapi songkok bukan sahaja dipakai orang Melayu di Malaysia ia juga dipakai di Indonesia, Singapura, Brunai, Filipina dan juga Thailand. Ia dah seolah adat pemakaian rasmi di kawasan Nusantara Melayu ini.

Songkok ni ada banyak jenis. Ada yang tinggi dan ada yang lepeh je. Ada yang keras dan ada yang lembut. Ada yang besar dan ada yang kecil. Kalau kepala bersaiz besar kenalah cari yang berpadanan. Ada saiznya. Kain buatan biasanya baldu.



Dari segi warna biasanya pilihan adalah warna hitam atau biru gelap. Dulu Sudirman suka pakai songkok warna ikut baju Melayu yang dipakainya. Tapi rata-rata orang kita pakai warna hitam, kalau nak sangat kelainan ada yang pakai biru gelap.



Nampak sangat tak bersalah bila adik ni pakai songkok, rasa nak beri duit raya je kan?


Songkok ini kira jenis topi jugak, boleh jadikannya sebagai penambah gaya dan adat kepada orang Melayu.
Pada hari raya ramai orang pakai songkok bersama baju Melayunya. Selain itu jika ke masjid, selain kupiah ramai juga yang pakai songkok. Orang juga pakai songkok bila nak gi jenguk orang yang meninggal. Tapi kalau nak gi lawat orang mati kenalah yang biasa-biasa sahaja jangan dililit pulak dengan reben yang cantik atau bungakannya... kan.



Kalau kita beli songkok biasanya dapat bekas songkok supaya dapat disimpan dengan elok. Saya selalu jugak beli songkok dan lepas tu hilang begitu sahaja dengan bekas-bekasnya sekali. Hairan kan. Mungkin saya jarang pakai kot atau memang saya tak minat?



Ni gambar raya tahun lepas, kakak saya dan suaminya sibuk menyiapkan baju Melayu dan songkok anak-anak mereka untuk sesi bergambar luar rumah.
Kesimpulannya, songkok boleh juga dikatakan satu pakaian budaya. Kalau nak pakai tanjak di kepala nampak over pulak, lainlah kalau majlis kita nak kawin. Pemakaian songkok ini melambangkan kita juga merupakan satu bangsa yang ada tertib terninya, bukan bangsa yang bersembrono. Kita ada tamadum dan warisan jejak budayanya.
...sekian



Jan: Tahun lepas raya pakai kepiah je...

Kain Songket

Pemuda pemudi kalau berkain songket

Alangkah indah berseri bertambah cantik

Kain lah songket tenung Melayu

Mula asalnya dari Terengganu




oh abang yang manis

oh nona yang lawa

pakaian kain songket

pakaian budaya




Kain songket pakaian anak Melayu

tapi sayang tak boleh pakai selalu

kerana jemu mata memandang

tidak seperti batek basahan

berbagailah macam

boleh digayakan

setiaplah hari jikalau berjalan




Sungguh banyak dipakai masa hari raya

miskin kaya kecil besar tua muda

apalagi yang lelaki tua

bila berjalan dengan kaki tiga

tersenyum pula sambil ketawa

sayang sedikit giginya dua....






Cantik kan? Tenunan halus. Kalau orang malas macam kita ni, mau makan 18 purnama baru siap kan? he he he. Tenung ni kena berhati-hati tok leh cakdus.



Lagu raya nyanyian Puan Sri Saloma di atas bukan sembarangan lagu raya yang selalu kita dengar. Ianya mengenai kain songket yang dialunkan dengan muzik Melayu asli (mungkin unsur joget kot). Jauh benarlah mutu dan mesej yang nak disampaikan jika kita nak bandingkan dengan lagu hari raya zaman kini yang biasanya berkisarkan kepada makanan dan kemeriahan raya, bermaaf-maafan.


Yang bunga-bunga pun ada khas untuk Mat dan Minah Bunga...he he. Terkadang songket ni ada nama. Mungkin nama `bunga-bunga cinta' kot. Kalau ada duit saya nak tempah kain songket tajuk `Kasih tak sampai'...he he he




Kalau dilihat daripada lirik di atas saya tumpang bangga sebab asalnya dari Terengganu. Kain songket juga digambarkan tak boleh pakai selalu. Entah apa maksudnya tetapi memang kain songket biasanya dijadikan pakaian rasmi sahaja. Bukan boleh tiba-tiba nak pakai sahaja. Contohnya bila hari raya boleh dibuat samping.
Kain songket ni menambah seri dan memberi seri. Contohnya pemuda yang pakai samping kain songket benang emas dan perak akan nampak aura serinya walaupun muka macam ayam belanda je...tapi tetap akan nampak handsome dek aura songket tu. Entahlah betul ke tak. Just imagine jika saya pakai? Mesti handsome berganda kan? kan? (he he he, jangan marah gurau je...).


Lirik di atas jugak ceritakan pak cik tua yang bergigi dua pun nampak handsome dan bergaya bila berkain songket apatah lagi saya yang muda...(he he he, jangan marah sekali lagi ya...).


Pilihlah satu ke dua, (kalau ada duit...). Belilah satu untuk ditunjuk ke anak cucu nanti di kemudian hari...




Saya bercadang jugak nak beli sehelai kain songket yang bermutu tinggi. Namun harganya juga tinggi, he he he. Kalau boleh nak yang boleh dipadankan dengan pelbagai warna baju Melayu. Tetapi kalau nak yang eksklusif harga yang sangat tinggi.
Jadi mungkin saya sambar yang biasa-biasa sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kain songket ni kita boleh rujuk sepintas lalu di "http://id.wikipedia.org/wiki/Songket". Tetapi tak banyak info yang ada di situ, mungkin kena cari buku yang ditulis pasal kain songket ni. Kita orang Melayu patut berbangga dengan pakaian budaya ini.


Saya minat yang ni... cantik macam anak raja kalau pakain nanti .




Teringat kain songket yang Ustad Ahmad beli. Dulu masa Ustad Ahmad nak kawin, beliau ada beli kain songket tenunang Pahang dengan Normad ( masa di Pekan dulu). Cantik sangat, harganya pun dah mahal....


Ya lah kan, kalau ada kain songket bolehlah cari awek ajak kawin. Contohnya bila jumpa awek kat mana-mana beritahu yang kita nak berkenalan dan terus ajak kawin sebab kita dah ada kain songket. Beritahu dia kita dah beli pun kain songket tersebut. He he he.


Jan: sedang menunggu seseorang hadiahkan sehelai songket mahal (tahun ni masuk dah 7 tahun menunggu...he he he)



Monday, June 15, 2009

Jemput makan kerana khawin

Di kampung saya kalau ada orang yang baru kahwin dan kita kenal baik, kita akan jemput pasangan pengantin tu makan malam. Saya rasa mungkin tempat lain juga ada budaya sebegini. Kira kita sambutlah atau raikan pasangan pengantin baru.
Selepas makan biasanya keluarga yang menjemput akan hadiahkanlah sehelai kain batik kepada isterinya, atau kain pelikat kepada suaminya... saya rasa ini adat, entah orang lain gunapakai ke tak lagi. Sekarang dah moden, ada FB untuk war-warkan pertuangan dan perkhawinan.

Saya memang berhajat nak panggil Ja dan Anis makan malam rumah saya. Mereka adalah rakan sekerja saya yang baru bertemu jodoh di tempat kerja. Namun untuk menyiapkan masakan saya tak daya. Maka saya gunakan mak dan ayah saya untuk sediakan juadah. Masak biasa-biasa je, ikan bawal goreng biasa, ikan kembong panggang biasa, sambal belacan biasa, sayur air sawi biasa, telur masim biasa dan sambal daging biasa.

Yang lain sikit ialah daging kambing yang diterbangkan oleh sedara dari New Zealand. Daging tu saya panggang dengan oven yang kawan-kawan hadiahkan sempena hari lahir saya nan lalu. Saya tak boleh makan, namun ayah saya beri jua secuit bila saya kata `Sikit je nak, tak kan memudaratkan...'. Oh ya malam tu nasi saya yang masak.

Mak saya tambah pulak dengan buat puding berkuah.

Upacara makan tu berjalan dengan biasa, tak ada gempa bumi atau apa-apa yang haru berlaku. Saya lihat mereka berdua makan (sambil saya tumpang sekaki, ayah dan mak saya tak makan, mereka buat-buat tengok tv).

Tapi mereka tak duduk lama sebab Ja nak kena pergi mengurut sebab kakinya terseliuh. Katanya dia main Futsal. Dah tiga malam berturut Ja kena mengurut.

Jan: Selamat pengantin baru, bahagia ke anak cucu.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home