Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, September 6, 2008

Kad raya pertama 2008...

Minggu lalu ke East Cost, Kuantan. Memang hajat nak beli hadiah untuk hari raya. Bila lalu di hadapan salah sebuah kedai majalah nampak kad raya telah ada dijual. Kad-kad raya tu diletak di bawah, di sudut kecil kedai tersebut, di atas lantai... di dalam bakul kecil.




Pada masa dahulu kad raya tinggi kedudukannya dalam masyarakat kita. Ia memainkan peranan penting dalam memeriahkan suasana ramadhan dan raya. Masih ingat lagi pada zaman kanak-kanak dulu siap gantung kad raya tersebut di celah-celah langsir, dan kadang-kadang gantung kat ranting pokok. Suasana ramadhan dan raya dulu amat berlainan, kehadiran kad-kad raya amat menyeronokkan, (walaupun pengirimnya rakan sekelas je, he he he tetap seronok). Ya, ketika itu seakan masa pada masa tersebut bergerak lambat...



Contoh kad raya...



Kini tak ramai lagi yang menggunakan khidmat kad raya untuk menyatakan perasaan ramadhan dan raya, fungsi kad raya sudah diambil alih, diganti dengan penggunaan khidmat SMS, cepat dan jimat. Namun adakah berkesan di hati dan berkekalan...?








Gambar bawah: Contoh kad raya mintak maaf...



"Ala Skiman tu pun nak fikir, orang tak guna kad-kad dah leni, kad-kad ni dah tak main, he he he". Kata-kata Kamarul (bukan nama sebenar) bila saya menyuarakan hal penggunaan kad raya pada masa sekarang.



"Tak apalah, nak beli jugok 20 keping, manalah tau ada orang hantar, kena balas". Saya membalas kata sambil tangan membelek-belek kad raya di dalam bakul tersebut. Huh, banyak yang bertemakan kekasih, huh!. Mana tema sahabat atau keluarga? Hajat di hati nak hantar jugak kepada tuan guru besar semasa menjadi cikgu dulu, juga kepada bekas majikan lama dan beberapa orang tertentu, dan juga untuk membalas kalau-kalau ada terima kad raya, manalah tahu kan.



Dan seminggu selepas itu saya menerima sekeping kad raya dari sahabat di Kolej Shahputra. Tangkap syahdu bila nak buka kad raya tu... rasa bangga dan riak ada jugak sikit, maklumlah ramai yang tengok masa tu....





`Ooo, En Sukiman dapat kad raya..' Puan Mariatul berkata masa saya ambil kad tersebut dari kotak surat saya.






`Ada la sekeping...saya ni dah tak ada peminat, zaman gemilang dah berlalu', saya membalas kata panjang lebar sikit walaupun Puan Mariatul tak bertanya pun pasal zaman dan soal peminat.






Walaupun tak banyak kata-kata di dalam kad tu, kad tu sendiri sudah mewakili banyak kata-kata... Nasib baiklah saya sudah sedia beli kad raya tempohari, bolehlah balas nanti. Kita kena hargainya kerana tak ramai kini mahu luangkan masa dan buangkan duit untuk sekeping kad raya kan...



Sebenarnya penggunaan kad raya di Malaysia dirintiskan oleh perdana menteri pertama kita, iaitu Tuanku Abdul Rahman Putra al Haj. Beliaulah mula-mula mengirim kad raya kepada ahli kabinetnya pada masa tersebut. Dan gamaknya amalan itu pun diikuti oleh orang biasa macam kita ni yang tak berkabinet (kalau adapun kabinet dapur je, he he he...).






Jankaulu: Sedang menunggu kad raya daripada seseorang yang istimewa, tapi tak sampai-sampai...huh!


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home