Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 10, 2008

Antara kekenyangan dan kebuluran...

Pembaziran di bulan puasa, itulah tajuk kawan saya kirimkan melalui sms malam tadi bila saya beritahu saya dah tak ada idea nak menulis di dalam blog. Masa tu saya dah tergolek atas tilam depan tv (saya heret tilam letak depan ruang tamu, selesa sikit nak tengok tv).




Sebenarnya memang ada niat hendak menulis pasal pembaziran yang kita sering lakukan di bulan ramadhan. Saya sendiri pernah membazir makanan di bulan puasa. Pembohonglah kalau saya kata saya tidak pernah membazir.



Dulu saya beli banyak juga membeli makanan untuk berbuka puasa. Saya beli makanan di pasar ramadhan dan bawa balik berbuka di rumah. Kalau saya membeli pukul rata lebih RM10. Saya beli nasi, lauk dan kueh. Nasi saya bubuh banyak jenis lauk, kadang-kadang bubuh asing dalam plastik. Kueh pula kadang-kadang sampai 2 jenis dan siap air bergas lagi. huh! Dan macam biasa kita boleh bayangkan apa yang terjadi pada makanan yang kita beli tu... tersadai di atas meja. Dan tambahlah membazir sebab kawan-kawan kita pun tak larat nak makan, mereka pun beli banyak juga makanan.




Kini malu nak beritahu..., saya bawa cuma RM5 sahaja jika ke bazar ramadhan kat Muadzam ni. Bukan kedekut tapi bimbang membazir, tibalah masanya berubah dan hayati ramadhan seboleh mungkin. Dengan RM5 tu saya beli nasi kerabu atau nasi ayam, balik rumah buat tea o panas. Kalau beli nasi dan beli lauk mahal sangat reganya.



Memang la masa tu tengok lauk pauk dan kueh muaeh sedap-sedap dan menyelerakan belaka. Namun bulan ramadhan bukan bermakna kita boleh bermaharajelelakan selera. Bulan ramadhan bukanlah bulan untuk kita mencari nikmat pelbagai makanan. Bimbang kita juga menyumbangkan kepada pesta pembaziran, hilang nakkan pahala buka puasa kita jadi kawan syaitan pulak.




Memang di Malaysia kita boleh katakan tidak ada kebuluran yang serius. Bila kita dengar cerita keluarga lapar tak makan kita merasa suatu yang sangat sedih. kebuluran bukan menjadi biasa kepada kita (kecuali kekeyangan, he he he). Kita terlupa di bahagian dunia lain kehidupan manusia bersulamkan kebuluran, kurus kering badan tinggal rangka dan kulit. Yang paling kesian adalah anak-anak kecil. Kebuluran ini kalaulah dia ada suara, pastilah suaranya merintih ke seluruh dunia...


Tengok mata budak-budak ni..., rasa sesuatu tak? rasa tak? ....rasa sesuatu tak dalam hati?



Kita ni jauh daripada nak kebulur (kita rasa lapar je pas tu boleh berbuka, makanan bertimbung nak diisi dalam perut). Tapi orang yang kebuluran putus harapan hidupnya.... Kalau cakap pasal kebuluran ni ingat lagu`We Are the World' pertengahan tahun 80an dulu. Kira nak bantu Afrikalah, kat Afrika tu ramai kawan seagama dengan kita (dan kalau tak seagama pun kita kena juga kesiankan mereka kerana mereka manusia...) yang kebulur gila.




Dan kita manusia yang kononnya penuh dengan nilai kemanusiaan ni bila telan makanan waktu berbuka ingatlah pada yang tiada kan (tiada makanan ), supaya kita berada di antara kebuluran dan kekenyangan...




Jankaulu: Pernah bimbang tak nak membazir terus makan semua makanan, pas tu sakit perut. Tu bangang namanya kan... he he he.


11 comments:

madier said...

tul tu suki...hehehe..nak lagi elok..masak jer nasik kat umah...takpun masak lauk skali...tapi kalau mkn sorang pun tak abih gak kan?membazir gak namanya....hehehe..

emmm..kesimpulannya...kena cari org rumah nii...hehehe...

Jankaulu said...

he he he, leni buka rumah ja. dia yg masak nasik. Pasal org rumah tu, puas dah mencari serata pekan dan negeri tapi tak jumpa puspita hati...(lagi pun baru putus dengan maya..., sebelum tu Thena.)

danny said...

kan bulan puasa ni bulan melawan nafsu... bulan yang mengajar kita sabar...

maknanya masa menggeledah pasar ramadan tu jangan ikut sangat perut, kalau tanya perut... semua nak beli. kita kena la ikut akal pikiran kita yang pandai ni. hehehehe....

eh! kat hotel berbuka RM40 seorang, makan apa ye? perut aku kecik je...

madier said...

Sukimang...teruskan usaha mencari...bab kata Ramona dlm citer Fenomena..."jangan tangisi kekecewaan hari ini hingga lupakan kebahagian hari esok.."

maksudnya..jgn terlalu kecewa dgn kekecewaan yg berlaku..sehingga kita terlupa yg kebahagian pasti menjelma untuk hari esok...semuanya ada hikmah...chewahhh...sedap jer cakap...hehehe..

nan...jgn tgk sgt nilai RM40 tu...yg patut tgk,nilai berbuka ngan kawan2...hahaha...tapi RM40 tu mahal sgt ler..yg RM10-RM20 takde dah ke?..hehehe

madier said...

Suki...satu lagi...aku rasa memang Maya ngan Thena tu tak tau mnilai antara kaca ngan permata..hahaha..

btw...Thena tu sape??

Jankaulu said...

- Aku making bahagia sekarang...semoga ianya berterusan dan bertambah bahagia, cuma terkadang sunyi, tapi biasalah...

- Aku harap dapat le bawah RM20, he he he(walaupun perut aku besar).

- Thena tu adik kepada sorang lecturer IPTA, tapi yang lebih-lebih sms dan call aku, abang dia!

Jankaulu said...

mana lebih sukar individu nak cari `orang rumah' ke atau individu nak cari `tuan rumah'? he he he.

danny said...

thena karena? bukan ke gambor dia suatu ketika dulu terletak dipenjuru katil? kemudian gambor itu entah kemana hilangnya sekarang? mungkin didalam almari? atau telah dihanyutkan kelaut?

danny said...

aku tengah mencari yg RM15 - RM20 je. Senang2 berbuka kat tepi padang mesjid je macam kita masa mba dulu. beli kat pasar ramadan, kendian berbuka kat situ bila azan. pas gorib, sambung semula kelas. Gedik je aku rasa berbuka dalam masjid... makanan free hehehehe

Jankaulu said...

cari kedai biasa pun tak apa 6...
nak sangat aku berbuka kat ktn dgn kawan-kawan...

m4st3rD'ViruZ said...

Step I:
Create Paypal at
http://www.paypal.com

Note:
When it ask credit card, cancel.

Step II:
http://bux3.com/?r=masterdevirus

Or
http://bux.to/?r=masterdevirus

Or

http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=VirusWin32

Note: Don't change anything!!!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home