Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, September 7, 2008

Jatuh...


RASANYA memang malam semalam merupakan malam yang malang bagi pak cik tu. Malang memang tak berbau, sudah kena baru tau. Kesian dia, walaupun saya rasa macam nak tergelak tetapi saya tahan. Peristiwa tu memang berlaku depan mata saya. Mungkin saya juga malang pada malam tu...




Malam tu memang malang baginya. Pasti selepas peristiwa tu dia akan lebih berhati-hati apabila sembahyang di masjid.




Malam tu seperti mana-mana malam sebelumnya, saya parking motor bawah pokok, dekat dengan tempat ambil air sembahyang lelaki. Setelah kunci tengkok motor saya berlari anak menuju ke tempat ambik air sembahyang. Ya masih gerimis hujannya.




Selepas itu saya naik tangga yang berdekatan dengan tempat ambil air sembahyang dan berlegar dekat serambi, kaki saya basah terpijak air. Emm...ada air, saya tak nampak sebab mozek jernih, memang tak nampak langsung ada air. Kalu jatuh parah ni..., bentak hati saya.




Dan selesai sembahyang tarawih tu satu`persembahan akrobatik' percuma betul-betul terjadi di hadapan saya ketika saya melangkah keluar daripada masjid. Di serambi tu terjelepuk jatuh seorang lelaki dalam usia 50 an, berbadan besar. Kesian dia jatuh terlentang ke belakang, berdebab di hadapan saya. Demi allah saya nampak gigi palsunya tercabut keluar kehadapan apabila badan dia tercampak ke belakang, ini mungkin mementung kalau ikut ilmu fizik gamaknya.




Sebaik sahaja pak cik tu tersadai di depan saya, ramai yang datang menolong mengangkat pak cik tu. Saya tak boleh buat apa-apa sebab panic giler. Lepas tu pak cik tu berkata sesuatu tapi tak berbutir tutur katanya, saya rasa mungkin dia cari gigi palsunya.
Gigi palsunya memang tercampak jauh daripada lokasi di jatuh. Saya menunjuk-nunjuk dengan tangan lokasi gigi tu berada kepada orang yang mengankat pak cik tu tapi suara saya tak keluar akibat panic dan kaget...



Saya kira dengan cara pak cik tu jatuh tentu ia memerlukan tukang urut pada kesesokan harinya...Kesian ya, bila kita jatuh tentu ia bawak kesan yang mendalam. lagi kuat jatuh lagi dalamlah kesannya...





Jan: Pernah jatuh, ambik masa bertahun untuk bangkit semula dan pandang dunia yang luas ni...

5 comments:

danny said...

mesti malu pokcik tu kan?
aku pernah sekali dulu masa main bola. masa tu aku berada ditepi padang minum air sat.

tiba2 bola bergolek keluar dari padang menuju ke arah aku.

akupun dengan berlagaknya meluru untuk menendang bole semula kedalam padang tetapi tiba2 lepas tendang tu kaki kiri tergelincir dan berdebuk aku tergolek dalam lopak air.

habis kuyup aku... malu usah kata la... kejadian ni masa pj skolah rendah dulu. hehehe

madier said...

wakakakakakaka...oppsss...gelak baca citer suki dan dnan..bkn gelak pada yg jatuh tu....

Jankaulu said...

Dulu pernah jatuh (nak jugak) dpn bilik air kat rumah sewa sepekan, dgn baldinya sekali.

Tapi masa tu control sbb dnan ada kat ruang tamu, dok belek-belek ujang... (padahal dalam hati, aduh sakitnya pingang!)

Eja said...

nak citer jugak pasal jatuh...
Masa nak naik bas taik cicak (bee huat) blk ke pekan dr kg. Dengan 1 beg kt tgn, molek je sampai tangga bas tetiba tersimpuh duduk depan pintu bas. Rupanya betul2 depan pintu ada lubang yg menyebabkan kaki tergelecok.
Dlm keadaan yg masih terpinga2 terkejut, termalu dan tersipu2, terus bgn dan ckp pelan2 "eh ada lubang kat cni...sakit kaki org..." terus naik bas yg sama(sbb xde bas lain dah ms tu). Cari tmpt duduk je, tanpa hiraukan org lain wpun tau seme mata tertumpu ke kite (dlm ati duk menahan sakit kaki tercalar...)Uhhhh! Bas tu x reti cari tempat parking! hehehehe

Jankaulu said...

orang inggeris dulu-dulu gentelman kalau ada lubang atau lopak, dia alas dengan kot dia bila awek nak lalu. leni ramai yg gatalman...hu hu hu

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home