Izinkan saya membuat sedikit coretan mengenai suasana ramadhan dalam kehidupan saya. Seperti juga manusia lain, saya menanti bulan mulia ini dengan penuh kegembiraan dan kesyahduan. Teringat saya, seminggu sebelum ramadhan saya sudah teruja ke Bank Islam menukarkan duit siling untuk dijadikan duit raya...tahun ini saya sebolehnya mahu buat persiapan seawal mungkin. Hadiah untuk mak dan ayah pun sudah saya sediakan, saya beli di East Cost, dan sedikit duit sedekah kepada masjid dan anak yatim juga sudah saya sisihkan (saya rasa jika semua orang bagi sumbangan walaupun sikit, jumlah terkumpul akan jadi banyak).
Kali ni kira kali ke 2 saya berpuasa di Muadzam. Walaupun serba kekurangan saya akan laluinya dengan usaha-usaha memeriahkannya dengan cara saya sendiri. Sebenarnya jika hendak dibandingkan suasana bulan puasa di Kuantan dengan suasana bulan puasa di Muadzam, ibarat membandingkan pencapaian dan sumbangan Datuk Sharifah Ani dan Mila AF dalam industri muzik negara. Banyak bezanya...
Kenangan Ramadhan di Kuantan
Di Kuantan suasana ramadhannya meriah giler (giler pun tak semeriah Kuantan), bazar ramadhan merata berlambak, pilih saja nak ke bazar mana?, di mana?, tepuk dada tanya selera (dan tanya kawan-kawan sebab nak menumpang, he he he).
Semasa di Kuantan saya ada ramai kawan, kerap juga saya menumpang mereka ke bazar ramadhan sekitar Kuantan. Bergilir-gilir mengunjung bazar di serata tempat, ada yang dekat dan ada jauh letaknya. Namun bazar ramadhan dekat Taman Kerang paling best, paling menambat hati. Best sebab banyak pilihan dan ceria. Walaupun sedikit mahal namun ia sedap dan berpatutan (sedap tak penting sangat, semangat ramadhan tu penting kan...).
Adakalanya saya tidak membeli di bazar ramadhan. Bila dah nak habis time kerja, berpakat nak buka puasa kat mana. Bersama kawan-kawan, saya keluar berbuka kat luar. Tidak kiralah kedai mana asal dapat berbuka dengan kawan-kawan, kat mana-mana pun seronok giler (giler pun tak seronok mana kot).
Ramadhan di Muadzam
Tahun ni saya tak atur lagi program berbuka puasa, mungkin berbuka di masjid dan diselangselikan berbuka di rumah (beli lauk kat bazar ramadhan). Bazar ramadhan setahu saya ada satu sahaja berhampiran masjid besar tengah-tengah pekan Muadzam (maaf saya tak guna nama `bandar' kepada Muadzam).
Bazar ramadhan di Muadzam tak sebesar mana, kira dua deret panjang sahaja. Mungkin orang Muadzam lebih selesa dan suka memasak di rumah kot. Menu makanan yang dijual pun tak banyak pilihan (pernah tahun lepas saya pergi saja je tak beli apa-apa, balik rumah masak sardin). Namun oleh kerana itu sahaja bazar yang ada, ramai juga yang datang terutama student UNITEN (mungkin tak ada pilihan kot, he he he). Namun kesyahduan ramadhan tetap ada, yang penting spirit of ramadhan tetap ada.
Memandangkan ada banyak kelas malam semester ni, maka saya mungkin berbuka kat umah sahaja (dengan kucing jiran), dan bergegas ke kampus.
Kat Muadzam ni pekannya tak besar mana, hanya pekan kecil. Bila malam jadi sunyi... Cuma bila menjelang ramadhan, masjid jadi meriah bila ramai yang datang untuk menunaikan solat terawih. Semalam ramai jugak orang datang berterawih, saya lihat ramai kanak-kanak lari-lari di sekeliling masjid bergurau senda, budak-budak muda pun ramai datang, student kot.
Intipati puasa...
Sempena bulan ramadhan ini saya mahu ingatkan kawan-kawan dan diri saya juga, kita saling mengingati kerana manusia itu kejadiannya sangat alpa.
Sekadar hiasan: Wah sedapnya, teliur gitu...
Saya juga ingin ucapkan selamat menahan diri. Semoga ramadhan kali ini kita sama-sama berubah iaitu mata, telinga dan fikiran turut berpuasa, he he he. Sama-sama tak jadi seperti tahun lepas, tak ada lagi episod boros belanja dan melahap makanan. Bukan apa, kita kena ingat semasa kita berbuka puasa melahap makanan bersama keluarga tersayang, ada pihak tak berbuka-buka kerana dek tak ada makanan. Semasa kita tak larat nak bangun kerana kenyang ada pihak yang tak larat nak bangun kerana lapar...
Sekadar hiasan: Bestnya kalu boleh nak makan semua kan, he he he.
Jangan nanti kita makan sedap-sedap hingga terlupa kepada orang yang berlapar di bahagian-bahagian lain di dunia ini. Ini kira kes tak mustahil sebab manusia ni bila tengok lauk pauk, nasi-naksi (bersama pulak kueh mueh pelbagai warna), kita gelap minda. Kita berjaya menahan nafsu lapar sepanjang hari tapi bila sampai time buka, kita fail... Kita terlupa tujuan semulajadi/intipati berpuasa.
Sekadar hiasan: Emm..., air pun boleh buat kita gelap minda...
Pendek kata bila terasa lapar tu jangan lupa kepada orang yang lapar, gitulah rasa lapar...
Jankaulu: Selamat berlapar...
3 comments:
aku pun lapar...
gmbr2 tu mmg mencabar kelaparan betul la...hehehhee..slmt bposa n maaf jua dipohon..
bila ketua projek nk berprojek buka posa ramai2 ni..hehehe..ari ke2 dh tanya..
harap dapat buat minggu PERTAMA kalau boleh, kita cari je kedai yang simple pun tak apa. kita nak meraikan ramadhan, bukan nak bermewahan.
kalau siapa tak sudi kedai yang terpilih,buat2 la sudi...he he he
Post a Comment