Semasa saya kelar ikan ini, saya dibawa kepada satu kenangan silam... ikan yang berdarah itu sudah saya buang.
Tetapi tidak kenangan-kenangan itu.
p/s: Kawan saya kata kalau ikan itu kecil, tak perlu beria mengelarnya...

Saya rindu, saya sangat rindu...
Kawan baik saya beritahu jangan menulis sebarang kelemahan diri di blog. Nanti orang akan pandang kita lemah dan serba kekurangan...
Namun kadang-kadang saya tertekan...saya amat sedih dan rindu.
Dengan menulis, ia dapat tenangkan ombak di dada.
Saya mengaku saya lemah...
Kalau boleh saya tidak mahu jadi lelaki yang luar biasa, saya mahu jadi lelaki biasa yang dalam satu hari boleh banyak kali jatuh cinta, jatuh hati dan jatuh sayang.
Saya melawan perasaan dari masa hingga masa, dari tahun ke setahun...
Kalau boleh saya mahu jadi lelaki biasa, yang bisa disembuhkan dengan masa. Namun makin lama, makin berbisa apa yang saya rasai...
Namun saya rasa bertuah kerana saya mampu kelihatan gembira, walaupun semasa menyiran pokok-pokok bunga, air mata saya menitis.
Airmata kasih yang menitis, tiada harga taranya...
1. Makanan ini sampai pagi tadi,
dikirim dari kampung (Besut) menggunakan pos JnT.
2. Sambal tumis merah itu akan
dicampur dengan ayam yang digoreng lembut, dan dimakan dengan nasi lemak atau
nasi panas.
3. Manakala tumis kerabu itu pula
(pada lain masa) akan dimakan bersama nasi kerabu dengan rakusnya.
4. Kebanyakan nasi kerabu di
habitat saya kuah yang disediakan seolah air lada, jadi saya minta keluarga
kirimkan tumis ini.
5. Di kampung saya, nasi kerabu
kuahnya dipersembahkan dalam bentuk tumis, dibuat sedikit pekat...campur serai
(diketuk) bagai. Aromanya membuatkan kita terasai bagai direntap ke zaman silam
zaman kanak-kanak. (Zaman kita tidak terlibat dengan KPI dan bil-bil semasa).
Dan zaman kita kurus.
6. Saya boleh saja memasaknya
sendiri tetapi tidak pula sesedap yang keluarga kita masak.
7. Makanan juga ingatkan kita
kepada kampung halaman. Di mana saya berada saya lebih suka kerepok (keping
atau gotel) di kampong saya, juga akok.
8. Sudah lama saya tidak balik
kampong, PKP pah ceroh... Balik nanti nak makan-makan bersama keluarga.
9. Di mana kita berada, di mana
bumi dipijak, di mana gaji diterima keluarga dilupa jangan.
Peristiwa di sebuah kaunter vaksinasi Wisma Belia Kuantan.
Gadis pengaunter: Umur berapa yea?
Pak Cik Sukiman: 51
Gadis pengaunter: Berapa?
Pak Cik Sukiman: 51
Gadis pengaunter: ooo nampak muda...
Pak cik sukiman: He he he...terima kasih.
1. Saya tidak pernah teragak-agak untuk bervaksin. Malah saya menunggu-nunggu dunia menghasilkan vaksin Covid 19.
2. Dalam filem barat sekejap sahaja vaksin dihasilkan
apabila ada wabak, rupanya itu hanya dalam filem.
3. Jadi bila vaksin tercipta, saya tak sabar2 menunggu
panggilan giliran seolah seorang pemuda tak sabar menunggu kedatangan
kekasihnya. Atau seolah menunggu giliran duit kutu di musim Covid.
4. Namun ada kawan saya yang ragu2 dan ada yang menolak
vaksin. Saya cuba terangkan serasional mungkin kenapa dia perlu bervaksin. Kita
makhluk berusaha.
5. Kali pertama saya bervaksin tidak ada apa2 berlaku,
selesai suntikan saya teruskan kerja opis, dan petangnya saya berkebun. Malam
masak dan bernexflix.
6. Dos kedua pun ok, syukur boleh dikatakan tiada apa yang
berlaku. Cuma saya rasa lapar. Tapi itu biasalah...he he he.
7. Namun saya ada masalah ketika mahu pukul gambar. Saya
datang seorang diri...jadi tak ada orang yang boleh tolong pukul gambar saya.
8. Tentulah kita nak gambar kenangan, nak kirim ke mak, nak
letak dalam FB, nak letak dalam Insta, nak letak dalam group wasap.
9. Lama juga saya duduk di tepi booth gambar dan poster itu
dengan harapan kot2 ada insan yang boleh menolong saya. Semua menolak kerana
takut covid. Saya faham...
10. Jadi `selow’2 saya mahu angkat kaki, saya redho kalau
tak ada gambar. Dah tersurat. Saya pun meninggalkan booth tersebut dengan hati
yang lara. Ibarat kerajaan terpaksa buka perliment.
11. Tiba2 saya terdengar ada yang tergelak2 besar riuh
rendah. saya berpaling dan saya lihat 3 orang pemuda saling memukul gambar mereka.
Baya remaja, kurus macam saya juga (30 tahun dulu...)
12. "Boleh tak tolong ambil gambar pak cik, pakcik
datang seorang diri.." Kata saya sambil membuat muka sedih...seolah saya
sebatang kera, seolah saya baru kematian bini.
13. Dan terhasillah gambar ini.
14. Terima kasih kepada budak bertiga tersebut, semoga kamu
tidak ke sana dan ke sini seorang diri dalam kehidupan kamu nanti.
15. Amin.. Malah
saya menunggu-nunggu dunia menghasilkan vaksin Covid 19.

15. Amin.