Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Tuesday, September 19, 2017
Tulisan adalah kata-kata dari hati saya...
Melalui penulisan yang bagus seseorang itu boleh tinggikan gunung, senyumkan hati dan cerahkan bilik yang gelap...
Oleh itu jom menulis...
Tulislah yang baik-baik...
Seorang sahabat saya memberitahu, saya harus menulis yang baik-baik dalam blog saya. Katanya supaya orang boleh ambil ikhtibar dari penulisan saya.
"Insyallah" Kata saya pendek.
Sekarang saya kurang menulis kerana saya tengah siapkan satu projek peribadi yang boleh dikatakan besar juga. Ianya tidak ada sakut-paut dengan kerjaya saya. Ia hanya untuk kepuasan peribadi. Dan ia memakan banyak masa saya.
Saya tetap menulis pada setiap hari, cuma saya tidak menulis dalam blog sekerap dulu...
Ada banyak perkara yang mahu saya tulis...
"Saya akan tulis apa yang saya rasa betul, saya tidak perlu pada persetujuan masyarakat" Kata-kata akhir untuk sahabat saya tersebut.
| Add caption |
Menangis depan TV
1. Semalam saya beria-ia menangis depan berita TV3.
2. Saya sangat sedih melihat sanak keluarga yang menangis akibatke hilangan ahli keluarga dalam kebakaran di tahfiz.
2. Saya sangat sedih melihat sanak keluarga yang menangis akibatke hilangan ahli keluarga dalam kebakaran di tahfiz.
3. Saya menangis sebab rasa sedih...
4. Namun saya selalu berpendapat musibah yang kita dapat adalah dari tangan kita sendiri, maka kita perlu halusi diri...bersihkan kita.
5. Saya berharap ahli keluarga dapat mententeramkan diri dan rasa tenang.
6. Memang sukar...tetapi itulah...
4. Namun saya selalu berpendapat musibah yang kita dapat adalah dari tangan kita sendiri, maka kita perlu halusi diri...bersihkan kita.
5. Saya berharap ahli keluarga dapat mententeramkan diri dan rasa tenang.
6. Memang sukar...tetapi itulah...
Monday, September 18, 2017
10Menghadapi seribu ketakutan...
10Menghadapi
seribu ketakutan...
Kata orang perjalanan yang jauh itu
bermula dengan satu langkah pertama. Langkah pertama adalah terpenting, paling penting. Jadi Abang sematkan pepatah tersebut di
hati. Sepanjang hari Abang bermotivasi diri tanpa ragu. Daripada pagi hingga
malam.
“Aku boleh! Aku boleh! Bisik hati Abang dengan tegas. Kadang-kadang bisikan itu lahir juga di mulut. Macam orang tak betul. He he he.
Sebagai langkah pertama beberapa kali Abang masuk dalam kereta untuk menyesuaikan diri. Abang lihat apa saja yang ada
di hadapan, di kiri dan kanan. Abang mahu biasakan diri. Tidaklah nanti Abang rasa pelik melihat alat-alat yang berserabut.
Segalanya Abang tengok walaupun tidak segalanya Abang tahu akan fungsinya. Yang menjadi tujuan utama Abang ialah Abang mesti damaikan diri apabila melihat ada stereng kereta di
hadapan dada.
Abang perlu bertenang hati dan
perasaan supaya tidak cemas semasa memandu. Maka perlu sangat untuk Abang mengawal degupan jantung. Abang harus kawal dengan menarik nafas dalam-dalam
perlahan-lahan. Mempraktikannya berkali kali walaupun Abang rasa seolah dada Abang berasap.
Abang fikir semuanya harus selesa.
Pakai baju yang selesa dan kasut yang selesa. Pakai baju yang selesa supaya Abang tidaklah rasa pelik, dan pakai kasut yang selesa kerana Abang akan gunakan
kaki untuk menekan pedal dan juga break.
Abang berlakonan di dalam kereta
tersebut. Begitulah hari ke hari saya lalui. Penuh kelakar. Penuh debaran. Tanpa adik...
Abang teguhkan hati supaya berani. Abang banyak baca buku motivasi yang menceritakan halangan sebenar seseorang itu
boleh diatasi dengan keberanian. Kadang kala bukan kerana kekurangan ilmu dan
kemahiran yang menyekat kita daripada berjaya tetapi kurangnya keberanian!
Abang akan cuba memandu walaupun
perlahan, walaupun penuh ketakutan. Walaupun pemanduan Abang bagai siput
perlahannya tetapi Abang mesti buat perubahan. Abang cuba mahirkan diri dengan
memandu kereta setiap hari.
Namun semasa posting ini ditulis, Abang masik lagi tidak memandu. CCJ 8824 masih tidak bergerak.
He he he.
18Hari lahir Abang
Hari ini umur Abang 45 tahun. Abang rasa aneh dan lucu pula kerana baru semalam umur Abang 44 sebelum Abang tidor dan bila buka mata pagi ini umur Abang sudah 45.Sehingga ke tengahari ini Abang tidak merasakan apa-apa perubahan fizikal dan juga minda. Mungkin tiada perubahan langsung... Ini mungkin kerana abang baru berumur 45 tahun hari ini. Masih tidak sehari...pun...
Bersambung...
Sunday, September 17, 2017
40 Pantun lara di Pantai Kemasik
40
Pantun lara di Pantai Kemasik
“Apabila
rasa sedih melihat pantai, ianya bukan kerana pantainya yang berubah wajah
tetapi hati kita yang gundah. Pantai cermin perasaan…”
"Semua orang ada ketika-ketikanya suka melayan perasaan. Samada secara langsung atau tidak langsung. Apabila melihat
laut, perasaan Abang membuak. Abang melayan perasaan...ingatkan kita"
x x x
Kini untuk balik ke kampong halaman di Besut, saya
mempunyai dua pilihan, samada menggunakan Lebuhraya LPT2 atau `Jalan Pantai'. Saya
biasanya menggunakan LPT2 dan jarang sekali menggunakan Jalan Pantai. Sebabnya LPT2 lebih pendek perjalanannya, lebih sunyi dan tidak ada banyak kereta. Saya tidak akan selalu berdebar.
Namun jalan Pantai juga mempunyai kelebihan. Jalan pantai ini adalah jalan yang terletak di
sepanjang pantai negeri Terengganu. Kita akan melewati banyak daerah sebelum
sampai ke daerah Besut yang paling ke utara.
Saya tinggal di Kampung Paya Rawa, kampong Raja. Lihat peta di bawah, sebagai rujukan.
Saya tinggal di Kampung Paya Rawa, kampong Raja. Lihat peta di bawah, sebagai rujukan.
![]() |
| Pantai Kemasik |
Sepanjang negeri Terengganu kita akan
dapat lihat banyak pantai-pantai yang indah. Awal bulan ini saya balik ke
kampong menggunakan Jalan Pantai. Sepanjang jalan banyak pantai-pantai yang
menarik. Namun saya selalu singgah di Pantai Kemasek.
Selepas pakir kereta saya terus
berjalan-jalan di pantai ini. Namun cuaca yang terik menyebabkan saya tidak
boleh berlama lama, saya terus mencari bangku tempat berteduh. Bimbang kulit saya
yang hitam bertambah hitam. Bukannya salah jika kulit saya bertukar hitam tetapi saya tidak manis.
Tidak akan ada orang kata saya `hitam manis’, mereka akan kata saya `hitam legam’. He he he.
Saya suka duduk berlamaan di pantai Kemasik. Malah
saya boleh duduk sehari suntuk, atau selama-lamanya. Pantai adalah tempat yang
indah tidak berbayar.
Bila duduk di bangku ini saya mabuk dalam kelaraan.
Kelaraan ini menghanyutkan saya dalam khayalan rasa yang jauh dari realiti. Sakit yang paling sakit adalah sakit hati kerana
orang yang kita sayangi tidak sayangi kita... Malah menipu daya. Itulah sakit
yang paling hebat di planet bumi. Namun anehnya dalam kesakitan ini kita terasa juga akan bahagianya. Mungkin kerana apabila hanya kesedihan yang tinggal, maka kita mahu tidak mahu, perlu rasa bahagia... Entahlah.
Pantai Kemasik, pasirnya cantik dan persekitaran dipelihara
dengan baik. Jika sentiasa diadakan usaha untuk memelihara dan mengindahkan
lagi persekitarannya ia akan menjadi tempat persinggahan yang lebih hebat. Juga tempat hati yang lara singgah.. Emmm...
Duduk di bangku ini serasakan saya
sedang menjalani satu perjalanan yang dipenuhi hujan.
"Kalau hujan ini akan menerbitkan pelangi..., bilakah hujan ini akan berhenti?" Detik hati saya, melayan perasaan.
"Ah...semakin tua semakin menjadi, makin jiwa sensitif..."
"Kalau hujan ini akan menerbitkan pelangi..., bilakah hujan ini akan berhenti?" Detik hati saya, melayan perasaan.
"Ah...semakin tua semakin menjadi, makin jiwa sensitif..."
Saya duduk di bangku panjang di tepi pantai. Di hadapannya terdampar Laut Cina Selatan yang luas membiru. Bunyi deraian ombak menghempas pantai seakan irama dari sekeping hati yang tidak pernah
tenteram... Teringat lagu Uji Rasyid `Kuingin selalu di sampingmu".
"Kalau kuturutkan hati lautan luas
akanku semberangi..." Saya terus melayan perasaannya. Bagai anak muda berumur 17 tahun, bagai kuda liar yang galak berlari...
Dalam diam saya cemburu kepada pantai Kemasik...(pulak). Dia miliki laut
yang gagah, dan ombak pantai yang setia. Walau zaman berubah, selamanya mereka
bersatu. Tidak sesaat terpisah.
Seperti laut yang ada gelombang
begitulah jua hidup manusia kan?. Cuma berbeza dengan gelombang yang kadang-kala
reda, ada hati yang tetap bergelora. Hingga hujung nyawa.
Ada yang berpendapat hidup ini adakalanya ibarat seorang manusia yang sudah bertahun-tahun diiringi hujan yang
tidak berhenti... Dan kita sebagai manusia mahu hujan itu berhenti... Kita mahu
melihat pelangi... Namun hujan terus berpanjangan...
Hidup sendirian melayari kehidupan memerlukan kekuatan yang bukan sikit...tanyalah orang yang seperti saya... He he he.
Singgah setulang di pantai Kemasik, terhasillah empat rangkap pantun. Namun saya perturunkan hanya tiga rangkap
sahaja sebab satu rangkap lagi terlalu berunsur seksualisme. Tidak bagus untuk
bacaan umum. Tiga rangkap pantun lara itu mudah maksudnya, tetapi mewakili seluruh
perasaan di jiwa saya.
Saya namakan `Pantun Rindu Abang’:
`Pantun rindu Abang’
Berhenti sekejap bukan
sengaja,
Merehat lara di Pantai
Kemasik;
Duduk Abang bermurang
durja
Hati sakit ingatkan
adik...
Pantai Kemasik indah
sekali,
Pantai putih laut membiru;
Abang lupa tidak
sesekali,
Tidak letih menahan
rindu..
Angin menderu di waktu
petang,
Ramai orang singgah
berhenti;
Pantai sunyi Abang
seorang;
Tapi adik ada di hati...
Jika saya ada masa dan kesempatan,
saya akan menulis novel kisah cinta saya. Setiap mukasurat yang ditaip diiringi
dengan airmata kasih saya, he he he....(saya berangan tetapi saya tidak pandai menulis...)
Setelah berehat melayan perasaan atau
kadang-kadang melawan perasaan, saya bangkit dari bangku untuk meneruskan
perjalanan. (Walaupun telah lama dia berhijrah dari daerah cinta saya, sebuah perjalanan harus diteruskan...)
Dalam perjalanan sebuah kehidupan, semua
orang ada ceritanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
