Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, April 12, 2017

Kolej Universiti Widad di TTC, jumpa kawan-kawan lama...

MINGGU LEPAS, saya berpeluang bermakerting di TTC (Terengganu Trade Centre). Walaupun saya sudah berusia dan tidak sesegak dan sehandsum dulu, saya tetap terpilih untuk mewakili tempat kerja saya. [Pasti ada yang tertanya-tanya "Handsum ke dulu? Huh!"]. He he he.
Bersama Dr Bahari Mohamed

Saya sempat jumpa beberapa orang kawan saya, antaranya orang besar Widad, Abang Bahari. Apa rahsia yang Abang bahari pakai saya tak tahu, saya lihat dia tetap macam dulu, nampak muda. Saya ni bila pukul gambar siap kena edit bagai lagi untuk nampak muda.

Mungkin ada amalam-amalan tertentu yang diamalkannya. Saya tidak sempat borak panjang dengan abang Bahari tetapi dia tenang dan mesra macam dulu juga. Tak sempat saya tanya apa petuanya nampak muda dan tenang selalu?

Saya dan Widad masih ada hubungan (halal) kerana ramai kawan-kawan saya berkerja di situ. Sebelum ini nama kolej tersebut adalah Kolej Universiti Shahputra. Di Shahputra dulu saya agak terkenal juga...sebab itulah mereka kenal saya. Mungkin saya jenis suka bercakap [perlu beritahu ke?]. 

Seronok berada di TTC. Suka melihat orang yang mengenali kita di tempat kita tidak dikenali. He he he.


Bersama Encik Nazri dan  Encik Sakri...

Kali ini saya sempat juga bersawafoto dengan beberapa rakan lama. Walaupun letih berkerja, saya tetap senyum simpul. Tetapi kalau lihat pada mata saya, nampak sebenarnya saya letih. Tapi sapalah nak tengok mata saya kan? [pulak dah...]

Bersama Dr Fahmi
Saya jumpa Fahmi. Kepada saya Fahmi adalah seorang kawan yang lucu. Bila berjumpa Fahmi teringat pula Faisal. Pasangan lawak yang hebat pada masa dahulu. Kalah maharaja lawak mega.

Suatu waktu dahulu bila saya boring atau sedih, saya akan jumpa Fahmi dan Faisal. Mereka kan bercerita mengenai perkara-perkara lucu. Sakit perut bila mereka melawak sebab mereka penuh gaya dan aksi. Kadang-kadang mereka buat lakonan semula... kononnya.

Mereka penuh gaya dan ekspresi muka yang maksima.... Di tempat kerja saya sekarang semua kawan-kawan jenis serius...entah kenapa?...

Tetapi di TTC kami tidak sempat bercerita kerana masing-masing sibuk bermarketing bukannya nak buat sinortron. Ya lah kan, tanggungjawab untuk memperkenalkan institusi masing-masing adalah paling utama pada waktu-waktu sebegini...bukan nak bercerita hal lain.



Gerai marketing saya

Sebenarnya bila pergi bermarketing, saya akan toleh kiri kanan untuk melihat adakah Kolej Universiti Widad turut serta? Sebab ianya satu peluang untuk bertemu mata dengan kawan-kawan lama. Terakhir saya bermarketing sebelum TTC, saya jumpa Widad di FELDA Cini tetapi wakilnya semuanya orang-orang baru yang muda, segar. [tidaklah pula saya maksudkan yang telah berusia, layu...]

Kawan baru.
Gambar terakhir di atas adalah pekerja yang muda belia lagi. Yang susuk badan tidak lagi mengembang. Lincah ke sana ke mari menarik perhatian pengunjung dengan senyum mesra seperti baru menerbitkan album terbaru di pasaran. Tenaga-tenaga muda penting kerana mereka lebih menarik dan bertenaga...[sedih saya menulisnya, tapi alhamdulillah walaupun saya kurang muda, sisa-sisa tarikan itu tetap ada sekelumit. Prasannn...].

Dalam perjalanan hidup kita, selain slip gaji, kawan-kawan juga adalah penting.  kawan-kawan yang baik kekal di ingatan...

Harap dapat berjumpa lagi, dan minum-minum bersama...bye dulu...

Tuesday, April 11, 2017

WOMEN NEED TO REALIZE mereka kawin dengan lelaki...

Sama ada kaum perempuan suka atau tidak, mereka harus menerima kenyataan bahawa pengorbanan mereka kepada rumahtangga tersebut (bekerja) bukanlah boleh menghalang suami mereka untuk mencintai perempuan lain. Dan perempuan lain-lain.

Malah, kadang-kadang faktor isteri sibuk bekerja itulah dijadikan alasan logik untuk mereka (si suami) membuat hubungan lain... Haa... Pelik kan?

Jangan ingat mudah bagi lelaki untuk `hadam' bahawa rumah berkubang hanyar tak apa kerana bini mereka bekerja. Jangan ingat senang bagi lelaki untuk `kunyah' tak apalah isteri tidak melayan mereka dengan sempurna kerana isteri mereka berkerja.

Mulut mereka (si suami) mungkin tidak `bising', tetapi otak mereka menyerap pemikiran lain...!

Apabila kawan perempuan saya berkahwin saya tidak mengucapkan tahniah tetapi "Gud luck yea. Ingat wak tu kawin dengan lelaki". 

Maksud saya perempuan selalu ingat lelaki berfikir seperti mereka. Padahal bak langit dengan bumi atau bumi dengan planet plato... jauh bezanya.

Jadi kalau kita nak suami kita faham dan fikir macam kita, selisih mailaikat 44...





Image result for LESBIAN MARRIAGE
Mereka lebih memahami antara satu sama lain...he he he.

"Saya nak makan awak...": Kisah rumahtangga

Stanggungjawab makan, minum dan tempat tinggal, adalah tanggungjawab suami. Nak fikir pasal bayar ansuran kereta dan rumah, nak bayar bil-bil, nak bayar cukai pintu, nak bayar mesen rumput JUGA semuanya atas tanggungjawab suami. Bukan tanggungjawab isteri.

Walaupun dalam masyarakat kita dah terbalik, itu isu lain.

Jadi bagi saya tidak timbul soal siapa kena masak bila kedua-dua pasangan adalah bekerja duduk sebumbung. Saya tidak akan marah kalau isteri letih, saya akan beli makanan di luar dan siap tanya `Ling (darling) you nak makan apa?". 

Tapi kalau dia dulu tanya saya nak makan apa? Saya buat-buat gatal dengan menjawab "Ai nak makan you...". dengan kerlingan mata gaya sensual. He he he. Dalam rumahtangga kena la ada gurau senda, baru ada nikmat cinta. Kita bukan kambing. Kambing pun ada gesel sikit-sikit. He he he.

Maaf tulisan saya persis lelaki miang. tapi ada ke lelaki tak gatal? Ada ke? (dua kali tanya tu, he he he)

SAYA JAWAP CARA SAYALAH  bila ada isu siapa yang perlu masak. Ini rumahtangga saya...He he he. Itulah saya jadi hairan bila siapa patut memasak dan mengemas ni jadi isu pulak bagi yang telah berkahwin. Teruk betul depa...

Rumahtangga ni bak taman yang dijagai oleh dua orang. Kena ada timbal balik... Tapi mereka ni bila dah lama kawin akan rasa tertekan dan mula cari pangkal atau asas nak tahu siapa yang kena buat apa... teruk betul...

Benda-benda ni kalau jadi tanggungjawab jadi tak best kan? tapi kena la tahu tanggungjawab takut tunggang langgang bila ada pasangan jenis berkira.

Image result for SEXSY MEN COOKING

Tapi tak apalah, biar saya yang masak. Saya akan masak dengan pakai seluar pendek sahaja, baru makanan saya sedap dan ghairah...

Weeek. hu hu...



Image result for sukiman menulis masakan
Sup yang saya masak...



Image result for sukiman menulis masak
Ayam masak berlada...senang je nak buat

Ha ha ha...dunia saya, saya punya

Image may contain: 1 person



Dunia awak lain yea...

Booo...

Bini orang jauh lebih cantik dari bini kita...

Kita `jumpa' bini kita bukan di dalam rumah kita. Masa kita pertama kali berjumpa dan jatuh hati semuanya berlaku bukan dalam rumah kita. Masa kita `berdating' juga begitu. Ia berlaku di luar rumah kita. Malah saya berani kata pada masa itu kebanyakan dari kita tak ada rumah pun!

Dan...memang bini kita akan lebih jauh kelihatan cantik apabila berada di luar rumah. terutama apabila mereka pergi kerja. Mereka akan berdandan dengan rapi, berpakaian cantik dan wangi. Pakai gincu merah menyala!. Tapi kecantikan itu semua adalah `hidangan' pada/di tempat bini kita berkerja. Bukan hidangan harian kepada kita. 

Di tempat kerja, kita tidak dapat lihat bini kita kelihatan tergedik-gedik manja sambil fotostape, dan bini kita agak mendada kerana tumit tingginya tinggi. Aksi tadi (aksi menfotostape) menonjolkan sebahagian dari punggungnya (punggung bini kita)...yang sedikit terangkat. 

Bukan hidangan harian kepada kita sebab apabila dia pulang dari kerja, dia mungkin sudah berbau masam dan kelihatan letih macam kucing baru beranak!.

Dan dalam menguruskan rumahtangga (yang kita tak tolong sangat), bini kita kalau tak berkembam, dia berbaju berkelawar. Tiada berbau perfume kecuali bau bawang. atau kari. sekali tengok persis perlarian Rohinya.

Tak ada bini yang tumbuk sambal belacan pakai gincu merah menyala, berkasut tumit tinggi.Tak ada.

Kita juga di tempat kerja `dihidangkan' dengan kecantikan bini orang. Yang ada kalanya lebih segar, gebu dan muda. lebih berjenama dari anak-anak dara yang bergaji rendah sebab baru kerja...(tak ada banyak duit untuk melawa, atau berjimat sebab nak bayar daungpaimeng kereta).

Sebab itulah di tempat kerja si suami akan rasa bini orang lebih cantik daripada bininya. Pada hal mungkin bininyalah yang paling cantik di tempat kerja tersebut (jika dia pergi tinjau).

Dia rasa bininya tidak cantik (padahal bininya cantik) kerana  dia hanya berpeluang mendapat `sisa' hidangan kecantikan isterinya...


Add caption

Thursday, April 6, 2017

Beg untuk mak, kasih sayang untuk saya


Ini beg yang saya beli untuk mak. Beli di Parkson, Alamanda. Masa ini saya tengah berkursus iso.

Pemilihan dibuat oleh dua kawan perempuan saya.

Saya sudah beritahu mak akan pembelian inik, dan mak ucap terima kasih.

Saya tak sabar untuk balik kampung...beri pada mak.

Saya sedih juga kerana saya tidak dapat beri kemewahan kepada emak saya. Namun saya tahu emak saya tidak mahu itu semua. Emak saya mahu saya akan jumpa orang yang akan sayangi saya seperti mak sayangi saya.

Dan orang itu tidak pernah ada...

Rutin sebagi isteri Vs rutin sebagai pekerja

Saya malu hendak menulis perkara ini (saya mungkin dinampak aneh oleh orang-orang di sekeliling saya pada abad ini). Semasa saya menulis posting ini saya berada pada tahun 2017. Saya menjangkakan dalam ratusan tahun lagi, mungkin posting saya ini akan dibaca oleh masyarakat yang lebih ke depan...semoga dapat dibuat kajian.

Saya akui saya lebih suka buat kerja rumah dan berada di rumah berbanding dengan tempat kerja. Di rumah lebih menyenangkan berbanding dengan tempat kerja yang seolah-oleh kerja-kerja tersebut tidak pernah akan habis. Yang kadang-kadang membuat saya tidak gembira.

Saya juga lebih senang mengeksprasikan diri saya di rumah berbanding di tempat kerja yang memenatkan dan penuh persaingan dalam sedar dan tidak sedar.

Anehkah saya jika berperasaan begitu semata-mata saya lelaki?

Saya hidup di abad di mana perempuan handal-handal belaka, manakala lelaki pula selamba sahaja. Di mana mereka rata-rata sedikit bilangan dan tidak handal-handal belaka kecuali berkata-kata. Tidaklah pula saya mahu menyalahkan perempuan semata sebab ia juga boleh bermula kerana kelemahan lelaki.

Jika lelaki dan perempuan faham fungsi mereka masing-masing, rumahtangga akan jadi bahagia. Saya rasa sangat penting fungsi perempuan untuk berada di rumah menguruskan hal keluarga sementara si suami keluar mencari kerja.

Sebab itulah saya tidak pernah memandang rendah terhadap suri rumah samada mereka berpelajaran atau tidak kerana saya berpendapat kerja-kerja di rumah lebih maha penting dari kerja di tempat kerja. Di rumah kita melahirkan manusia, membentuk manusia agar manusia menjadi satu bangsa yang bertamadun. Bukan monyet.

Jangan pandang rendah rutin sebagai seorang isteri. Dan ia lebih penting dan wajib dijalankan berbanding dengan rutin seorang pekerja. Walau sesibuk mana selelah mana, rutin tersebut mestilah dijalankan dengan penuh tanggngjawab. Membuat kerja yang sama memboringkan, tidak mencabar. tetapi bila kita membuatnya ia kan dapat ganjaran yang besar dalam rumahtangga. dalam agama, mungkin kita rela merangkak untuk membuat air kepada suami jika kita dapat melihat besarnya ganjaran pahala.

Si suami pula janganlah memaksa si isteri bekerja dengan bersungguh-sungguh sebab nafkah masih di atas tanggungjawab kita sebagai suami. Dan jika tiba-tiba si isteri mahu berhenti kerja, si suami wajib sedar ia bukanlah dosa... Rutin menjadi isterilah yang membawa mereka ke syurga, bukan rutin sebagai pekerja...

Abang Jan: Memang perempuan zaman sekarang handal-handal belaka...

Menurut riwayat Jauzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar’ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta’al AI Jibry).

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home