Stanggungjawab makan, minum dan tempat tinggal, adalah tanggungjawab suami. Nak fikir pasal bayar ansuran kereta dan rumah, nak bayar bil-bil, nak bayar cukai pintu, nak bayar mesen rumput JUGA semuanya atas tanggungjawab suami. Bukan tanggungjawab isteri.
Walaupun dalam masyarakat kita dah terbalik, itu isu lain.
Jadi bagi saya tidak timbul soal siapa kena masak bila kedua-dua pasangan adalah bekerja duduk sebumbung. Saya tidak akan marah kalau isteri letih, saya akan beli makanan di luar dan siap tanya `Ling (darling) you nak makan apa?".
Tapi kalau dia dulu tanya saya nak makan apa? Saya buat-buat gatal dengan menjawab "Ai nak makan you...". dengan kerlingan mata gaya sensual. He he he. Dalam rumahtangga kena la ada gurau senda, baru ada nikmat cinta. Kita bukan kambing. Kambing pun ada gesel sikit-sikit. He he he.
Maaf tulisan saya persis lelaki miang. tapi ada ke lelaki tak gatal? Ada ke? (dua kali tanya tu, he he he)
SAYA JAWAP CARA SAYALAH bila ada isu siapa yang perlu masak. Ini rumahtangga saya...He he he. Itulah saya jadi hairan bila siapa patut memasak dan mengemas ni jadi isu pulak bagi yang telah berkahwin. Teruk betul depa...
Rumahtangga ni bak taman yang dijagai oleh dua orang. Kena ada timbal balik... Tapi mereka ni bila dah lama kawin akan rasa tertekan dan mula cari pangkal atau asas nak tahu siapa yang kena buat apa... teruk betul...
Benda-benda ni kalau jadi tanggungjawab jadi tak best kan? tapi kena la tahu tanggungjawab takut tunggang langgang bila ada pasangan jenis berkira.
Tapi tak apalah, biar saya yang masak. Saya akan masak dengan pakai seluar pendek sahaja, baru makanan saya sedap dan ghairah...
Weeek. hu hu...
Sup yang saya masak... |
Ayam masak berlada...senang je nak buat |
No comments:
Post a Comment