Kita `jumpa' bini kita bukan di dalam rumah kita. Masa kita pertama kali berjumpa dan jatuh hati semuanya berlaku bukan dalam rumah kita. Masa kita `berdating' juga begitu. Ia berlaku di luar rumah kita. Malah saya berani kata pada masa itu kebanyakan dari kita tak ada rumah pun!
Dan...memang bini kita akan lebih jauh kelihatan cantik apabila berada di luar rumah. terutama apabila mereka pergi kerja. Mereka akan berdandan dengan rapi, berpakaian cantik dan wangi. Pakai gincu merah menyala!. Tapi kecantikan itu semua adalah `hidangan' pada/di tempat bini kita berkerja. Bukan hidangan harian kepada kita.
Di tempat kerja, kita tidak dapat lihat bini kita kelihatan tergedik-gedik manja sambil fotostape, dan bini kita agak mendada kerana tumit tingginya tinggi. Aksi tadi (aksi menfotostape) menonjolkan sebahagian dari punggungnya (punggung bini kita)...yang sedikit terangkat.
Bukan hidangan harian kepada kita sebab apabila dia pulang dari kerja, dia mungkin sudah berbau masam dan kelihatan letih macam kucing baru beranak!.
Dan dalam menguruskan rumahtangga (yang kita tak tolong sangat), bini kita kalau tak berkembam, dia berbaju berkelawar. Tiada berbau perfume kecuali bau bawang. atau kari. sekali tengok persis perlarian Rohinya.
Tak ada bini yang tumbuk sambal belacan pakai gincu merah menyala, berkasut tumit tinggi.Tak ada.
Kita juga di tempat kerja `dihidangkan' dengan kecantikan bini orang. Yang ada kalanya lebih segar, gebu dan muda. lebih berjenama dari anak-anak dara yang bergaji rendah sebab baru kerja...(tak ada banyak duit untuk melawa, atau berjimat sebab nak bayar daungpaimeng kereta).
Sebab itulah di tempat kerja si suami akan rasa bini orang lebih cantik daripada bininya. Pada hal mungkin bininyalah yang paling cantik di tempat kerja tersebut (jika dia pergi tinjau).
Dia rasa bininya tidak cantik (padahal bininya cantik) kerana dia hanya berpeluang mendapat `sisa' hidangan kecantikan isterinya...
Add caption |
No comments:
Post a Comment