Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, September 18, 2016

Train to Busan (2016): Bukan kisah pemuda mencari apam


Buat pertamakalinya saya ke |Segamat untuk menonton wayang. 

Nasib baik saya sempat juga nonton filem ni walaupun terlalu sibuk. Filem ini penting kerana dikatakan antara filem zombi terbaik terbitan benua Asia...

Image result for train to busan
Hero...

Ramai orang silap apabila membicarakan cerita zombie, maksud saya ramai yang fokus kepada zombie tetapi yang sebenarnya titik fokus adalah kepada bagaimana manusia menghadapi perubahan apabila berlaku malapetaka. Dan malapetakalah alat yang paling tepat untuk mengukur nilai kemanusiaan.

Image result for train to busan


Maksud saya dengan ada zombielah kita tahu siapakah di antara kita ini pentingkan diri sendiri...dan banyak lagi pengajaran dan ukuran bagi mereka yang nak berfikir. 


Hari ini dalam sejarah, tengok wayang di Segamat.

Tidak rugi menontan filem ini sebab ia bukanlah cerita biasa yang kita boleh agak penamatnya. Tak rugi membayar dan memberi masa. Saya terhibur sangat.

Image result for train to busan
Budak ni pandai berlakon...

Dan dalam beberapa babak, saya rasa nak menangis. Tetapi saya tahan.

Ada babak-babak tu saya terkejut...



Cerita ni pasal segerombolan penumpang yang naik keretapi untuk ke Busan.Dan kejadian zombi menzombi berlaku dalam gerabak-gerabak keretaapi.

Tak rugi tengok cerita ni sebab banyak elemen positif yang diterapkan... ada elemeng kekeluargaan. maklumlah cerita Asia. 

Bila selesai tengok cerita ni terus saya terfikir bila la Malaysia nak buat cerita yang bagus... Dari kecil sampai besar filem Malaysia dok lagu tu jea... kisah pemuda kejar apam, kisah pemudi kejar kayu keramat...

Emm...



Thursday, September 15, 2016

Mengapa perempuan sekarang boleh hidup tanpa lelaki?




SALAH satu punca yang selalunya tidak pun dianggap sebagai punca besar penceraian ialah sikap lepastangan suami terhadap isteri. iaitu sikap suami menyerahkan pengurusan rumahtangga bulat-bulat di atas bahu si isteri. Contohnya  kerja mengasuhdidik anak dan beban kewangan.

Seperti yang kita tahu pada zaman sekarang ramai suami yang tidak mampu tanggung anak bini, maka mereka membenarkan isteri (yang bijak) keluar rumah untuk bekerja (sesetengahnya bekerja lebih keras berbanding si suami).

Image result for independence women


Jadi pada zaman sekarang perempuan (isteri) mengurus banyak perkara, bukan lagi setakat jaga anak-anak, basuh baju dan memasak. Pada zaman ini perempuan juga menguruskan banyak hal termasuk menangani isu lapisan ozon dan mengurus `perangai' laki mereka...(bunyi agak kelakar tapi itulah hakikatnya). Seolah tiada keadilan dalam rumahtangga.

Atas apa jua alasan, sebenarnya perempuan tidak boleh dibiarkan TERLALU berdikari.


Image result for independence women


Terlalu berdikari menyebabkan si isteri mungkin berfikir (apabila si suami main kayu tiga empat lima) " Aku boleh hidup tanpa lelaki sebab selama ini pun hampir 100% hal rumah tangga aku yang buat. Buat apa hidup makan hati dengan orang yang tidak tahu hargai diri kita..."

Terlalu berdikari juga membuatkan si suami mungkin berfikir "Tak apa aku bercerai,  isteri aku boleh hidup dan menguruskan anak-anak sebab selama ini dia yang buat juga... Dia yang bayar rumah dan kereta...dan lain-lain...."

Ingat! Esok pasangan kita mungkin berubah. Tidak esok lusa..minggu depan, bulan depan, tahun depan... Bila-bila masa sebenarnya...

Jangan terlalu yakin kita tak akan menangis tanpa mengikut irama (menangis tak berlagu).

He he he...

"Tiada cinta tanpa risiko. Ya memang kita kena lepaskan apa yang kita sayang sebab kalau dia betul-betul sayang dan adalah hak kita, dia akan kembali. Tetapi sebelum lepaskan dia kita kena tahu statistik menunjukan 50% yang dilepaskan tak akan kembali-kembali lagi...he he he"

-Abang Jan.




Kisah paralimpik, orang menyalak dan hisap rokok seludup...

Pernah tak berkawan dengan orang yang negatif? Individu ini mewakili kumpulan yang besar dalam masyarakat internat, juga dalam masyarakat sebenar kita. Dari kampong sehinggalah bandar. berbilang bangsa dan agama.
Ada masyarakat tidak menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Mereka tidak membayar cukai kerana pendapatan mereka kecil. Golongan ini tetap mendapat keselesaan hidup daripada pembangunan ekonomi di sekeliling yang dibiayai oleh duit rakyat (antaranya cukai) yang dibayar oleh golongan masyarakat yang mampu atau kaya.

Ada juga masyarakat yang menjadi beban kepada masyarakat dan pembangunan negara, mereka berkerja merosakan keamanan negara. mencuri dan merompak. Mereka sebenarnya juga menerima bantuan yang besar dari kerajaan dan masyarakat sekeliling (melalui pendidikan yang diberikan di sekolah-sekolah, juga kesihatan). Tetapi mereka tidak sedar akan pertolongan ini sebab mereka bodoh sombong (istilah yang selalu orang tua-tua guna). Tiada usaha mencari ilmu pengetahuan dan tidak membaca.

Golongan ini kehidupannya berbeza dengan golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi (di mana mereka layak dicukai). berbeza kebendaan dan juga pemikiran.

Namun saya dapati terdapat segelintir golongan yang tidak membayar cukai yang besar inilah pula yang `menyalak' lebih berbanding dengan golongan yang dicukai. Mungkin golongan yang dikenakan cukai yang besar hanya berdiam diri (walaupun mungkin tidak puas hati) kerana mereka tahu apa itu fungsi cukai. Mereka lebih berfikir "Apakah sumbangan aku kepada masyarakat dan negara", bukannya "Apa yang negara sumbangkan kepada aku". Haaa.. Tentulah orang berfikiran besar dan positif berbeza dengan orang yang berfikiran kecil dan negatif.

Isunya ialah seorang rakan iaitu Zainal Keling (nama samaran) tidak setuju dengan imbuhan besar yang akan diberikan kepada peserta paralimpik kita. Katanya "Habislah duit rakyat..."

Saya tidak suka sukan. dan tak minat langsung sukan. tetapi saya tidak pula membantah imbuhan yang diberikan kepada ahli sukan yang berjaya samada olimpik atau paralimpik...sebab saya tahu susah payah mereka berusaha. Ianya bukanlah sesuatu perkara yang senang.

Image result for paralympics 2016 malaysia

"Habislah duit rakyat..."

Konsep `duit rakyat' adalah kabur, sekabur dengan konsep hutang negara, sekabur dengan dasar negara. Kekaburan ini payah untuk difahami oleh sesetengah orang yang pemikiran mereka payah kita nak faham dan mereka payah nak faham pemikiran kita.

Bagi orang yang bodoh, kehidupan ini senang sahaja. sesenang hitam putih. Mereka tidak memeriksa tahap kehitaman tersebut, atau mengukur keputihan tersebut. Senang sahaja bagi mereka. laju sahaja bercakap dan menaip untuk FB. Tidak perlu fikir panjang-panjang (sebab mereka bodoh - Harith Iskandar selalu guna perkataan `bodoh' ini, saya selalu tergelak walaupun kadang-kadang terkena atas batang hidung saya. Ya saya bodoh).

Yang cerdik pula ambil masa untuk menulis atau bercakap sebab mereka nak olah ayat, nak hadam situasi, nak kaji sebab dan akibat.

[Ya, memang bodoh itu sendiri pun ada katogerinya. Macam saya, saya mengaku saya bodoh antaranya dalam hal computer dan kereta . Maksud kebodohan yang saya rujuk ilah bodoh untuk belajar memahami situasi kesan dan akibat...melihat hubungan/kolerasi]

" Habislah duit rakyat..." Senang sahaja si Zainal mennyalak, sedangkan dia tidak membayar cukai yang tinggi. Cukai pendapatan tidak bayar, cukai rokok tak bayar (sebab hisap rokok seludup), dan lain-lain cukai seperti cukai tafsiran. Nasib baik dia kena bayar GST. Itupun dengan kadar yang rendah sebab kadar pembeliannya tidak kerap dan membeli barang yang murah... kalau tidak dia akan bertambah takbur.

Apa salahnya berikan imbuhan setimpal sama ada olimpik atau paralimpik...

Yang sepatutnya bising ialah golongan kaya yang membayar cukai yang besar. Mereka berkerja keras siang malam, berjimat cermat tetapi akhirnya terpaksa membayar cukai yang tinggi. Di negara maju, rakyat menyanjung tinggi golongan kaya kerana golongan kayalah yang membawa kesejahteraan melalui cukai mereka. Tetapi di negara kita golongan kaya masih dipandang negatif, kebendaan, tidak islamik dan materialistik... Dicari salah mereka...sehingga dalam hal orang kaya bercuti di luar negara pun dijadikan isu...[dikatakan membazir. mereka tak fikir mungkin yang melancong tersebut ikat perut, kumpul duit, kerja kuat untuk merealisasikan impian...bukannya goyang telor bangun tengahari]



Tetapi golongan ini tidak menyalak walaupun mereka sebenarnya membayar harga kehidupan lebih tinggi...[berbanding dengan golongan yang tak ada duit banyak tu...]
Sekian.




"Tak kaya, tak handsum, tak ada banyak duit, tak berpelajaran bukannya lessen untuk kita jadi biadap dan bodoh!
- Abang Jan

Wednesday, September 14, 2016

...and pause from a busy week... Laman








Peralihan zaman...

Dulu masa saya muda-muda saya meminati Zaiton Sameon, ia menjadi penyanyi wanita nombor dua yang saya minat selepas arwah Kak Pah. Saya minat lagu-lagunya dan juga Zaiton Sameon yang seksi. Bagi saya Zaiton Sameon adalah lambang keseksian di mana mengajar manusia, iaitu tak perlu cantik dan berisi untuk menjadi seksi. Masa itu umur saya tepat 17 tahun.

Hari ini, tahun depan tepat umur saya 47 tahun. Saya melihat penyanyi/pelakon wanita tidak seperti dahulu. Malah dalam beberapa hal tanpa saya sedari saya rasa gusar apabila melihat mereka terlalu menonjolkan bentuk badan. Saya bimbang ia akan membawa kepada pengaruh buruk kepada generasi muda. Lagipun mempertontokan kecantikan sebegitu seolah tidak bermoral. Dalam agama tentulah lagi haram hukumnya.

Tahun-tahun yang bertambah sedikit sebanyak secara perlahan merubah pengukuran dan nilai saya terhadap banyak benda/perkara. Saya melihat perempuan secara lebih mendalam dan menyeluruh. Peralihan zaman membuatkan saya celik banyak perkara. Namun tidaklah terus saya melemparkan kata negatif terhadap wanita tidak bertudung sebab kalau saya perempun pun belum tentu saya bertudung. saya tak jamin. He he he.

Oleh itu saya tidaklah mengutuk keras apabila berlaku sesuatu yang di luar persetujuan minda saya. Sebabnya saya dahulu pun begitu juga... dan saya percaya ia juga berlaku pada orang lain. Yang paling penting ialah sentiasa mahu berubah untuk menjadi lebih baik walaupun ianya payah.

Peralihan zaman membuatkan kita tidak seperti kita yang dulu. Maksud saya tidak 100% lagi...



Image result for peralihan zaman

Tak apalah saya balik sendiri Man...

Saya banyak kerja jadi saya suruh dia tunggu. Selepas dia membeli belah saya akan ambil dia semula (bila dia hubungi saya). Masa saya beritahu cadangan saya terus dia jawab:

"Tak apalah saya balik sendiri Man..."

Dan selepas itu apabila saya sampai dia masih tak ada di situ. Saya tunggu dan hubungi dia berkali-kali. Selepas lama menunggu saya pergi ke rumahnya sebab bimbang kalau dia apa-apa. 

Sampai di rumah saya tengok dia masam jea.

Saya terus marah-marah sebab dia buat saya rasa rungsing. Saya rasa rungsing bukan sebab saya mahukan dia (tapi dia memang mahukan saya). Saya rungsing jika dia ditimpa kemalangan.

Selepas itu barulah saya sedar yang "Tak apalah saya balik sendiri Man..." tu bermaksud sangat sebaliknya...

Saya terlupa dalam persahabatan kami saya adalah lelaki dan dia adalah perempuan...emmm..



Thursday, September 8, 2016

Kisah di Paksun Kuantan, jurujual bodoh dan baju kemeja hijau

Sekoyang-koyangnya semasa saya berjalan-jalan di ECM, saya teringat sudah lama saya tidak membeli baju kemeja. jadi saya rasa elok saya membelinya alang-alang berada di ECM. Kemeja tersebut kalau boleh, boleh dipakai untuk berjalan-jalan (luar waktu kerja) dan juga untuk dipakai pada waktu kerja. Pendek kata saya nak kemeja yang tak nak nampak serius sangat atau badut sangat.

Saya pun melenggang ke bahagian baju lelaki. Saya berkenan dengan satu kemeja harganya RM167.90 selepas diskaun. Masih mahal bagi saya. Saya lihat baju itu memang sesuai dengan saya punya personaliti dan sewaktu dengannya...tapi apakan daya harganya di luar kemampuan saya.

Saya terus ke bahagian jenama yang lebih murah dan terus berkenan dengan satu baju yang kotak-kotak. Kotaknya sangat halus dan tak ketara sangat. Lalu saya cari jurujual. Cari punya cari jurujual tersebut sedang sembang kencang di bahagian baju jenama lain. Duduk berlonggok di situ sambil sekali-sekala ketawa.... Situasi yang sepatutnya tak terjadi...(selamat datang ke Malaysia).

Jadi saya ikutlah jurujual tersebut ke departmeng dia. Saya beritahu saya nak terai baju ini tapi saya nak terai baju warna hijau. Namun dia tidak benarkan, dia beria suruh saya terai baju display tersebut yang warna merah. Dengan alasan saiznya sama. 

Saya ada dua alasan sebenarnya mengapa saya mahu cuba baju tersebut. Pertama sebab nak lihat saiz berpadanan atau tidak sebab walaupun saiz L, ia kadangkala tak sama antara satu jenama dengan jenama yang lain. Sebab kedua sebab nak lihat kaler hijau elok tak bila saya pakai. Sebab bagi saya kaler memainkan peranan penting bagi menyerlahkan kesesuaian penampilan saya.

Tetapi entah apa sakitnya otak jurujual tersebut dia buat tak tahu dan suruh saya terai baju merah juga. Saya rasa dia malas nak buka plastik untuk baju hijau yang saya nak...

Saya rasa peranan juru jual sepatutnya lebih besar dan lebih bermanafaat. Maksud saya bukan cari baju yang saiz diminta, dan tulis resit sahaja. Kalau boleh berilah panduan atau maklumat atau tanya sedikit sebanyak baju kehendak pelanggan. Contohnya untuk majlis apa atau untuk kegunaan harian atau tidak dan sebagainya. Apalah salahnya kalau kita buat hati pelanggan gembira dan rasa dihargai.

Tapi kat Malaysia ini begitulah rata-ratanya bila mengenangkan riwayat pembelian baju saya. Mungkin saya tak kelihatan seperti orang berduit sebab itu dilayan sebegitu. Tetapi tak kanlah nak saya kelihatan kaya atau berimej `datuk' atau seleberiti barulah dilayan dengan baik. Itu hipokrit...

Saya harap Paksun  latihlah jurujual mereka serba sedikit walaupun cara pengambilan jurujual itu takat muat sahaja.

Sekian...







Image result for bad salesman quotes

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home