Dulu masa saya muda-muda saya meminati Zaiton Sameon, ia menjadi penyanyi wanita nombor dua yang saya minat selepas arwah Kak Pah. Saya minat lagu-lagunya dan juga Zaiton Sameon yang seksi. Bagi saya Zaiton Sameon adalah lambang keseksian di mana mengajar manusia, iaitu tak perlu cantik dan berisi untuk menjadi seksi. Masa itu umur saya tepat 17 tahun.
Hari ini, tahun depan tepat umur saya 47 tahun. Saya melihat penyanyi/pelakon wanita tidak seperti dahulu. Malah dalam beberapa hal tanpa saya sedari saya rasa gusar apabila melihat mereka terlalu menonjolkan bentuk badan. Saya bimbang ia akan membawa kepada pengaruh buruk kepada generasi muda. Lagipun mempertontokan kecantikan sebegitu seolah tidak bermoral. Dalam agama tentulah lagi haram hukumnya.
Tahun-tahun yang bertambah sedikit sebanyak secara perlahan merubah pengukuran dan nilai saya terhadap banyak benda/perkara. Saya melihat perempuan secara lebih mendalam dan menyeluruh. Peralihan zaman membuatkan saya celik banyak perkara. Namun tidaklah terus saya melemparkan kata negatif terhadap wanita tidak bertudung sebab kalau saya perempun pun belum tentu saya bertudung. saya tak jamin. He he he.
Oleh itu saya tidaklah mengutuk keras apabila berlaku sesuatu yang di luar persetujuan minda saya. Sebabnya saya dahulu pun begitu juga... dan saya percaya ia juga berlaku pada orang lain. Yang paling penting ialah sentiasa mahu berubah untuk menjadi lebih baik walaupun ianya payah.
Peralihan zaman membuatkan kita tidak seperti kita yang dulu. Maksud saya tidak 100% lagi...
No comments:
Post a Comment