SALAH satu punca yang selalunya tidak pun dianggap sebagai punca besar penceraian ialah sikap lepastangan suami terhadap isteri. iaitu sikap suami menyerahkan pengurusan rumahtangga bulat-bulat di atas bahu si isteri. Contohnya kerja mengasuhdidik anak dan beban kewangan.
Seperti yang kita tahu pada zaman sekarang ramai suami yang tidak mampu tanggung anak bini, maka mereka membenarkan isteri (yang bijak) keluar rumah untuk bekerja (sesetengahnya bekerja lebih keras berbanding si suami).
Jadi pada zaman sekarang perempuan (isteri) mengurus banyak perkara, bukan lagi setakat jaga anak-anak, basuh baju dan memasak. Pada zaman ini perempuan juga menguruskan banyak hal termasuk menangani isu lapisan ozon dan mengurus `perangai' laki mereka...(bunyi agak kelakar tapi itulah hakikatnya). Seolah tiada keadilan dalam rumahtangga.
Atas apa jua alasan, sebenarnya perempuan tidak boleh dibiarkan TERLALU berdikari.
Terlalu berdikari menyebabkan si isteri mungkin berfikir (apabila si suami main kayu tiga empat lima) " Aku boleh hidup tanpa lelaki sebab selama ini pun hampir 100% hal rumah tangga aku yang buat. Buat apa hidup makan hati dengan orang yang tidak tahu hargai diri kita..."
Terlalu berdikari juga membuatkan si suami mungkin berfikir "Tak apa aku bercerai, isteri aku boleh hidup dan menguruskan anak-anak sebab selama ini dia yang buat juga... Dia yang bayar rumah dan kereta...dan lain-lain...."
Ingat! Esok pasangan kita mungkin berubah. Tidak esok lusa..minggu depan, bulan depan, tahun depan... Bila-bila masa sebenarnya...
Jangan terlalu yakin kita tak akan menangis tanpa mengikut irama (menangis tak berlagu).
He he he...
"Tiada cinta tanpa risiko. Ya memang kita kena lepaskan apa yang kita sayang sebab kalau dia betul-betul sayang dan adalah hak kita, dia akan kembali. Tetapi sebelum lepaskan dia kita kena tahu statistik menunjukan 50% yang dilepaskan tak akan kembali-kembali lagi...he he he"
-Abang Jan.
No comments:
Post a Comment