Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, October 18, 2013

Terima kasih jiranku...

Minggu ini saya berulang-alik dari Kuantan ke Muadazam. 

Semalam jiran di hadapan rumah saya datang bertandang. Saya pernah menulis mengenai perangai beliau yang merimaskan saya kerana suka bertandang. Setelah bertahun-tahun saya duduk di taman perumahan tersebut (walaupun cuma hujung minggu), saya dapat simpulkan dia adalah seorang jiran yang baik, saya sahaja yang berlagak. He he he. Contoh kebaikan beliau ialah:

1. Beliau baik dengan ayah dan mak saya.

Bila ayah dan mak saya datang, beliau suka berbual dan melayan ayah saya. Saya pulak sibuk dengan kerja. Walaupun ayah saya seorang orang kampung tetapi beliau tetap hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau tidak memilih bulu. Dan ada juga beliau bertanyakan hal ayah saya bila ayah saya lama tak datang. Dia perihatin.

Dan ayah dan mak saya juga selalu tanya "Cikgu depan rumah apa khabar?"

2. Beliau mengingatkan saya menjaga keselamatan diri dan rumah.

Beliau mengingatkan saya jangan letak tangga, pisau dan benda-benda yang boleh membantu rumah saya dimasuki pencuri. Dia juga cadangkan saya memasang lampu automatik demi keselamatn rumah saya. Dan pernah suatu ketika dia menalipon saya bertanyakan siapa yang ada di dalam rumah saya kerana ada lampu terpasang di malam hari (semasa berada di Muadzam).

3. Beliau seorang infomatif.

Beliaulah yang memberitahu saya mengenai perkembangan semasa taman perumahan saya. Contohnya jiran yang baru, rumah mana nak dijual, siapa yang bercerai berai, dan juga mengenai dilema rukun tentangga di kawasan perumahan saya. 

Malah semua informasi yang di luar kawasan juga dimaklumkan kepada saya. Bila mendapat berita darinya tidaklah saya jadi kera sumbang dan terpencil di kawasan perumahan tersebut.

4. Beliau seorang pembekal

Beliau pernah memberi rokok kepada saya sebagai bekal. Ceritanya pada suatu petang yang syahdu saya tertinggal rokok saya. Dan saya paulah rokok beliau, dan bila nak balik ke rumahnya dia tinggalkan rokok untuk saya. Dia kata `buat bekal malam'. Hati saya terus cair...

5. Beliau mahu menolong menyiram pokok di rumah saya.

Beliau ada tawarkan dirinya untuk menyiram pokok-pokok saya. Namun saya tolak sebab ia akan menyusankan dia. Biarlah pokok saya mati tak bersiram. Namun menyusahkan orang tidak sesekali. Namun saya terharu atas pelawaan dan kesanggupan dirinya. Mungkin dia tengok saya seorang yang baik kot...(pulak dah, he he he).

6. Dia menjemput saya jika dia buat makan-makan.

Walaupun bila saya buat makan-makan saya tidak pernah jemput dia. Dia tetap menjemput saya ke rumahnya setiapkali dia buat makan-makan. Maknanya dia tidak simpan di hati. Payah nak cari jiran macam ini kan?

7. Dialah sebenarnya jiran yang baik

Jiran saya beritahu dia mahu membeli sebuah rumah lagi di Gambang, dan beliau ajak saya beli supaya kami dapat berjiran lagi...

Ya, sebenarnya dialah seorang seorang jiran yang baik. Jauh lebih baik daripada saya yang kononnya urban gitu. Walaupun hujung minggu sahaja saya singgah di taman perumahan itu dia tetap datang bertanya khabar. Mungkin dia mahu saya tak terasa sunyi...dan terpencil. Saya saja yang buta.

Jan: Saya akan berusaha menjadi jiran yang baik juga...mudah mudahan

Thursday, October 17, 2013

Pasal korban...

Sebermula cerita ada lah saya ngadap tv hari raya korban. Lepas tu wartawan (pemberita kot) seksi kat tv buka isu pasal rakyat Malaysia yang buat korban kat luar negeri. Wartawan tersebut bacalah FB yang diterimanya kepada penonton tv. Dan bincangkan hal tersebut.

Dan sebermulanya saya dengarlah pendapat-pendapat rakyat yang bukan ahli agama pasal korban ni. He he he. Saya tergelak sebab masyarakat memang `pandai' dan `cepat' je menjatuhkan hukum dan beri pendapat pasal agama.

Si wartawan pulak pakai hentam jea perbincangannya, dan yang tulis kat FB pun entah `budak' hingusan mana. Bukan apa, katalah saya kolot pun tapi biarlah ahlinya sahaja bercakap. Isu agama bukan macam isu politik dan sosial.

Dan buat wartawan tersebut.....saya nak beritahu hal korban ni bukan pasal lembu sahaja.

Jan: Aku terkorban dalam percintaan itu...(pulak dah).





Perkahwinan Mekzue 2013



1. Ini adalah gambar perkahwinan kawan baik saya. Mek Zue.

2. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinannya.

3. Namun semoga dia berbahagia. Semoga aman damai, bahagia dan saling jujur selalu.



4. Sekian.

Friday, October 11, 2013

Selamat hari raya...haji 2013


Gazebo kecil saya...Bhg 3 (di hari persandinganmu -Sudirman)


Impian untuk memiliki pondok/gazebo ini datang memuncak bila pada suatu petang mak saya kata alangkah eloknya ada pondok kecil di tengah laman. Sebenarnya saya memang sudah bermyvi keliling Kuantan untuk melihat gazebo-gazebo yang dijual di sekitar Kuantan. Namun saya tidak berkenan kerana buatannya kasar.




Saya sebenarnya tidak suka gazebo yang sarat berukir, saya mahu beli yang simple sahaja. Konon urbanlah sangat, he he he. Namun sekali tengok saya tergoda jua dengan ukiran halus dan sangat teliti pembuatnnya. Saya pun hairan mengapa saya berkenan sangat dengan gazebo ini sedangkan saya bercadang nak buat laman bertema moden dan minimalis.



Salah satu sebab kenapa saya suka  akan kepada gazebo ini adalah kerana tiang batangnya besar. Nampak kukuh di mata saya. Nampak seimbang berbeza benar dengan hidup saya yang tak tahu ke tengah ketepi dan tidak seimbang ini. He he. Kalau tiang kecil nampak tak elok, nampak pelik dan tak seimbang.

Saya sudah banyak kali melihat gazebo dalam majalah tetapi saya tidak suka jika tiang batangnya kecil.







Gambar di atas kelihatan pak cik merokok sambil siapkan kerja gazebo ini. Pada suatu petang saya ada bertanya kepada pak cik "Kenapa ada ukiran di atas tu tak semateri seginya?". Pak cik beritahu yang bahagian atas ukiran dibuat dengan tangan, maka ada yang tidak tepat. Dan tambahnya lagi ketidaktepatan tersebut menambah nilai gazebo ini. Pelik.




Saya berhajat nak letak lampu di tengah tapi takut pula nampak `over'. Namun akhirnya saya bertekad nak letak jugak biarlah kerana itu kehendak hati saya. Sebenarnya saya sudah pun berjumpa dengan lampu yang saya berkenan...he he he.

Ayah saya yang datang bertandang dua minggu lepas ada juga menyarankan dipasang lampu di gazebo tersebut.


Gazebo ini disembur. Pada mulanya saya tidak tahu kenapa gazebo ini perlu disembur. Rupanya untuk melindungi kayu agar tahan lama dari dek diluluhawa cuaca atau dari tebukan kumbang durjana yang tak berhati perut!. Tapi kalau nampak usang pun cantik... Kan? Ada nampak lubang-lubang seperti hidup saya yang berlubang...Pulak dah.



Di hari persandingan mu itu bagai teragut sama nyawaku. Mengapakah aku terakhir yang tahu dari teman-temanmu? (Lirik Sudirman, senimuzik A. Ali)






Tetapi kekasih sebelum kau lupakan diriku. Kutetap setia biarpun terdampar kernamu. Kata mereka kau sungguh bergembira di hari itu...Bagaikan diriku tak pernah bertempat di hatimu. (Lirik Sudirman, senimuzik A. Ali)

Lalu aku mengundurkan diri membalut luka dikalbu. Cintaku padamu tetap abadi walaupun kini ku sendiri... (Lirik Sudirman, senimuzik A. Ali)




Ketika saya membuat posting ini saya terdengar lagu Sudirman ini. Vidio kelip dia ada Kak Yusni Jaafar. kedua-dua mereka sudah tiada. Semoga mereka aman di sana. Amin.

Lagu ini amat sedih, saya rasa nak menangis pulak. Tapi daripada saya menangis adalah lebih baik saya menyumpah perkahwinan tersebut. Tetapi tidak baik pula...emm saya teringat pula lagu sudirman yang lain....Biarlah aku sengsara sendiri. Pulak dah.









Ini adalah manusia yang pertama `merasmikan' gazebo saya. Nama dia Mek Zue. Dia suka makan makanan ringan. Namun dia semakin gigih berdiet semenjak dia bersuami. Kami dah lama berkawan baik dari zaman dia anak dara hinggalah zaman dia kehilangan dara (dah kahwin).

Jan: Sekian....




Thursday, October 10, 2013

Bulan dan juga bintang saya...




Gambar ini dipukul pada tahun 1998 di hadapan rumah saya di kampung Paya Rawa, Besut, Terengganu. Pada masa tersebut saya meminjam (kena bayar) pakaian konvoi dari UM untuk digayakan di kampung halaman. Pada hari konvoi sarjana saya, hanya ayah saya sahaja yang hadir. Jadi saya buat balik baju untuk digayakan bersama keluarga.

Saya mahu ucapkan berbanyak terima kasih kepada ayah dan ibu. Maafkan saya kerana saya tidak menjadi anak yang hebat.

Asrama Seksyen 17 Universiti Malaya (Sept 1991)

Masa tengah galok, inilah rakan `serumah' saya. Kini sudah terputus hubungan kecuali Anuar.

Pada tahun pertama di Universiti Malaya saya tinggal di asrama Seksyen 17. Saya ditawarkan duduk di Kolej ke Lima tetapi saya tolak atas alasan yang saya sendiri tak berapa paham, heheh. Seumur hidup saya, saya tidak pernah duduk asrama. 

Di rumah PKNS ini kami tinggal seramai 9 orang kalau tidak silap.


Asrama kami buat rombingan berkelah kat Buluh Kubu

Yang tak pakai baju dan depakan tangan tu nama dia Rafiken. Dia boleh cakap Jawa. Dalam rumah kami dialah yang ada rupa sikit lebih dari kumpulan kami. Tapi dia pemalu orangnya. Dia selalu pasang walkman 24 jam. Dia selalu nampak tenang.

Yang berkaca mata rambut macam sarang tebuan tu Rahimi. Dia ni jenis tersengeh 24 jam. Dia pandai bahasa inggeris. Dia ni jenis skima jugak orangnya. Dia selalu cerita pasal keluarga dia. Kadang-kadang saya boring tapi saya dengar jugak. Dia pelajar undang-undang.

Dulu dia ada pernah beritahu kalau nak saman orang beritahulah dia....he he he.

Yang malu nak buka baju tersebut adalah kawan baik saya Anuar Rahman. Dia berkulit sedikit hitam. Pada mulanya saya tidak suka perangainya yang kasar. Kalau dia bercakap saya selalu panas telinga. Dia cakap pakai lepas jea...Dia selalu cakap saya anak manja. Namun akhirnya saya tahu hati dia baik. saya memang manja pun...hehehe.


Ini tempat study saya...
Kelihatan di bawah meja kotak yang sebenarnya berisi maggie. Atas meja ada typewriter. Masa tu kami guna mesen taip jea. Seksanya nak buat kertas kerja. kalau malam bising sebuah rumah bila beberapa typewriter bekerja serentak. Kelihatan jadual perancangan tahunan UM yang saya tampal di dinding. Juga hasrat saya nak `save the world'. 

Kelihatan juga contengan di dinding, he he he.

Jan: Antara kenangan termanis saya dalam hidup adalah belajar di UM. Thanks

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home