Koronavirus: Kerani bank ditahan sebar berita palsu
mhafis@hmetro.com.my
SEORANG kerani bank ditahan di Kuantan, Pahang hari ini selepas disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan koronavirus baharu (2019-nCov).
Wanita berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang tadi menjadikan dia individu keenam ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memasuki hari ketiga hari ini, bagi membanteras penyebaran berita palsu berhubung penularan virus itu.
SKMM dalam satu kenyataan berkata, dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung kandungan berita palsu yang dimuat naik di laman Facebook, 27 Januari lalu.
“Turut dirampas adalah telefon bimbit dan kad sim miliknya yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan itu di laman Facebook.
“Dia disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu turut mengingatkan orang ramai, tindakan berterusan akan diambil SKMM dan PDRM untuk memastikan penularan berita palsu, seterusnya menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Harian Metro semalam melaporkan, lima individu sudah ditahan selepas disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak koronavirus baharu.
XXXX
Sama-sama ambil ikhtibar, jangan cipta dan sebarkan berita yang tidak betul. Jika kita ragui sesuatu berita jangan sebbarkan untuk hindari panik.
No comments:
Post a Comment