Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, January 3, 2020

Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan: Cabaran membentuk salasiah manusia dan negara bangsa.

Hasil carian imej untuk Dr maslee
Dr. Maszlee Malik

Sekarang negara Malaysia tidak mempunyai Menteri Pendidikan. 

Saya tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku, namun apabila saya fikirkan dalam dunia politik semuanya boleh berlaku, berubah dan bertukar. Contohnya Tun Mahathir Mohamad berbaik dengan DAP, manakala UMNO berbaik dengan PAS. Tidak pernah terfikir iannya akan terjadi... (Jika nenek saya bangun dari kubur, dan melihat senario ini tentu dia mahu masuk balik...)

Menteri Pendidikan adalah antara kementerian yang paling penting dalam membentuk hala tuju negara dan salasiah manusia Malaysia. Dengan pelajaranlah kita boleh menjadi manusia berguna, pada diri, masyarakat dan negara. 

Namun menjadi ahli politik bertaraf menteri amat mencabar. Membuat kerja-kerja di kementerian satu hal (lagi mencabar jika tidak ada pengetahuan), dan yang lebih mencabar adalah bagaimana menempatkan dan menjayakan diri dalam dunia politik dan dalam parti politik (yang menempatkan kita sebagai menteri). Mungkin ini cabaran yang terlampau hebat untuk ditanggung oleh Dr Maslee.

Ramai yang terkilan dan ramai juga yang memuji. Terkilan kerana Dr Maslee juga mempunyai wawasan yang murni dan mesra hati dalam menjalankan hala tuju, yang ada di antara kerjanya sempat dilakukannya. Dan ada yang memuji kerana jarang dalam sejarah negara seorang menteri berundur. Malaysia bukan Jepun.

Kata seorang kawan saya pula tuhan mahu tunjuk dengan adanya PHD tidak semestinya boleh melicinkan perjalanan cita-cita seseorang, apatah lagi mampu memberi impak kepada orang ramai. Ada juga kawan saya berpendapat itu balasan dari tuhan atas perbuatannya pada agama dan bangsa.

Seram juga bulu tengkuk apabila mendengar dan membaca pelbagai pendapat dan luahan kawan-kawan dan citizen nitezen. 

Ramai orang boleh `membaca' dan membuat kesimpulan masing-masing atas perletakan jawatan tersebut. Bagi saya yang suka menyusun pinggan mangkuk, dengar lagu dan lap tingkap ini, mudah sahaja, Dr Maslee tidak berupaya dah. Tentulah pengunduran diri tersebut kerana tidak berupaya. Sama ada tidak berupaya menjalankan tugas yang berat dan besar, atau tidak berupaya menghadapi tekanan politik, atau tidak upaya  yang lain-lain.

Namun apabila PM kita sudah bersetuju maknanya ia muktamad dan sebab-sebab perletakan itu diterima PM.

Saya tidak tahu Dr Maslee ini menteri pelajaran yang keberapa pernah Malaysia miliki. Yang saya tahu menteri pemndidikan yang pertama bernama Tun Abdul Razak Hussein.

Hasil carian imej untuk tun abdul razak
Menteri pendidikan pertama

Apabila menyebut Tun Abdul Razak dan sumbangannya dalam pendidikan, di sekolah dulu tentu akan teringat pasal Penyata Razak 1956.  

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: *

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. 

Jika dilihat dari perkara-perkara yang dibangkitkan jelas menunjukan ia adalah usaha untuk mewujudkan sasiah negara bangsa manusia Malaysia. Ia menjadi rumit dan mencabar kerana kita mempunyai komponen yang berlainan dari segi bangsa dan agama. Inilah cabaran terbesar dalam menghadai permulaan merdeka. (dan tak sangka perpaduan masih menjadi cabaran terbesar setelah lebih 60 tahun merdeka)

Dan ini jugalah yang dihadapi oleh Dr Maslee, cuma pada masa ini suasana telah berubah, generasi silih berganti. Suara dan bantahan, saranan semakin kuat dan gelojoh di media masa...

Kita kembali kepada Dr Maslee, semoga beliau tenang dan melalui kehidupan sebaiknya.


 * 9 perkara disedut dari Wiki

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home