Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, January 8, 2020

Ulasan Bukul: Dunia Pesara - Abdul Halim Hassan



Tajuk: Dunia Pesara
Pengarang: Abdul Halim Hassan
Penerbit: Pustaka Wira
ISSBN: 983-856-037-5 
(305.90696 (Retiress)
Tahun: 2002 (cetakan pertama)
Bil Mukasurat: 124
Lokasi dibeli: Jualan buku, Muadzam.




1. 10 TAHUN lagi saya akan bersara rasmi, iaitu pada tahun 2030. Kata penulis buku ini jika akan bersara dalam masa 10 tahun lagi eloklah merancang dari sekarang.

2. Yalah kan, masa muda dahulu saya tak fikir pun mengenai dunia persaraan. Kehidupan zaman muda `terjun turun langit' sokmo. Kita banyak menempuh apa yang datang dan tidak banyak merancang.  

3. Saya berfikiran pada usia begini tidak perlu rancang-rancang bagai. Rupanya saya silap. Penulis ini beritahu tanpa perancangan seolah menempah kegagalan. Gagal merancang, gagallah kita terlebih dahulu. Katanya.

4. Kata buku ini lagi persaraan itu ibarat melihat kereta api, dari jauh kita nampak ia bergerak lambat tetapi bila kita mendekatinya, ia sebenarnya pantas! laju!

5. Saya sudah anggap diri saya berumur. Saya masih lagi segan melebalkan diri saya tua atau gunakan perkataan `tua'. He he he.

6. Pesanan saya kepada orang muda, "Orang tua macam kami ni tidak menyesal apa yang kami buat, kami menyesal apa yang tidak kami buat". 

5. Buku ini merupakan mengandungi 14 bab yang sangat berguna. 

Bab 1: Persaraan: Bagaimana anda melihatnya?
Bab 2: Perubahan yang dialami pesara semasa persaraan
Bab 3: Pesara dan tekanan semasa persaraan
Bab 4: Pesara harus rancang persaraannya (Bhg 1)
Bab 5: Pesara harus rancang persaraannya (Bhg 2)
Bab 6: Apakah kepercayaan yang tidak benar (mitos) mengenai persaraan?
Bab 7: Model perancangan persaraan
Bab 8: 40 petua persaraan
Bab 9: Kelebihan seorang pesara
Bab 10: Peluang baru bagi pesara aktif dan prokduktif
Bab 11: Bagaimana pesara harus mengurus masa
Bab 12: Pengurusan keluarga
Bab 13: Maklumat asas pemeliharaan kesihatan pesara
bab 14: Perancangan persaraan (Satu analisa kes pesara)

6. Sebelum ini saya ada juga membaca buku yang di dalamnya diselitkan sedikit mengenai keadaan kita semasa tua dan bersara. Namun buku ini paling lengkap dan terbaik yang pernah saya baca.

7. Banyak sangat panduan yang boleh kita ambil untuk difikirkan tentang apa yang sebenarnya akan terjadi kepada diri kita nanti. 

8. Mungkin kita berfikir bersara tidak menjadi masalah apabila kita banyak duit. Rupanya ini tidak benar, ramai yang banyak duit tetapi kemudiannya hidup jadi tunggang langgang kerana gagal kawal emosi, gagal menyusuri penuaan, gagal adaptasi dengan persekitaran yang berubah (apabila kita bersara), dan lain-lain lagi.

9. Buku ini juga mencadangkan beberapa langkah agar kita tidak melihat dunia persaraan sebagai dunia yang negatif. Malah kalau kena gaya, kita lebih produktif dan ceria berbanding dengan orang yang masih harus berkerja turun pagi balik petang (lewat petang, he he he).

10. Banyak pesanan, terutama kebebasan kewangan apabila bersara, hindari diri daripada mengikat diri dengan jumlah hutang yang besar... adanya.

11. Sila dapatkan buku ini jika terserempak. Tidak rugi membelinya. Boleh baca agar minda terbuka dan buat persiapan sedikit sebanyak. Penulisnya memang berpengalaman, salah seorang jurulatih program persaraan Kementerian Pendidikan Malaysia.

12 Banyak yang dapat kita pelajari melalui bab-bab yang disediakan. Kalaupun tidak 100% bersamaan dengan hidup kita, percayalah ia sedikit sebanyak dapat menolong kita membuka minda, buat ubahsuai dan merangcang.

Sekian.

***** Saya bagi 5 bintang sebab saya tidak pernah membaca buku selengkap ini mengenai dunia persaraan.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home